Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 28, 2012

5 sebab masuk kerja lambat


Dalam tempoh 'saya yang menurut perintah' ni. .
ada juga la aku lewat ke tempat kerja. dengan sengaja atau tak sengaja.
tapi banyak disebabkan komuter la ea. !
mari aku senaraikan antara sebab aku dan kawan2 luar sana
lambat datang ke opis. cekadaut. :)

 Tren delay !
ini memang tak boleh dinafikan pada mereka yang bergantung
pada perkhidmatan awam terutama komuter, macam aku la !
walau bukan setiap hari tapi seminggu sekali memang 
berisiko untuk datang lewat ke opis, percayalah :)
 tapi jangan guna alasan tren delay kalau masuk 8am tapi
9am baru genyeh2 mata bangun tidor. dengan nak mekap bagai 
plus bedak tepek sekilo, guna alasan ni, owh sungguh loya !

 Jalan sesak !
pada yang drive sendiri ke opis. itu antara masalahnya.
sekali sekala okey la kan. jangan la setiap hari guna alasan yang sama,
memang tak laku. nak pulak kalau yang cakap ada accident.
rasanya bukan daily pon ada accident kan so, tak baik menipu.
rumah dekat dengan opis pon datang lambat sebab sesak,
annoying la beb. Hehe.

Bangun lambat
dulu lelaki saja yang monopoli alasan camni, sekarang tidak lagi.
rasanya perempuan pon dah ramai guna.
mak dara guna alasan ni dalam pertimbangan jugak la, mungkin semalam
anak dia meragam ke, atau suami mohon tanggung jawab ke. heh.
tapi anak dara macam tak best je. malu kot nak bagitaw orang
yang kita bangun lambat.

Kurang sihat
tak sihat lain maksudnya, kurang sihat beri makna lain.
jadi dengar dengan teliti. . sebab kalau tak sihat,
kita kena pergi klinik dan doctor akan bagi mc. bila beri
alasan kurang sihat, orang kena la faham.
pergi klinik kompom mc tak dapat, nak bangun pagi pon mesti la liat.
jadi alasan kurang sihat wajar dipertimbangkan.

Ada "kaki" baik punya
ini bahaya ooo kalau kantoi dengan boss.
boleh tertiarap beb! selagi tak kantoi, masuk tengahari lepas lunch
pon takpe. nak jalan2 pusing KL 10 kali pon takde hal
asalkan "kaki" kat opis bertindak sewajarnya.
dan yang penting kata seorang kawan aku ni,
'kepala Agong mau kencang!' bab ni. Hehe.



 

Wordless Wednesday : Hampir dua !






 


Tuesday, March 27, 2012

Nak makan rainbow cake



 serius. terlalu teringin dengan kek ni.
nak buat sendiri tak pandai plus takut tak menjadi . .
tapi aku teringin sangat sebab tergugat dengan color yang menarik tu !
ada yang jual sebijik gedabak tu tapi jauh pulak nak amek.
nak buat sendiri rasa macam leceh je.
cari kat SR pon takde. kat kedai kek area Rawang pon takde.
abang . . taknak berkorban untuk sayang ke. ?
just one bite. rasanya dah cukup pada aku.
nak lepaskan teringin yang dah tahap memuncak ni !


kalau la aku mampu buat sehebat ni. mau kembang kempis hidong
dek kena puji dengan suami. Heh.
maaf ye. suami aku terlalu kuat memuji orangnya.
sebab tu aku asyik mengembang, tak pernah kempis2 !
 


 


pantang !



Pagi2 aku jadi kurang bertenaga bila dengar orang kumur2
atau nampak orang gosok gigi. .
weh, kembang tekak aku ye ! maaf pada yang tengah bersarapan.
memang aku jenis manusia yang pantang dengan itu.
iklan ubat gigi yang bersepah kat tv tu,
ada masa aku tak boleh tengok.
nak pulak yang melibatkan aktiviti berkumur
dan memberus gigi. .
dan untuk pengetahuan semua,
aku pantang dengan manusia yang berkumur air minum,
lepas tu telan air tu. ! adakan manusia jenis ni. ?
 dan aku paling benci dia . . sangat .



nota : aku yang tengah tulis benda ni pon dah kembang tekak ! yarkk.

