Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Pembaharuan dan Cerita LRT




 Mesti semua orang dah tahu kan pasal LRT sekarang ni yang menggunakan sistem baru. Secara jujur, aku mengaku yang aku baru tahu .. itupon masa nak pergi KLCC. time family semua ada sini.. nak pergi jalan2 sambil naik LRT. havoc abes ok..
aku mula2 terkejut jugak la.. bila pergi kat kaunter takde orang. tunggu jela kat situ sampai orang datang. lepas tu, terus mintak  ... ". saya nak beli tiket 8dewasa, 1kanak2. KLCC.."
owh malunya bila dia cakap. .. ". sila pergi kat mesin tu ye .... :)). " serius aku dah lama tak naik LRT ni. last naik masa belajar kat UTM Jalan Semarak tu. tahun 2008. maknanya dah 3tahun. mau tak jahil.. Hahaha. nampak sangat tak taw perkembangan semasa. ..tapi kalau tanya pasal komuter aku taw la.. tanya la apa saja. sure boleh jawab dengan yakin.


mmmm.. berbalik pada sistem baru tu, lebih seronok la aku rasa. sebab dia menggunakan sistem touch n go juga la. untuk tiket sehala, kita cuma touch je token tu masa masuk dan bila dah sampai ke destinasi, masukkan je token tu cam masukkan duit dalam tabung. mudah je. lebih efektif pon. tak boleh tipu2 dah kan.. token tu jugak mengingatkan aku pada funfair. kan kalau masuk funfair, setiap permainan, perlukan kita menggunakan token. beli token kat kaunter depan. tukar la berapa banyak pon. memang tak terasa duit tu sebab guna token. taw2 je dah lesap RM20 camtu. mmm.. dah lama tak masuk funfair. takpe. Ahad ni kita pergi Pesta Pulau Pinang ye.





 

 

0 luahan hati..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...