Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

Ini baru nama "Business"









 


Mee Hailam Tanpa Minyak




..yang tak menjadi. pasrah wei.
sebab tak pedas dan tak hitam. itu komen En. Boo Boo.
dah nama masak gaya sihat. tentu la tak sedap kan. Hehe.

 aku tak guna cili blend pon. cuma potong capsicum merah + lada hitam kasi lebih.
cara masak pon senang. campak2 je.
asalkan kenyang. itu pada aku la. pada En. Boo Boo kompom rejek.

tapi aku masak ni, kongsi 2orang. bukan banyak pon.
aku yang nak lose weight, En. Boo Boo pon sama jadi mangsa.
tapi sekarang ni. En. Boo Boo asyik merungut aku masak tak sedap. Hehe.


 Bahan-bahan :
1/4 peket Mee
2ulas bawang putih - diketuk
1/2biji bawang besar - hiris nipis
 Dada ayam (fillet)
3 ketol bebola ketam
1keping fishcake
1batang sosej
1biji telor
1/2 kiub ayam
Ceri tomato, kobis, sawi, carrot, capsicum n kobis bunga

 Cara-cara :
Didihkan 2cawan air. masukkan bawang besar dan bawang putih.
masukkan ayam, bebola, fishcake. dan sos tiram n kicap.
kiub ayam, lada hitam  dan daun limau purut pon masuk sekali. biar mendidih.

pastu masuk kan sayuran kecuali sawi n tomato.biar mendidih
letak sawi n tomato n telor. biar 3-4minit. kacau.
masukkan mee yang dah direndam. hidang.


tapi minyak still ada jugak. aku rasa dari fishcake n bebola ketam.
mungkin juga dari mee. walaupon tak guna minyak tapi still berminyak kan.
bayangkan berapa banyak la minyak yang dah tepu dalam badan aku ni.
sungguh menakutkan.!





 


okey.. "PEKASAM" dah sampai




LIMITED EDITION
itu yang penting. lepasni takde jual dah. Haha.
khas untuk orang-orang yang bayor cash cam aku je dia jual.
okey. aku merapu.!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

itulah "PEKASAM" yang aku dok canang2 sebelom ni.
ini baru nama sayang isteri kan. tapi mak aku cakap. ini nama nak perabeh duit laki.
sebab taktaw sampai bila semangat tu ada, anytime je boleh padam!

okey lah mak. Along anggap itu cabaran dari mak. Hehe.
first time aku berlari atas ni, aku hanya berjaya mengharung 20m 26s.
dengan larian sebanyak 1km saja. sebab aku dah penat.

tapi mula2 kena la slow dulu kan. nanti excited sangat, jadi lain pulak.
so kita mula dengan peningkatan hari demi hari.
kalau kalut sangat nanti belom sampai target, aku dah bosan.


dan ini adalah kasut sukan baru. beli semata2 nak berjalan atas treadmill ni.
gigih gila kan aku. even kasut murah je tapi aku harap semangat aku kental.
kali ni semangat tu lain macam sikit. so aku harap aku boleh.


dan ini adalah barang percuma yang aku dapat lepas perabeh duit.
sebenarnya ada lagi 1 barang. tapi stok habis. so nanti dia akan hantar.
dan tak lupa dapat pakej 2D 1N kat resort n spa yang diberi pilihan.

itu jela yang aku dapat. tapi apepon.
kawan2 semua doakan aku ye. semoga aku berjaya capai matlamat.
even sekarang ni aku tak mampu nak capai iPhone waima BB Torch sekalipon.
ini menjadikan aku pengguna tegar Nokia.












Thursday, October 27, 2011

Tak tercapai dek akal




 tiada idea petang2 ni.
macam2 benda jadi buat aku pening dan celaru.
sepupu En. Boo Boo dah 2hari berturut2 kol aku. suh aku amek produk Herbalife.
mahal kot. so memang aku tak mampu.

even dia cakap boleh nampak perubahan dalam 3weeks.
dulu masa aku amek Jusmate 5 pon sama, cakap camtu gak.
bila aku stop makan, makin bertambah berat ada la.


 sekarang ni kat opis pon aku banyak kerja. dok sibok buat filing.
sebelom ni boss taknak kasi, dah sampai masa nak audit baru nak terhegeh2.
bayangkan 6bulan punya surat, nak audit dalam tempoh 4hari. bala namanya tu.

 tapi tu la, kita orang bawahan, kena la terima arahan.
kalau memberontak lebih2, kang SKT menjunam pulak. adeh la.
setelah dihitung2, harini aku mula kerja keras, setelah berehat hampir 11bulan.
kerja gomen. paham2 la. Hehe









 


Pil perancang untuk hari kedua





Trust me.. sebenarnya aku taknak pon makan pil ni.
tapi keadaan terpaksa. aku kena normalkan balik jadual period aku yang tak menentu!
makanya takde benda lain yang boleh tolong aku kecuali pil perancang.