 
 


Monday, March 26, 2012

Atasi ketiak basah



ketiak basah .? muka dah le pecah plus sopak2 jerawat.
ketiak pulak basah belendir. . itula pakai lagi baju ketat2, tunjuk body.
kan dah terserlah ketiak basah. malu weh. malu . .
ada yang ada masalah ketiak basah sampai orang sekeliling perasan.
nak tegor takut terasa. lebih baik diam jela eh. Hihi.
 kadang2 peluh yang berlebihan ni jugak boleh menyebabkan bau.
Bau badan ni berpunca dari kulit lembap bercampur peluh dan bakteria
semulajadi yang ada pada kulit kita.
Kalau tak dirawat, akan jadi radang dan seterusnya tumbuh bisul.
sakit ooo kalau ada bisul kat ketiak. siap kena buat minor operation lagi.
aku baca di sini. aku tak tipu okey. !

 ada juga yang bagi tips untuk mengurangkan ketiak basah dengan
sapu bedak pada ketiak ketika ketiak kering.
jangan dah basah baru nak sapu bedak, haaa kang berlumpur pulak. Heh.
selain dari itu, cuba minum campuran antara
cuka, madu dan telur selama seminggu. amalkan sebelom sarapan.
mampu ke. ? silap2 ketiak bau telur pulak. Haha. .
dan melalui pembacaan aku, 
gunalah deodoran jenis spray.
yang stick atau roll on tak sesuai untuk si ketiak basah. .
guna yang roll on, mau makin banjir ketiak tu kang.
jangan salahkan aku yang bagi info ni. . :)
dan yang last sekali penting jugak la. pakai la baju hitam
hari2. sure selamat sampai bila2.
kalau orang cakap tak salin baju pon takpe asalkan orang tak nampak
ketiak yang basah tu. mana lagi malu. ?
 ketiak basah ke atau pakai baju hitam hari2. ?
fikir2 kan lah ye .


 


Apa pon tak boleh !



Pagi ni datang kerja. terima arahan. kena kosongkan
segala perhiasan di atas meja.
taknak tampal apapon kat partisen board.
kena kosong, even calendar pon tak boleh.
gambar kawen apatah lagi kan. .
semua kena simpan.
dan segala tin biskut serta stok minuman peribadi kena simpan kat pantri.
kalau macam tu, baik aku wakaf je. .
semua orang leh makan minum.
sejak dapat boss pompuan baru ni, aku rasa makin lorat la.
itu ini tak boleh.
bela ikan gapi sekor dalam balang kaca pon tak boleh.
pokok sebatang dalam pasu kecik pon kena komen.
aish.  melampau sungguh noo. .
 mula rasa tak seronok nak kerja kalau terus camni
lorat . . lorat . .


 

Sunday, March 25, 2012

Siakap Stim dan Nasi Laut Darat



 ini menu semalam. memang takde idea nak masak.
sebabnya letrik takde dari 9pagi sampai 2.30petang. ! 
pagi tu bangun tidur, terus melawat kedai mamak.
letrik takde. lesen besar le untuk takleh masak dan buat air. Haha.
keluar ke Rawang. pergi Brother's. balik umah still letrik takde.
malas nak guna periuk pengukus. nak jugak hentam dengan microwave.!
kesudahannya, 4petang baru makan nasi tengahari.
stim ikan siakap, masak nasi, goreng papedom.
setel masalah. kenyang sungguh2.


nasi lebih tengahari, buat nasi goreng malamnya. 
nasi goreng laut dan darat. mana taknya.
letak sekali daging dan udang. fishcake pon aku sesah letak jugak.
jangan lupa teh O wangi panas satu.!
lepastu nak bangun pagi pon jadi malas. sangat2. .



 


Friday, March 23, 2012

Pencabul di stesen komuter !



Aku dengar cerita ni dari bulan lepas lagi. tapi harini kecoh balik 
benda alah ni. kesian pulak kalau tak berkongsi.
walaupon laluan dari Midvalley ke Rawang tu,
memang laluan harian aku. tapi aku bersyukur sebab 
dari Midvalley lagi aku dah dapat duduk, jadi takde masalah sangat la.
mari kongsi kisah yang menyakitkan hati ni . .

