Apa ada pada hari terakhir?
Biasa..cuma opis aku sikit lengang..sebab ramai cuti.
Aku tak cuti sebab cuti 20hari dah habis berjimba..
So kerja jela tapi En. Boo Boo cuti harini..
Makanya dia harus datang ke midvalley. Open table plus belanja kasut baru. Upsss!! :D
Ok. Malam ni kawan2 ada kat mana?
Konsert? Dataran? Masjid? Makan makan? Rumah?
Aku malam ni kat ceruk dapur. Sebab dah janji nak buat baked macaroni..
Janji harus ditepati.. Salam 1Malaysia.. *tetiba* hehe ;)
Monday, December 31, 2012
hari terakhir..
Friday, December 21, 2012
sale tupperware!
Mana ada sale. Saja nak tulis macam tu..
Tupperware baru. Yang kuning dan oren tu aje.
Botol biru tu dah lama.
Sebab beli tupperware sedemikian?
Mudah nak bawa bekal kalau ke mana2.
Biar la tergolek ke terlentang ke. Isi perut dalam tu tak akan meleleh keluar.
Walaupon cuma sup atau kuah yang lain.
Tapi kalau yang penutup biasa. Yang bukan jenis tekan kat tengah tu. Maaf la.
Tetap meleleh2 juga. Tapi betul la..
Tupperware ni tak jemu nak pakai. Warna yang memikat sentiasa buat aku tergolek2..
Nanti kalau ada yang murah2 tu, tunjuk le lagi.. Mesti beli.. :))
Wednesday, December 19, 2012
nasi lemak sambal sotong
Monday, December 17, 2012
Bekerja sambil belajar
merenung masa depan yang tak pasti. . ececeh :) |
Wednesday, November 28, 2012
Labu dan Jagung Manis Yang Pertama
Mmm.. Hari Rabu baru nak update cerita.
Semua cerita Jasmin je sekarang ni. Takpe, anak buah sorang.
Okey, 26-11-2012 (isnin)..
First day Jasmin diberi puree dari Heinz..
Ibu dia just nak try Jasmin boleh makan ke tak!
Almaklum la.. Setiap kali orang makan, dia akan tengok sambil nganga2.
Kesian kan.. So kami decide nak bagi dia makan..
Dan Jasmin makan dengan exited sekali..
Tapi lepas tu 2,3 kali muntah jugak la..
Mungkin sebab terlebih kenyang.. Atau sebab ramai yang dukung2 dia sambil main..
Tak pasti la kan..
Tapi untuk baby yang dah nak masuk 5bulan, kira dia dah boleh makan la kot..
Even dia cuma makan 2sudu besa plus 2sudu air.. Dan banyak yang sememeh merata2..
Kena baju dan tangan tu kira normal la pada baby yang baru nak makan..
Tu pon tak habis.. Just nak bagi dia rasa..
Serta kenal solid food..
Eh aku bercerita macam aku punya anak pulak kan..
Hahahaha.. Takpe2.. Belajar melalui Jasmin.
Tapi yang tak boleh blah tu, first day Jasmin makan.
Aku suapkan Jasmin, En. Boo Boo pegang Jasmin..
Ibu ayah Jasmin relax je! Boleh gitu? Anak sapa ni?
Wordless Wednesday : Keindahan dalam pinggan!
Nasi kerabu...... Rasanya tadi ambil nasi sikit je.
Tapi kenapa penuh pulak pinggan ni?
Hikkss.. Selamat bersarapan.. Jom!
Monday, November 26, 2012
Durian Pancake by Sumptuous Dessert
Tak minat sangat tapi masih nak beli dan makan.. Gila!!
Kat MidValley ni ada satu kiosk yang jual Durian Crepe ni tapi nama dia lain..
Durian Pancake.!
Dah lama dah wujud tapi aku pelik kenapa baru sekarang famous?
Di Sumptuous Dessert ada macam2 dessert sebenarnya.
Dulu ada cempedak dan mango pancake tapi sekarang ni dah ramai peminat durian makanya,
Banyak le durian pancake kat situ..
Yang di sini memang superb sedap sebab 90% adalah isi durian. Cuma 10% je cream.
