sempena kenduri Angah minggu depan. aku kat rumah ni masih bersenang lenang.
tapi mak kat kampong dah bersilat kalah Guru Silat Gayong Malaysia.
Abah pon dah tidor tak pejam mata. tangan pon dah naik atas kepala.
kalau mak sibuk buat segala jenis maruku, kueh segala tapi abah pulak sebab kira duit yang makin susut. hehe.
insyaALLAH.. takde aral minggu depan hari Rabu malam aku pulak balik kampong. menolong apa yang patut. Angah katanya dah start cuti 26hb.
jom ushar sebab2 abah aku dah start tido letak tangan atas kepala.
28 September 2011
siang hari dah start merewang untuk mesyuarat Pekida. angin ape ntah abah kenduri kali ni nak buat ala Pekida. kami adik beradik malas campur. layan kan je. tapi mak cakap malam mesyuarat Pekida tu saja memang nak masak 40kg daging sebab ramai.! info dari Ayahanda kawasan tu jugak.
kalau tak ramai yang datang. kasi dia bawak balik lauk2 tu.
29 september 2011
siang kompom sibuk nak basuh pinggan dan keje merewang lagi sebab malamnya ada kenduri doa selamat dan tahlil. saja buat kenduri sikit sempena malam Jumaat tu. lagipon esoknya Angah nak nikah kan. so buat le kenduri sikit agar semuanya berjalan lancar. insyaALLAH.
30 September 2011
InsyaALLAH kalau takde aral, Angah mungkin nikah lepas Asar cam aku aritu.
so ade lagi kenduri lepas nikah tu. dan malamnya pulak ada majlis berinai dan bersanding kecil-kecilan.
malam tu kompom semua ahli keluarga, saudara mara dah ramai.
1 Oktober 2011
kenduri Angah. jemput la datang ye. dari 11pagi hingga 6petang.
harap2 semuanya berjalan lancar tanpa ada cacat cela. insyaALLAH.
kalau taknak hujan, Angah kena campak baju dia atas bumbung. petua orang tua2.
malam mungkin ada BBQ untuk saudara mara dan jiran tetangga.
itu jela perancangan yang aku sempat tanya kat mak. 4hari 4malam buat open house ni.
adeh la. mau tak pusing abah aku. hehe
pada yang sudi datang. jemput la ke rumah ye. makan free tanpa henti.
4 luahan hati..:
oo pekida cam cik ina pernah je dengar.keh keh bbq tuk sedara mara ngan jiran je tuk cik ina tak de.
selamat pengantin baru...sekang musim kawin...
wahhh mcm best jek makan2 ni..
selamat pengantin baru ye :D
jemput la dtg ke rumah ye kwn2...
Post a Comment