Hati2 pada sape2 yg naik komuter, especially tren ke Rawang. Plez beware ngan org ni. Saya baru je pas buat repot cover utk kes cabul td…citenye gini…

Selasa baru2 ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 kl sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yg dlm gambar tu dtg dari blkg dan rapat blkg saya..sbb x selesa saya pun pandang blkg n tgk kat blkg dia x de org pun…tp dia masih nak rapat lg..saya cube elak ke kiri n kanan..tp masih dia ikut…saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah….

Apa yg sengal nye dia ni dgn pakaian yg sama dia muncul lg semalam dan beratur lg blkg saya..saya elak n dia x bejaya nak buat kat saya dia tp dia try kat sorg budak ni…sian dia…

Dlm tren dia buat keje tu…dia mmg bergesel dgn bdk pompuan ni dr KL sentral smpai la stesen sg buloh…bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x leh nk ckp la..sampai je stesen sg buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yg kat seluar dia basah…saya pun trun n cari budak pompuan td nk tanye ape tejadi kat dia….bdk ni cite yg mmg dia ada rase ‘something; kat punggung dia…tp dia x tau ape bendenye…mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan “air’dia …mmg kurang ajar org ni…dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren…saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap…hampeh betul…kalu ikutkan smlm dah tertangkap dia ni…masalahnye time tu x de plak polis kat sg buloh station…

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2…sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk…@%^$&%*&^.. Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik tren semula n cari mangsa2.




nota : orang sewel ni ada di mana2. kat opis pon ada orang sewel. ! :)

 
 

Mood tak sampai !



Perjalanan masih jauh di hadapan.
Tak pasti akan terus bercahaya atau tidak,
Yang pasti ia masih berliku dan penuh ranjau 
sampai ke penghujungnya,
cuma yang dapat gembirakan hati ini bila ketemu
dengan pohon berbuah di tepi jalan,
dan air sungai yang sejuk serta segar airnya. .



 nota : nak jiwang pada mulanya, tapi hilang mood bila rasa lapar. ! Heh


 


Thursday, March 22, 2012

Cara buat kerlipan bintang bercahaya

   
Ramai yang bertanya cara nak buat bintang berkelip2 ni. sebab aku seorang yang tak kedekut.
 so aku teringin nak berkongsi dengan semua. . 
sharing is caring kan.  ? :)

Cara ini membolehkan link berkelip bila dihalakan cursor padanya. Disamping berkelip ia kan mengeluarkan kerlipan bintang disekeliling. Tidak menggunakan javascript,hanya gabungan css dan imej sahaja. Contohnya boleh dilihat pada blog ini. Kalau berminat hendak membuatnya,berikut adalah langkahnya:

1. Klik pada Design
2. Edit HTML
3. Cari kod:
</head>
4. Dan letak kod ini diatasnya:
<style>
a:hover { text-decoration:blink; background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJo9w01YRs-Bbu9RXOYYrd3N2qzkQnAb-idYEtGg0OOc3yXRvojCe1pcDkZCbZXb-ToZsYWklUBb4pwDkBhxCBEtjLkSfFTMurLdmdtqTRt2tXXkCOW7QHICFoTbEcUp7NW3a0bdWBe0U/s1600/blink.gif); }
</style>

atau gunakan yang dibawah ini:

bintang berkelip

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrbJZ9rXCt0sd_4RiLIuZKiowydizGRXcJbbMUtMWuWq_OP2t2oEsM6jfPrm-brA3S82M0rHy82eOxlbhOHAds3PmY7C04gNxq33v7bum26Ql_y0umXubuAhHaQ2V4RVTBcoul9WTn97M/s1600/str4.gif
cuma tukarkan tulisan merah pada diatas dengan url bagi kerlipan seperti diatas
#sesuai hanya untuk template berwarna gelap.

Simpan template. .selesai. .tutorial ni aku ambil kat sini. . kalau tak faham, boleh tanya ea.





