Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 6, 2011

InsyaALLAH...harap tidak jadi yang buruk



Cerita Satu


 insyaALLAH. harini aku berpuasa. semalam aku terlupa. so aku mulakan dengan harini.
harap takde la apa2 yang buruk berlaku dalam tempoh ni.
bukan apa, masalah orang pompuan ni lain macam sikit.
dah sampai masa nak berbuka, time tu la Cik P tu datang. masalah.

sebab aku dah 2kali ke klinik ekoran masalah gastrik.
makanya pagi tadi aku bangun saho la ye. malas nak tanggung sakit. rasa perit.
selalu kalau puasa selain di bulan puasa, aku memang tak saho.
tapi kali ni tak boleh buat main.

saho pagi tadi makan kanji @ bubur nasi. masak semalam sebelum tido.
cuma segenggam beras, 1inci halia, 10biji lada hitam direneh sejam.
lepas tu baru wak masuk 1/3batang carrot dan 5-6keping lobak masin dan kiub ayam.
tak perlu garam dah. pagi tadi panaskan, tabur daun sup dan bawang goreng.

makan pulak dengan ikan bilis goreng rangup. nyaman.
 tapi sayang, tak boleh tambah, cukup la dengan anggaran 1cawan.
walaupun sebenarnya rasa tak cukup sebab sedap sangat.
Hehe.


Cerita Dua 


insyaALLAH. harap takde yang terkorban pagi ni.
ada kebakaran kedai spare part dan kereta potong. sebenarnya lebih kepada kilang.
sebab kawasan kedai ni luas sangat. aku tak pernah masuk.
tapi keadaan dari tepi jalan tu yang buat dia nampak luas.

berhampiran dengan Shell atas bukit kat Rawang. Shell sebelah Rawang Mutiara.
orang ramai sangat pagi tadi. aku on d way nak pergi kerja so boleh pandu lalu jela.
eh macam McD la pulak. heh. tapi serius dari jauh dah nampak asap tebal.

aku sempat capai camera tapi amek gambo sambil kereta bergerak.
memang tak elok la kan. bukan pakai DSLR pon. Mr. Violet je.
dan gambo kat atas adalah capture yang terbaik dari tangan aku walaupun dikejauhan. cayalah.

tapi En. Boo Boo ada bagitaw aku. sebab kedai tu kedai potong kereta.
mungkin ada pihak berkuasa yang dah dapat hidu kegiatan haram camtu.
maka tokey kedai tu bakar le kedai sendiri. nanti boleh claim insurans.
eh boleh ke camtu.? entah la. ni andaian je.








 


3 luahan hati..:

pnsusu said... [Reply to comment]

lama tak masak bubur mcm tu...yummy .
selamat berpuasa

fazrulnoor said... [Reply to comment]

selamat berpuasa

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

meme makan bubur jerk xpe.. jgn laa tak sahur.. dah makan lom lobak putih bening.. makan lobak putih tu ratah byk2.. sebatang tuk sorg.. nnt insyaallah hilang gastrik tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...