 Diane 35 ni aku mula makan semalam.
so harini hari kedua. jangan takutkan aku dengan cerita2 ngeri.
aku dah search google dah pasal baik buruk pil ni. takut memang takut.
dah la gyne tu pon ada cakap, pil ni akan tambahkan berat badan! aish.

insyaALLAH, kalau period aku dah ok. PCOS aku pon ada perubahan.
aku akan stop amek pil ni.
bukan aku nak berterusan amek pil ni. cuma sementara waktu.
 kalau amek lama2 kang takde pulak Boo Boo Jr.  =)






 


Tuesday, October 25, 2011

Sarapan paling simple!



..merupakan hari ke SEMBILAN aku mula hidup baru.
macam biasa. masih amalkan sesuatu yang sihat. dan berkhasiat.
aku tak pasti berapa lama aku boleh bertahan.

hopefully aku kuat semangat dan boleh buat.!
setakat ni aku aku belom timbang lagi. nanti la dulu.
selagi belom sampai si 'PEKASAM', selagi tu aku takkan timbang.

kalau dulu pagi2 lagi aku dah menyekik nasik lemak @ megi goreng.
ataupon wak bekal yang agak heavy dari rumah.
sekarang ni je dah lain.


air masak 1L wajib di opis sahaja, dengan opis yang sejuk beku ni.
 bayangkan betapa aku dah berjalan lebih 1000 langkah untuk ke toilet saja.
 kompom cepat kurus kan.? Hihi.








 


Monday, October 24, 2011

PERHATIAN :: Staff Wanita Bahagian Struktur Bangunan Am!




Aku hangat hati betol la dengan staff unit aku ni.
aku takde la tuduh sape2. tapi tolong la faham sikit.
kalau dah nama tandas duduk, anda sepatutnya duduk.!

Apa kejadahnya anda mencakung kat bowl tu.
Dah la nampak tak senonoh. kot kalau jatuh ke. kan kes naya.
1 MidValley ni taw kisah anda. nak malu ke..?


Dan yang paling penting, jangan la anda kurapkan bontot orang lain.
dah la kasut tu kotor, pastu lagi mau mencakung.
aku harap 1hari, ko jatuh dalam lubang tu..!!







 


Seminggu yang susah untuk diharungi



Assalamualaikum.


Hari Isnin datang lagi. nampaknya harini genap seminggu aku mengurangkan makan.
Kalau cakap on diet malu sangat kot.
kang sampai sekerat jalan dah surrender, malu plak.!


 itu adalah stok makanan untuk aku. beli minggu lepas.
makna kata, dah seminggu jugak la aku sesah makanan yang tak sedap tu.
kali ni aku macam kuat semangat sikit. Yakin Boleh!

 Susu. aku tak pernah minum susu tepung, fresh milk @ yogurt drink.
itu memang aku tak penah cuba.
tapi kali ni aku terpaksa minum sebab nak kurangkan kolestrol.

Clenx Tea. okey sebelom ni aku ada cuba minum. tapi tak sedap.
so aku tinggalkan 3/4 kotak pada En. Boo Boo. aku bagi dia minum.
even kat rumah belom abes lagi. dia tambah beli lagi 1 kotak yang azab untuk ditelan.!


Oats. memang tak boleh nak blah.! tak sedap sangat.
even aku campur dengan buah @ milo still tak boleh nak masyuk.
ini memang makanan aku setiap malam sejak seminggu lalu. tabahkan aku.?

 tapi hari minggu aku pelbagaikan makanan aku.
tapi takde la yang bergoreng semua. aku grill dengan oven aku. 
oven tu dah wak keluar dari stor, yeah!
 cuma memang aku akui, makanan berkhasiat ni totally tak sedap,
sangat-sangat..!!!