Teh wangi yang murah



Teh wangi Cap Panglima ni dah lama jadi kegilaan aku. .
suka sangat dengan bau dia. tapi sekarang ni rasa macam ketagih pulak.
kalau nak minum teh, mesti nak minum teh wangi ni.
sekarang ni dah de letak dalam uncang cam Boh atau Lipton tu.
senang banyak la. tak perlu nak tapis2 lagi.
yang penting setiap bulan, aku mesti beli 2jenis teh.
kalau orang datang aku akan hidang dengan teh Boh.
kadang2 aku beli teh Sabah. cuma kalau berdua dengan En. Boo Boo
je aku akan guna teh wangi ni.
risau jugak kalau ada yang tak suka dengan teh wangi ni.
hati tetamu ni kena pandai jaga, ye tak . ?
selalunya kalau orang datang rumah aku akan jamu teh atau milo je.
nescafe pon aku jarang hidang sebab takut ada orang tak minum.
eh. . ada ke yang suka minum teh wangi ni eh. ?
maklum la teh ni murah je. . tak semegah Boh atau Lipton.





Wednesday, March 21, 2012

Telor dadar baik punya



 ini telor, kalau bikin telor dadar. . 1bijik sama dengan 
10 orang pon boleh kongsi makan.
tapi masa kejadian, aku tak gamak pulak nak buat telor dadar.
orang tua2 kat tempat aku cakap, 'teloq kemurok'. .
telor busuk sebab anak dah terbentuk dalam tu. bau dia, perggh. .!
 kalau dari seekor ibu boleh keluarkan telor sebanyak ni. 
entah berapa kerabat le dah yang hidup kat kawasan hutan rumah aku tu kan.


ini ibunya. sebab tu aku cakap tak gamak nak buat telor dadar.
gambar lama ni, tahun lepas punya. orang jumpa masa tengah bersihkan
kawasan hutan tepi tapak rumah yang nak di bina. .
dia tengah eramkan telor2 tu la. katanya garang jugak la ular ni.
maklum la kacau dia mengeram, kita pon kalau tengah 'mengeram',
orang kacau ketuk pintu, silap2 tak buka terus pintu tu. Lantak kamu la
wahai tetamu. . datang salah time Haha. .


 ular ni silap2 haribulan, kambing pon dia boleh telan ni.
besar ooo tapi bau dia busuk. ! eh kalau sapa2 berminat dengan ular
besar2 camni, datang la kampong aku. ada banyak. . 
larat dengan tak je nak angkat.


 


Cara pasang cursor bintang jatuh-jatuh :)



Orang lain dah lama ada. sampai tahap jemu pon. aku pulak baru gedik nak tepek tutorial. ah lantak. esok2 kalau aku dah tak suka, senang nak review . :) Efek bintang berjatuhan ini akan tampil bila mana cursor digerakkan pada blog. canggeh kan.. ? pada aku la. . aku amek kat sini. .
Berikut adalah cara memasangnya:

1. Login ke Blogger
2. Klik Pada Design → Page elements
3. Add a Gadget → HTML/JavaScript

Kemudian pilih warna yang dingini pada kod berikut :

Bintang warna hitam
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/black_star.js" type="text/javascript"></script>

Bintang warna hijau
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/green_star.js" type="text/javascript"></script>

Bintang warna merah
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/red_star.js" type="text/javascript"></script>

Bintang warna puteh
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/white_star.js" type="text/javascript"></script>

Bintang warna kuning
<script src="https://sites.google.com/site/teknikbuatblog/tbb/yellow_star.js" type="text/javascript"></script>

Setelah memasukkan kodnya,klik pada save untuk melihat hasilnya.


 



Wordless Wednesday : Motif . .?






 


Tuesday, March 20, 2012

Cucur Sardin King Cup !



 Resepi cucur sardin. . tadi dah buat entri pasal sardin.
sekarang nak cerita pasal cucur sardin pulak.
yang bagi idea kawan opis aku, Suzie.
so aku cuma pelaksana. . nak bagi makan suami sendiri jugak.!
dah pernah buat banyak kali. tapi entah mana pulak hilang entri tu.
so aku tepek jela resepi baru. maklum la setiap kali buat,
setiap kali ubah resepi. Hehe. pernah buat letak daun bawang,
pernah jugak letak carrot potong dadu. . mana2 jela. .

Bahan - Bahan :
  • 2cawan tepung gandum
  • 1tin kecil sardin King Cup :)
  • 1sudu kecil garam
  • 1biji bawang besar saiz sederhana
  • 1sudu besar cili kisar @ cili boh
  • air suam secukupnya

Cara - Cara :
  • Hancurkan isi ikan sampai halus. Hiris bawang nipis2.
  • Gaulkan semua bahan sampai sebati dan mengikut kepekatan yang dikehendaki. Kira stabil la time nak menjemput. ! cair sangat kang, jadi bubur plak.
  • Goreng dengan segera. Makan panas2. 


