Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Cara Bersihkan Cuttlefish Si Sotong




Sotong. kalau diberi pilihan antara sotong dan udang. aku lebih memilih sotong.
sebab pada aku sotong lebih kenyal dan lebih mudah makan.
kalau udang kena kupas kulit dulu kan. itu part yang paling aku malas dan tak suka.

tapi ada sesuatu yang aku nak bagitaw tentang sotong yang aku masak dan makan.
aku tak makan dakwat sotong. seumur hidup, aku tak pernah makan.
dan maaf cakap aku geli nak makan. Hehe.
lain orang lain citarasa kan. tapi jiran aku dulu, kalau masak sambal tumis sotong,
kompom sekali dengan dakwat dia yang hitam tu. memang aku tak makan la.

yang kedua adalah, aku makan sotong yang tanpa kulit.
maknanya sotong tu dah bersih semua. taknak tengok langsung kulit bintik2 tu.
aku rasa geli nak makan sebab macam tak dicuci bersih.
kalau makan kat luar, aku pastikan sotong tu takde kulit. kalau ada, maaf.
lagipon mak dah ajar, buang segala kulit dan dakwat dia.

 yang ketiga, masa cuci sotong. aku akan pastikan, bahagian bontot sotong dikelar sikit.
sebabnya dibahagian hujung tula terkumpul pasir2. nanti makan tak sedap.
cuma kelar sikit dan cuci bersih2. kalau makan diluar, aku pastikan aku makan bahagian badan dia, yang bontot tu aku takkan amek. Hehe

 dan yang terakhir, bahagian mulut sotong. sotong ada mulut kecik di hujung kepala.
aku akan buang mulut sotong tu. tapi kadang2 ada yang terlepas pandang mulut sotong ni.
kalau ada mulut sotong ni, selera makan aku tu tercantas terus.
sebab aku dah biasa buang mulut sotong tu. bila ada dalam masakan, rasa cam kotor pulak.!

 apapon, lain orang lain caranya. sebab tu aku kalau beli sotong. beli yang besar2.
senang kerja. beli 3-4ekor puas makan seminggu.
sebab bila besar, senang nak bersihkan dan buang apa yang patot.






 


4 luahan hati..:

Dalila Hamid said... [Reply to comment]

dela masak sotong mmg akan buat mulut tu... x boleh la nk mkan klau nmpak..hhee

s.y.a.r.q said... [Reply to comment]

suka sotong gak.tapi xleyh mkn :(

qaseh johanna said... [Reply to comment]

dela :: itu yg penting..bkn apa..menjaga kebersihan...

qaseh johanna said... [Reply to comment]

syarq :: sedapnya sotong masak sambal....mmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...