Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 23, 2011

Serawa Durian Bersama Roti Jala Purple



 Jumaat. Yeay!. Esok cuti. cepatnya dah Jumaat kan. tapi setiap pagi time nak bangun tu,
sangat azab pada aku. pastu nak fikir pulak nak buat sarapan apa kan.
tapi selalunya aku fikir malam tu lagi dah. so bila bangun pagi,
tinggal melaksanakan saja. takde la jadi kalut sangat. lagipon buat sarapan yang simple ja.
kalau sedap2 sangat, nanti makan banyak pulak. Hehe.
Kelmarin tengah sedap2 masak, gas habes, dah le pepagi buta. kedai pon belom buka.
nak jadi cerita, makan la spageti keras as sarapan. memang tak boleh lupa.
padahal microwave oven ada ja. memang aku sengal.
 aku rasa dah 4bulan aku pakai tong gas tu. selalu 2bulan lebih dah ting tong.
maklum la sekarang kan tak masak sangat. itu yang terlajak tu. asyik bagi suami makan oat dan cornflakes je kan. kan dah berdosa.


so pagi ni no idea nak masak apa. dok melangut depan freezer. cari idea.
semalam tak sempat fikir. sebab balik dari kedai buku terus lena.
nanti aku cerita aku beli buku apa ye. sabar2.
dalam dok godeh2 kat esbok tu. ada la durian sebekas. aku ada cerita <SINI>.
amek 3ulas, letak air panas, santan 1/2cwn, gula 2sudu.
biar mendidih dan sampai pekat. jadilah bubur durian yang yummy.
roti jala tu senang ja. 1/2cwn tepung, 1sudu susu tepung, garam secubit dan air.
buat sikit je kan so aku tak masukkan telur. kiraikan atas kuali.

masalah utama aku adalah, bila sikit, acuan roti jala tu taknak berfungsi dengan jayanya.
mesti tak menjadi. maka aku amek kata putus + nak cepat.
aku kiraikan pakai tangan. ala orang dulu2 tu pon takde gak acuan tu.
menjadi je roti jala diorang. so aku praktikkan la cara lama ni.
menjadi jugak la walau sedikit buruk. kira ok la kan.
dapat la En. Boo Boo sarapan air tangan aku. buat pepagi buta.
ada sesapa boleh lawan aku ke.? buat bubur durian roti jala 5pagi..
kalau dulu kaler lain. tengok <SINI>. sekarang ni kaler purple pulak.
adeh. makan jela abang oii.






 


0 luahan hati..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...