 


Sardin Sedap !



sardin. . ada yang cakap tak elok makan. sebab cara pemprosesan
nak buat sardin ni menggunakan bahan yang terlarang.
tapi biasa la. yang tak elok tu yang sedap.
kat rumah tu, masa shopping barang dapur sebulan sekali.
sardin mesti masuk dalam senarai.
2tin kecil sardin King Cup.!
Ayambrand tak sedap sebab sardin dia keras sikit. .
dalam banyak2 pilihan, King Cup la yang paling best.
isi ikan dia lebih lembut dan saiz pon comel2.
yang jenis Tesco ke Giant aku tak pernah beli pulak.
tapi pernah sekali dua aku beli cap Marina dan Adabi.
boleh tahan cuma Adabi tu out la. tak sedap. !

kalau datang angin tak elok. .
kadang2 2tin tu boleh habis dalam sebulan. sebab malas masak.
aku buat la sardin roll ke, roti sardin ke, karipap ke atau sandwich.
 mana2 je yang berkenan di tekak.
asalkan kenyang. tapi ada masa gak 1tin akan forward ke bulan depan.
ikot keadaan semasa la ea. keadaan semasa tu
maksudnya aku tengah diet. ! Hehe. . kalau tak diet, abes 2tin sardin.



 


Aawwoooooo..!



 Awoooo.. Awooooooo.. Awoooooooooooo.!
harini adalah hari kedua aku dengar anjing menyalak kat tepi rumah,
seawal jam 5pagi. . duduk rumah end lot ni banyak ragamnya.
dari segi kereta yang lalu lalang, budak2 main badminton.
tapi itu semua tak mendatangkan 'kudis' pon pada aku.
yang buat aku risau tu bila dengar anjing menyalak time manusia lain
belom bangun. itu yang rasa lain tu. !
bila seekor dah menyalak, akan ada sambungannya.
mendayu2 je. . seram okey.

orang tua2 cakap, anjing menyalak mendayu2 tu kerana nampak hantu.!
eh betol ke.? kalau betol, biarlah anjing tu nampak sorang je.
tak bagi aku nampak pon takpe. aku taknak. . mintak simpang la eh.
dah la time tu aku tengah menjalankan tanggungjawab pada suami.
haai. . kerja mulia tu. Heh.
bangun 5pagi buat sarapan En. Boo Boo.
kalau dah terlambat sangat, bancuh air pon jadi je. . asalkan ada.
 so, i warning u ye anjing. . mula esok, pergi rumah orang lain.
jangan main singgah tepi rumah aku pastu menyalak.
aku ni dah le 'penyeram' orangnya.


 


Monday, March 19, 2012

Hilangkan hanyir ayam



harini aku lost. ! takde idea untuk sembang. .
nak buat citer apa pon entah le. sekarang ni makin malas nak amek gambo.
pergi jalan2 mana pon, sepi je camera tu dalam beg.!
mmm apa cara korang basuh ayam eh.?
ada kawan aku, dia basuh ayam guna limau nipis.
kalau takde limau, dia gantikan dengan asam keping.
tapi aku guna cara lain. mak yang ajar dari dulu camni.
dan aku pon tak pernah berubah even ada yang bagi kaedah lain.
ayam yang sudah dibuang kulit, direndam dengan tepung gandum.
jangan le guna banyak. dalam 1 senduk.
gosok kat semua celah. biar basah2 sikit. rendam selama 10minit camtu.
lepas tu  terus basuh dengan air bersih. sambil basuh,
sambil gosok2. . insyaALLAH, lendir2 yang ada kat ayam tu 
akan hilang juga. cubalah . .



