Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

Gila Char Kuey Teow



Char Kuey Teow pasar tani
Beberapa minggu kebelakangan ni. aku terlalu addicted dengan char kuey teow.
pantang nampak orang jual, aku akan beli.
setiap petang balik kerja makan char kuey teow pon takpe.
tapi makan tak banyak la, kalau ikot nafsu memang nak makan sebungkus.
tapi aku kawal dan cuma makan 3-4sudu je. selainnya En. Boo Boo setelkan.
 asalkan dapat makan pon dah kira syukur la kan. alhamdulillah.

Char Kuey Teow Kedai Botak
setiap ceruk Bukit Beruntung tu aku pergi. aku cari char kuey teow yang terbaik.
dan pada aku, char kuey teow paling sedap di pasar tani Bukit Sentosa.
Kedai Botak yang femes dengan char kuey teow tu pon kalah.
memang tak boleh lawan dengan mamat kat pasar tani tu punya penangan.
really superb.!

mine
 ..sebab aku yang melampau sangat dengan char kuey teow dah En. Boo Boo pulak yang muak.
baru2 ni aku buat pulak kat umah. sampai sanggup suruh En. Boo Boo carikan kerang dan udang besar2 untuk buat char kuey teow. yang jumpa kerang. udang besar takde. makanya tak letak udang.
kang letak yang halus2 tak sedap pulak. so aku takmau.
dah rebus and kopek. terus buat char kuey teow. makan panas2 + cabai kicap.
terangkat tak ingat. perah pulak limau bagi masam2 sikit. telan air liur.!

aku ikut cara Kak Mas, guna kicap campur. nak resepi, <SINI>
 dan hasilnya tidak mengecewakan. cuba lah. memang berbaloi2.
kalau kat rumah tak ramai orang, buat kuantiti separuh je dari yang Kak Mas bagi.






 


1 luahan hati..:

pena rozie said... [Reply to comment]

Dah lame tak mkn char kuey teow

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...