Lain macam kan? Kalau siapa yang nak rasa durian pancake ni..
Sila datang MidValley.. Kiosk ni cuma beberapa langkah je dari Big Apple Donuts!
Yang aku tahu, Sumptuous Dessert ni ada kat MidValley dan Ikano je.
Tempat lain cari sendiri ye sebab tak pernah perasan pon.
Siapa yang cuba durian pancake kat sini memang tak menyesal..
Lebih yummy dengan isi durian yang kaw2 sedap :p
Durian Crepe!
Dah makin jadi kegilaan kan durian crepe ni.
Sana sini sibuk cerita pasal makan la, pasal cara nak buat la..
Aku rasa buat dia senang je pada tekak aku yang dah makan durian crepe ni.
Mak aku lagi sempoi...
Dia cakap kulit kuih gulung/ketayap yang warna hijau tu letak inti durian lenyek campur eskrem vanila.
Hahaha.. Orang kampung kan..
Mana la mak aku taw pasal whipping cream atau cream cheese bagai.
Kalau bagi dia mozarela ke, cheddar ke taw le dia..
Uli tepung.. Buat pizza tabur cheese tu..
Tapi betul jugak cakap mak.
Kulit durian crepe tu buat macam adunan kuih ketayap.
Inti tu la kena usaha sikit..
Whipping cream campur dengan isi durian.. Dah siap durian crepe!
Tapi kalau dah nama malas... Beli jela, macam aku ni haa.. Murah je.. Durian banyak2 kat kampung tu rugi kalau campur cream bagai..
Makan macam tu saja lagi sedap.. Kalah durian crepe! :))
* Jasmin pon makan durian crepe. Tu yang terlena sampai nganga tu.. Hehe *
Wednesday, November 21, 2012
Wordless Wedneday : Nasi Comel :)
Friday, November 9, 2012
Dapatkan anak dengan cara tradisional
Friday, November 2, 2012
Teh Halia Bermadu
Mulakan hari dengan minuman halia.
Menyegarkan dan menenangkan. Heee.
Mungkin ada yang kurang selesa dengan rasa halia ni.
Tapi adat la kan. Yang kurang sedap kurang selesa tu la ubat kan.
Sepatutnya lebih elok buat sendiri. Rebus teh dengan halia muda.
Tapi disebabkan kekangan masa. Kita beli saja la yang ready pack. Hihihi
Halia ni baik untuk melegakan sakit2 angin dan pening kepala.
Jadi lepas ni.... Kita mengentut jela dalam opis. Hahaha
Thursday, November 1, 2012
Kad Komuter 1Malaysia
1 November. Hari pertama penggunaan kad diskaun komuter ni.
Let me explain sikit pasal kad ni.
Kad ni adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dari segi pengangkutan awam.
Dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan RM 3k ke bawah saja.
Dengan kad ini, kita sebagai rakyat dapat menikmati potongan sebanyak 50% selama setahun.
Kad ni berkuat kuasa dari 1November 2012 hingga 31Oktober 2013. Lama kan?
Pada yang jarang naik komuter tu mungkin takde fikir sangat pasal potongan harga ni.
Tapi yang hari2 turun naik komuter ni sure dah faham.. Nak pulak kalau jarak perjalanan yang jauh.
Memang diperlukan sangat. Dan memang menguntungkan serta dapat berjimat.
Berjimat ke?? InsyaAllah kita tengok la nanti dalam tempoh setahun. Hehehe
Dengan keselesaan yang diberikan oleh kerajaan sepeti ini baru la rakyat rasa senang hati..
Tuesday, October 30, 2012
Perkembangan bayi 4bulan :)
Assalamualaikum. . . .
Kembang ke tak kembang?
Alhamdulillah.. Makin mengembang. Kawan2 macam mana?
Ini cerita Jasmin yang mengembang. Aunty Long pon kembang jugak.
Tumpang Jasmin mengembang.. Hehehe
Nowdays Jasmin dah hampir 4bulan. Dengan berat 6kg!!
Μasih lagi dengan full BF. Rezeki Jasmin la kan.
Dah pandai gelak. Tengok sana sini.
Pandai jugak 'bersembang'.. Suara pulak nyaring. Itu yang mahal tu.