 


Saturday, October 22, 2011

Karipap Kentang Sardin di Kala Rembang



Dah masuk hari minggu lain. baru aku nak inteprem juadah minggu lepas.
bukan apa. aku terkejut dengan sindrom yang bermastautin dalam diri aku ni.
itu yang amek masa lama tu nak buat entri tentang makan2.


Karipap kecemasan namanya.  sebab tak boleh nak keluar rumah time ni.
ada India wat kenduri kat blok sebelah tapi parking kereta sampai depan gate aku.
cadang time tu nak pergi makan roti canai kat kedai mamak pon kansel.

hidup berjiran kan kena la bertolak ansur. ye dak.?
even sampai tong sampah sendiri terjun longkang sebab kena langgar.
kesimpulannya, don't drink and drive!


 hampir 10.30pagi. time tu aku baru start nak buat karipapnya.
inti dah siap. doh dah canai. tapi sebab dah lapar. 
inti panas2 pon aku sesah sumbat dalam doh.!
mana sempat nak tunggu2 dah bila LAPAR menguasai minda. Haha.


selalu aku buat kerja semua kat dapor. tapi sebab dah kalut n ada yang nak menolong.
segala harta semua ke depan la jawabnya.
tapi karipap kali ni tak menjadi bentuk yang selalu aku buat. macam DISINI.
sebab tukang canai adalah manusia bertangan sasa. Hehe


 ini la hasil yang terakhir. siap je 2,3 bijik terus goreng.
sampai uli sambil goreng. maklom la dah rembang baru nak sarapan.
orang lain dah nak masak lunch pon.

petang ni aku ingat nak goreng la karipap ni.
dah seminggu aku buat tapi tak frozenkan pon. harap2 elok la lagi.
tapi aku janji, aku nak makan 2bijik je. tahan. tahan. tahan.







 


Friday, October 21, 2011

Sebenarnya sudah hampir 11 hari..



... masuk harini adalah hari ke sebelas En. Boo Boo aku kerja.!
semalam ada kawan aku tanya perkhabaran En. Boo Boo.
macam mana dengan kaki dia. dah buka simen belom..?!

rupanya dalam aku dok busy post entri, boleh aku lupa hal yang satu ni.
selamat la kawan aku yang sorang ni bertanya semalam.
*dia adalah pembaca tegar blog aku sejak dari mula, tenkiu INA*
ini berita baik yang patut aku kongsi bersama semua.


mula dari 10 OKTOBER 2011,
En. Boo Boo saya dah selamat bekerja. *selamat tak kena buang taw!*
Alhamdulillah. setakat ni semuanya berjalan lancar,
even setiap hari balik rumah dengan kaki bengkak.!

tapi En. Boo Boo dapat surat doctor untuk buat kerja ringan je.
cuma dia agak degil berjalan sana sini.
so berita gembira yang aku nak bagitaw kat <post> tu. adalah ini la..







 


Renungan Dunia





Dunia Ini Adalah Racun, Zuhud Itu Ubatnya

★Manusia Itu Sakit, Al-Quran Itu Penyembuhnya

★Hati Itu Sakit, Zikrullah Itu Terapinya

★Hati Ini Rindu, Rasulullah Pengubatnya

★Mati Itu Sakit, Syahid Itu Lazatnya

★Melihat Dunia Ini Indah, Nikmat Melihat Allah Lebih Indah Dari Segalanya













Thursday, October 20, 2011

Cucu Sulong Dari Anak Kedua




 Aku rasa itu yang akan terjadi dalam family aku. seriusly aku dapat rasa.
pada aku, Angah yang akan get preggy and baby first.
dan dia merangkap adik aku yang akan beri cucu sulong pada mak abah.

Yang boleh aku cakap camni sebab Angah memang fit dari segi jasmani n mental.
dah nama pon askar kan. so paham2 la camna kekuatan askar ni.
lagipon Angah takde masalah macam aku ni.
so welcome cucu sulong mak abah. maybe tahun depan la paling cepat.

nak harap aku memang tak nampak jalan lagi la setakat ni.
tunggu kena training dengan 'PEKASAM' dulu kot baru boleh buat semua tu.
tapi aku suka. at least boleh tengok camna mak dera Angah time berpantang!
 Haha.