 


Kini berdua. .



 aku pernah cerita pasal tabung ni 2bulan lepas. aku rasa 
separuh pon belom ada lagi. entah bila nak penuh kan. lambat je aku rasa.
berat pon ala kadar je. tapi itu la.
kalau dah nama manusia. tak pernah puas. !
belom penuh si hitam, dah ada yang baru.
tapi niat hati, yang baru cuma untuk duit 5sen je. .
entah bila la pulak si merah tu nak penuh kalau hari2 letak 5sen,
yang nipis dan ringan tu. Hehe.
kadang2 aku terfikir. . kalau la aku jumpa duit seguni kat belakang rumah.
mesti bahagia kan. ala macam cerita 'Jutawan Fakir' tu. .
 tak payah susah2 kumpul duit. nak apa semua dapat. !
 oooh bahagianya time tu . .




 


Friday, March 16, 2012

Asal dari kampong !



 owwh . . ini lah nikmat dunia yang tidak terkata sedapnya.
hanya orang kampong cam aku je dapat menilai kesedapan
pekasam ikan sepat ni .
tak boleh cakap banyak . jom makan.
nasik panas seperiuk dah terhidang. . ini gambar lama.
yang baru tak sempat nak ambil. .
tapi aku sangat suka ikan pekasam yang digoreng dengan
serai, bawang besar dan cabai melaka.
boleh bertambah2 makan nasi. .
kompom raya ni tambah ukur lilit saiz baju.  Hihi




 


Thursday, March 15, 2012

Sarapan Kuih Ketayap



 belah utara memang orang paggil kuih ketayap.
sebab dia lembik dan nipis. pastu leh gulung cam ketayap. .
pagi ni kita sarapan kuih ni.
makan2 ramai. . kuih camni pon jadi sedap.
harini pergi jumpa dietition. apalah result nya kan. ?
asyik makan dan makan je sekarang ni. .
makan dulu baru pergi hospital. :)


 


Wednesday, March 14, 2012

Tak pernah berubah. !



dari dulu sampai sekarang. aku bukan manusia yang suka berubah hati.
kalau dari kecik aku suka pakai kasut bata. sampai sekarang aku suka bata.
kalau dari dulu aku memang jenis budak yang oversize.
dan sampai sekarang pon aku masih oversize.
aku bukan jenis yang cepat lupa diri. dah memang dari kecik aku
macam ni. sebab tu aku tak boleh berubah.
rasa dah sebati dengan diri. Heh. padahal adik2 aku semuanya
jenis 'tak cukop makan'. mungkin sebab aku anak sulong kot.
semua nak dapat. apa saja yang terbaik, akan disuap.
akan diberi walaupon beza umur aku dengan angah cuma 1tahun.
 tapi aku still boleh dapat yang terbaik dari mak abah.
i love you mak abah. :)


 kalau yang gambar atas tu aku umur 6tahun. yang ni pulak 
masa darjah 3. memang mok mok kan aku. ?
sampai bila la aku boleh kecik kan. ? aku rasa
 macam susah je. sebab dari aku kecik size aku macam ni.
kalau dalam kelas tu. aku mesti lebih 10kg dari kawan2 aku yang lain.
kena ejek. ? berani diorang ejek aku.
sebab dari sekolah rendah sampai menengah, aku jadi pengawas.
plus anak cikgu kan plus ketua pengawas.
so ada sesiapa berani nak buka mulut. ?
kalau cakap belakang tu biasa la kan. tapi aku tak kisah pon. .
mmm. rindunya masa zaman sekolah dulu.
zaman adik2 masih tak ramai dan kecik2.
walaupon time tu susah sebab gaji cikgu ciput je. .
tapi still lagi happy. tak perlu fikir pasal duit. .
main mintak je. o_O



 


Untuk hari raya ketiga ?!


m m m . . nak minta tolong ni. . dalam tiga pilihan corak
kat bawah ni. . mana paling cantik pada pandangan korang.?
aku sebenarnya rambang mata.  hehe. tak tahu nak pilih mana satu.
aku ni tak pernah ada baju kurung hitam. sebab rasa tak berapa cantik.
tapi bila tengok kain hitam tu digandingkan dengan sulaman bewarna warni.
menarik pulak di hati ni. terus rasa nak buat baju raya. 
mana yang cantik eh. ? tolong. . . tolong aku. .

satu

Dua

Tiga

kalau ikot naluri aku. aku lebih suka yang ketiga sebab bunga dia kecik2.
sesuai dengan aku yang oversize ni. Hehe.
tapi yang kedua pon cantik jugak. . aish. camne. ?


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...