Tapi kalau 'bersembang' tak boleh lama2.
Bila letih kena agah, kena tegur sure menangis. Siap sebek2 lagi.!
Belum pandai meniarap. Mengiring pon taknak.
Cuma pandai masuk jari dalam mulut.
Kadang2 bukan jari aje. Satu penumbuk dia masukkan.
Hehehe. Selain tu, dah pandai angkat2 kaki.
Tapi belum pandai capai kaki sendiri.
Suka bila orang cium. Siap senyum2 lagi.
Mungkin rasa selesa kot orang sayang2 dia.
Maklum la budak manja. Nak mandi pon kena air panas lagi.
Kalau bagi mandi air biasa. Boleh tahan dia punya jerit. Dia punya moody lepas tu..
Setakat ni. Itu jela cerita Jasmin.
Sekejap lagi aku nak bw la. Mana taw ada kawan2 yang ada berita gembira nak kongsi.
Nak jugak terjah2 mereka yang istimewa tu.. :)
Wednesday, October 17, 2012
sampai bila?
So sweet. Tapi En. Boo Boo tak pernah pon cakap camni.
Hadooii.. Pagi2 lagi dah sentap dengan suami sendiri.
Padahal dia tak bersalah pon.
Maafkan saya... Hehehe
Gambar ni yang bersalah sebab buat aku emo pagi2!
Wednesday, October 10, 2012
Wordless Wednesday : Gambar Lucah Abad Ini!
Maaf kalau ada yang rasa geli tu.
Saja nak gelikan korang.
Memang berniat macam tu pon.. Hihihi
Monday, October 8, 2012
Kebaikan Anggur Pada Kita!
Sebenarnya takde la info baru ke apa.
Cuma berkongsi tabiat baru aku dan En. Boo Boo.
Sekarang ni kami suka makan buah anggur.
Habis je stok, mesti pergi beli..
Tak kisah apa warna sekalipon, kami makan je.
Tapi selalunya akan beli 2jenis @ 2warna.
Variasi makanan namanya. Hik hik hik
Untuk pengetahuan kawan2, anggur ni membantu dalam proses penghadaman..
Disebabkan kadar magnesium yang tinggi pada anggur.
Kulit anggur pulak dapat lancarkan pembuangan air kecil. So pada siapa yang suka kopek kulit tu, haaa pasni beringat ye!
Makan je terus.. Tak perlu kopek2.
Selain magnesium, zat catechin jugak boleh menurunkan kadar kolestrol..
Bagus ni.. Untuk yang nak kurangkan kolestrol tu. Termasuk la aku! Hihi
Anggur ni juga boleh menghindari kanser. Bagus kan?!
Dalam kebaikan sesuatu, ada jugak buruknya.
Pada penghidap kencing manis, kamu tidak digalakkan makan terlalu banyak anggur ni.
Nanti makin tinggi kadar gula tu ye..
Makan boleh tapi kena la beringat okey :)
Jom makan anggur...
Tuesday, October 2, 2012
Berkhidmat untuk anak Melaka!
Cadangan Pembinaan Bangunan Asrama
Kolej Profesional MARA, Ayer Molek Melaka.
Itu yang aku aku busy sangat sekarang ni.
Walaupon bukan pada negeri sendiri tapi
sekurang2nya ada juga la bakti ni kan...
Nampak macam takde apa kan.. Tapi nanti dah siap..
Aku nak pergi melawat la.. Hasil nukilan pertama ni..
Sebelum ni ada buat jugak tapi tolong sambung2 je..
Ini dari mula sampai habis..
Asrama 4tingkat.. Kuarters 2tingkat..
Mencabar..mencabar..
Selalu boleh blogwalking kan.. Sekarang ni nan hado la nak merasa bahagia lagi dah.. Huhuhu
Baru lukisan permulaan dah 100kali kena reject!
Siap keja lagi hari Sabtu.. Susah jugak ye buat lukisan ni..
Heee.. Doakan aku berjaya!!
Tuesday, September 25, 2012
Coffee by Austin Chase
Malam minggu takde kerja.. Pergi cari ice blended kat Intermark!
Area Ampang..dekat dengan rumah Angah.
Sebab bawak baby Jasmin kan. Susah la nak g KLCC.