 


Cerita Korea Yang Pertama Di Hatiku




Rindu sangat kat aksi dan keletah si comel dalam FULL HOUSE.
 Aku cakap terus terang. aku bukan peminat cerita Korea sangat pon.
hanya FULL HOUSE ni ja yang berjaya menambat hati aku.


comel kan heroin cerita ni. drama Korea yang aku tengok. ni jela.
Winter Sonata dan Autumn In My Heart pon aku tengok cuma celup2.
masa tu tak minat. mak je yang feeling abes.


aku tengok cerita ni masa belajar kat UTM. itupon sebab ada tukang ajar.
setiap kali aku p bilik LINDA, ini la yang dia layan. tak pon main game!
tapi sebab Linda jugak la, aku sampai sanggup burn CD cerita ni.
sampai sekarang ada lagi taw CD tu.

 tapi kalau korang tanya nama pelakon2 dalam ni. mampos aku tak taw.
 aku cuma kenal sorang je. tu pon sebab dia stylo dalam ni.
dan sangat meruntun jiwa even dia asyik marah2.

  
RAIN la. sapa lagi. tapi time dok feeling cerita ni je aku suka dia.
lepas tu bye-bye la kan. 
tapi aku taw, ramai rakan blogger yang minat cerita Korea kan.?









 


Non Baked Oreo Cheese Cake


Sebelom ada yang salah sangka. baik aku cakap awal-awal.
Oreo cheese cake ni aku buat hari Sabtu malam. 2hari sebelom jumpa doctor.
sekarang ni pon still berbaki lagi kat umah. tapi aku hanya mampu melihat.

aku tak boleh makan dah benda2 macam ni. so tengok jela. 
tengok sambil telan air lior bila nampak En. Boo Boo makan
sia-sia la kan jumpa doctor pastu telan segala. baik tak payah control makan.


aku sempat rasa hari Ahad tu jela. eh sedap jugak ye.
tapi berapa banyak kolestrol + lemak tepu yang aku terpaksa hadap.
so aku lebih rela amek bau dia je sekarang ni. sedih sungguh.ni nak bagitaw.
walaupon rupa tak semegah mana. tapi rasa sama je dengan hasil tangan Mat Gebu.



BAHAN-BAHAN :

250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
1 1/2 sudu besar gelatin halal brand Nona
120 ml air suam
8 keping biskut oreo dihancur-masuk dalam adunan cheese


BASE :

200 grm biskut oreo-dihancurkan
100 grm butter dicairkan

Biskut oreo dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.

FILLING :

Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang.Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.

Bancuh gelatin + 120ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra . Kemudian masukkan semua biskut oreo yang dihancur dan digaul rata


Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling kalau nak.



sumber :: KAK NANIE




 


Wednesday, October 19, 2011

order 'PEKASAM'



disebabkan masalah overweight aku beserta masalah lain.
makanya aku dapat hadiah 'PEKASAM' dari En. Boo Boo.
kemunculan mungkin selepas Deepavali ni.


 kalau ikut hati lebih kepada BlackBerry Torch dan gelang tangan baru.
tapi demi kesihatan aku sendiri dan Boo Boo Jr.
 aku pejam mata je hidup lepas ni bersama 'PEKASAM'

 doakan aku berjaya ye. kalau tak menjadi jugak aku tak taw le nak jadi apa.
silap2 'PEKASAM' ni kena rebus pastu buat minum.
bukan sikit duit nak dapat 'PEKASAM' ni. mahal ooo.!!






 


PCOS and me



Apakah Sindrom Polycystic ovari?

Polycystic ovari atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut. Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic ovari?


 


TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 

1.Haid tidak teratur.
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3 atau 6 bulan untuk datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sehingga mencecah satu tahun tidak datang haid.

2.Gemuk @ obesiti
Peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Ini juga tanda lain bagi polycystic ovari. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak iaitu selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. Ia terjadi kerana sel badan menahan dari hormon insulin yang mengawal gula. Insulin ini menahan sel pertahanan dari menggunakan gula di dalam badan secara normal dan gula tersebut di simpan sebagai lemak secara terus.

3.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, mereka juga boleh mengalami perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovari akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

4.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini adalah disebabkan hormon androgen yang berlebihan menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovari.


 Fakta-fakta penting secara ringkas berkenaan PCOS:



Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.



**sekarang ni aku berusaha untuk mendapatkan berat yang ideal.
mungkin tak akan jadi sekecik dan secomel orang lain tapi 
sekurang-kurangnya aku berusaha.
berusaha untuk mendapatkan Boo Boo Jr.










 


Wordless Wednesday : AKU ADA PCOS!










 


Tuesday, October 18, 2011

Ragam Manusia




Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?"
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...