Tempat yang sah2 ramai orang.
Pergi Great Eastern Mall pon Jasmin dah jerit bagai nak gila..!!
Tambah la kalau menapak kat KLCC..
silap2 Aunty Long dia yang tak selera nak makan..
Mmm.. Bukan ada apapon kat Intermark tu. Bosan.!
Tempat orang kaya2 kot..
Kita yang tak kaya ni.. Tengok jela..
Pergi tu pon sebab dapat voucher dari Austin Chase.
Kalau tidak.. Memang tak jejak la Austin Chase ni kan.
Heee..
Eh.. Tengok la gambar Jasmin dengan Aunty Long dia tu.
Spoil taw Jasmin ni. Bukan nak tengok camera..
Thursday, September 20, 2012
musim mengandung..
Nak berjalan tak sempat. Kaki dah kena pasung!
Kita update jela. Lepas gian jari menaip.
Irma Hasmie dah mengandung. Rezeki dia.
Ning Baizura yang dah kawen bertahun tu pon,
dah mengandung.
Rezeki dia sempena tahun baru nanti.
Sebab bakal deliver Januari 2013. Indahnya..
Geng TTC yang lain macam mana.
Dah ada yang berjaya ke.?
Eida..? Zana..? Eyza..? Susu gebu..? Cikgu ika.?
Bagaimana suasana di sana..?
Harap penuh warna warni la ye..
Rezeki..rezeki..rezeki mereka dah sampai..
Rezeki kita nampaknya kena usaha kayuh lagi la.. :))
Thursday, September 13, 2012
Potluck :)
Sekadar gambar hiasan je ni..
Esok ada jamuan raya unit aku. Harini jamuan raya cawangan.
Masalah aku sekarang adalah.. POTLUCK!!
Aku takde idea nak bawak apa.
Niat permulaan nak bawa kek belang2 tapi...
Semalam meeting, dah ramai yang bagi nama nak bawa kek.
Nak bawa kuih muih macam tak daya..
Kalau karipap nak kena menggoreng awal pagi.
Sekarang pon dah bangun 5pagi. Nak awal lagi pukul berapa?
Kalau beli pon.. Takde orang nak jual 50bjik sekaligus. Kena tempah dulu paling tidak pon.
Eh konpius dah aku ni..
Lastly, esok datang melenggang kangkung je!
Aci tak macam tu.? Heh.
Wednesday, September 12, 2012
membesar...
Cepat je Jasmin Aunty Long ni cecah usia 2bulan..
Makin cerdik makin bulat!
Dah pandai senyum2.. Sembang2.. Gelak2..
Yang paling syok bila pandai tengok camera bila orang amek gambar dia.
Rasa jatuh hati tergolek2 bila tengok mata bulat budak kecik ni.
Sebenarnya tak sabar nak tunggu Jasmin datang umah Sabtu ni..
Bak kata En. Boo Boo..
"..menumpang kasih anak sedara!.."
Yola. Dah itu je ada.
Nak tumpang kasih pakwe angkat, nan hado!
Saturday, September 8, 2012
ARAHAN BOSS
Thursday, September 6, 2012
Terkini.!
Thursday, August 30, 2012
Pengaruh Fauziah Ashari
Yeah! Novel baru lagi. . Entah bila nak stop habit beli novel ni entah la. .
Sebenarnya ada kisah disebalik novel ni.
Pada hari kejadian. . Aku mintak En. Boo Boo belanja aku pizza.
Sempena nak celebrate rumah yang baru beli tu. :)
Tapi. . . Terlalu depan kedai buku. Terus aku singgah.!
En. Boo Boo taw dah, kalau aku singgah kedai buku memang lama. Jadi berlaku la soal jawab di situ jugak. .
" nak beli novel ke nak makan ni..? "
" nak dua dua boleh? "
" salah satu je!! "
" nak novel lah. . . Heee "
" uish. . Sanggup tak makan! Bagus bagus "
Jadi. . Aku pon dapat la novel. 2 novel.
Tapi En. Boo Boo cakap aku ni gila novel. Tak makan takpe asalkan dapat novel.
Tapi tak kurus kurus. Hoih!
Sebab orang cakap aku tak kurus plus nak belanja pulak.
Aku amek yang mahal mahal sikit. Padan muka!
Satu je Fauziah Ashari punya novel. Yang lain tu aku amek novel lain. Nanti aku update lain ye. . Lupa amek gambar sebenarnya!
Sekarang ni susah nak jumpa nukilan Fauziah Ashari ni.
Sebab dia dah tukar company, sama dengan Norhayati Berahim. . Yang dah berjaya dengan company sendiri.
Bukan lagi dah dengan Alaf 21 sebagai orang tengah. .
Sendiri tulis. . Sendiri cetak. . Sendiri edar. .
Kaya kaya kaya. .
Wednesday, August 29, 2012
Wordless Wednesday : Rumah Saya :)
Tuesday, August 28, 2012
Berita gembira!
Saturday, August 18, 2012
JEMPUTAN UNTUK SEMUA
Friday, August 17, 2012
Tabiat Pemandu Berhemah Di Jalan Sesak
Wednesday, August 15, 2012
Selamat Hari Raya 1433H
Saman serta-merta guna lorong kecemasan
Tuesday, August 14, 2012
Coklat Pengganti Kad Raya
Bahulu Moden
Monday, August 13, 2012
Syawal yang bakal tiba :)
Friday, August 10, 2012
Goodies Raya
Untuk seminggu ni.. Online guna henpon jela..
Busy yang amat. Tapi masih update blog. .
Sebab nanti ada yang tanya. . Kawan2 yang rapat dan daily buka blog ni. . TQ :)
Okey semalam, aku dah siapkan hampir 200 uncang goodies. Alhamdulillah. .
Semuanya untuk raya ni la. . Untuk budak2 yang beraya pusing kampung tu.
Dalam uncang tu ada sekali duit raya. .
Ini merupakan tahun kedua kami buat macam ni untuk family En. Boo Boo.
Family aku dah lama dah buat macam ni setiap kali raya.
Disamping duit raya, ada jugak la manisan. .
Seronok la sikit budak2 yang terima nanti. .
Ada sumi. Ada keropok. Ada lolipop. Ada mentos :)
Duit raya disimpan.. Manisan dimakan..
Rezeki untuk budak2 kan.. Raya ni yang paling seronok dah tentu budak2..
Kita yang dah berumur ni pon seronok jugak.
Rezeki yang lebih biarlah berkongsi kan. .
Mudah mudahan rezeki tu akan bertambah :) Aminn. .
Thursday, August 9, 2012
Bukan duit cina mati!
Cantik kan duit baru RM20 ni. Kaler pon comel.
Maaf la. . Sekarang ni aku busy sangat.
Ada drawing tender yang nak kena hantar. .
Kena submit sebelum raya. Uhuk uhuk..
Itu yang semua post pendek2 belaka.
Eh, ada khabar angin yang cakap duit kita latest design ni tak cantik.!
Pandai2 jela. . Suruh design sendiri baru taw.
Pelik aku dengan mental masyarakat kita ni.
Semua tak puas hati. Kutuk macam2. .
Duit monopoli la. Duit cina mati la. .
Lepas ni, kalau susah sangat guna syiling jela.
Suka benor nak protes orang. Dosa weh dosa!
Wednesday, August 8, 2012
Wordless Wednesday : Duit Raya :)
Yeay. . Jom semarakkan raya yang bakal tiba
dengan bersedekah. Bagi duit raya tu kira sedekah la kan. . Nah. . Untuk kawan kawan :)
Tuesday, August 7, 2012
padah ke pasar Ramadhan!
Semalam 17 Ramadhan..
Aku pecah rekod sendiri.. Konon nak kekalkan
untuk tak pergi pasar Ramadhan. .
Tapi tewas jugak. Tak tahan dugaan la aku ni.
Sampai PARAM, semua aku tengok sedap!
Beli la macam2 tu pon ada 3,4 jenis yang kena larang lepas dijeling2. .
En. Boo Boo taknak bayar. Aku bayar sendiri.
Bila tak habis makan kompom kena marah.
Akibatnya semalam terlepas terawikh. .
Harini ingat taknak la ke PARAM lagi.
Nanti semua teringin. Semua sedap. Semua nak beli. .