Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 30, 2011

Angah nikah hari nie...




nak cakap banyak tak boleh. rasa sebak le pulak.
angah nak nikah petang ni lepas asar.. harap semuanya elok dan berjalan lancar.
aku sedey le jugak sebab aku ni walaupon suka gaduh dengan dia tapi dia tetap adik aku yang selalu aku rindu time dia duduk asrama dulu.









 


Thursday, September 29, 2011

Tajupakale




WIFI punya cerita..

Man : dey mamak apa password WIFI kt sini?

Mamak : apa WIFI??

Man : ini kedai punya interner la..

Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tajupakale jugakMan : hah??

Mamak : "tajupakale..!"

Man : Apa tu..??

Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tajupakale la..

Man : Password dia tajupakale..!

Mamak : ya..tajupakale

Man pun menaip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Man : dey, mamak apa password dia??

Mamak : tajupakale la...sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!

Man : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik

Mamak : mana ada slah..tajupakale

Man : x boleh la dey!!

Mamak : boleh la...

Man : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku taju!

Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Man pun taip)

Man : ko tgk aku taip T.A.J.U.P.A.K.A.L.E... tgk,mana dapat!!

Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..

Man : eh, ye ke...kau tekan la..

Mamak : ini mcm tekan la 7777

Man : "ini TUJUH EMPAT KALI..!!"

Mamak :betul la sy ckp tajupakale

Man : %@#*&^%$#@!!!!!!!!












 


Wednesday, September 28, 2011

Petua yang mahal harganya, tinggi ertinya :)




baby Syed Muzafar. pinjam ye En. Angkasawan :)



OK. pagi ni aku nak berkongsi sesuatu. bukan resepi tapi resepi la gak kiranya.
resepi buat anak. ea.? boleh ke camtu.?
rezeki dari ALLAH. kita berusaha jela ye. pada kawan2 yang nak mencuba. silakan la ye.
aku belom ada kekuatan nak mencuba lagi. jom tengok resepi.  :)



PETUA DAPATKAN ANAK



1. Berdoa
Setiap kali sebelum bersama pasangan, berdoa kepada ALLAH agar memberi zuriat yang soleh. Alhamdulillah. ni masih jadi amalan aku n En. Boo Boo. tapi rezeki belom menjengah kami lagi.

2. Mandi
Sebaik-baiknya mandi dulu dan tunaikan solat sebelum bersetubuh dengan pasangan. Jadi makna kata, kalau ada keinginan time2 dah masuk waktu. tangguhkan dulu. sebab nanti dah letih,langsung lewat solat. hehe

3. Kesuburan
Rancang waktu terbaik untuk bersama terutama ketika waktu subur isteri. yang ni susah nak cakap la. kadang kala kalau bersama time subur pon tapi dah ALLAH kata belom sampai masa nak timang anak. memang takkan menjadi. so redha jela dengan ketentuanNYA.

4. Kerap bersetubuh
Disarankan bersama dengan pasangan 3 hingga 4 kali seminggu. uittt.. ini memang aku elak siap2. tak larat taw. dah la aku travel jauh nak pegi kerja. pagi2 sebelom kul6 dah nak keluar rumah. pukul berapa nak mandi wajib ni..?

5. Pemakanan
Untuk isteri, banyakkan makan sayur tauge, ikan dan daging. berapa kilo tauge la nak kena hadap kan dalam tempoh seminggu. tapi petua ni memang aku penah dengar dari orang tua2. rasanya menjadi la kot.

6. Nikmati
Nikmati dan hayati proses seksual dari mula sampai habis. untuk lebih kenikmatan. rangsang dengan lebih lama pasangan anda. sampai gigil badan2. hehe (ini aku je pandai2 tambah. jangan mara aa..)

7. Posisi
Posisi yang dicadangkan adalah suami di atas.. Untuk isteri, letakkan bantal di bontot sehingga bontot anda beristirehat untuk menampung jumlah sperma selama 15minit selepas klimaks. senang cakap, lepas bersama, jangan bangun2.. kalau nak lagi power, take time dalam 30minit camtu supaya sperma mudah berenang untuk menuju puncak..!




sumber ikhlas : Mingguan Wanita










 


Wordless Wednesday : Happy Birthday!













 


Tuesday, September 27, 2011

Tiada kata



Tiada kata. tiada bicara yang bisa dituturkan.
kenyang sangat ni. macam2 masuk dalam perut. terlalu heaven.
nasik tomato. nasik impit kuah kacang. kek coklat. apam polkadot. cheese tart.
bihun goreng (bekal pagi tadi). kueh raya. keropok ikan.

memang bayak la. cuma mee rebus je aku tak sanggup nak telan dah.
bawak2 mengucap le ni. itu yang boleh stop tu. haih.
pada yang tak sudi datang open house unit aku ni memang rugi taw. penat je aku jemput pagi tadi.









 


Payudara dan lelaki


Semalam aku meratib kat FB kawan2. semua kawan2 aku jengah.
bukan apa. tetiba kat opis ni buat gaya mesra FB. boleh online dari pagi sampai petang.
selalunya waktu lunch je ada network. mmm itu yang buat aku rajin datang kerja tu.


jauh perjalanan  luas pengetahuan. bila dah banyak berjalan. ini yang aku jumpa.
nak kata kurang ajar pon boleh jugak la.
mana ada kaitan tengok pompuan punya t*tek dengan panjangkan usia.
buat tambah dosa ada la kalau dah asyik merenung. lain la kalau isteri punya.

manusia negara Barat tu jangan cakap la. mereka dah memang terpesong.
kalau setakat tunjuk t*tek tu no hal la. takde masalah pon.
bagi diorang tu aset yang maha wajib dipertontonkan pada umum. macam ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

OOOoohooiii...hebat kan..? kalau ini la yang boleh panjangkan usia kaum lelaki.
sila la tengok sampai puas. kalau stim, sendiri tanggung la ea.
apapon aku nak pesan. jangan taksub sangat dengan kajian orang Barat tu.
diorang tu mana ada pegangan.









 


Jamuan Bahagian Struktur (Bangunan Am)



A S S A L A M U A L A I K U M


Harini ada jamuan raya kat unit aku ni. jamuan raya pada penghujung raya. heaven kan.?
 mari le datang ke Tingkat 13, Centre Point North, Mid Valley City.
 macam2 ada. mee rebus. nasik briani. eh tak suprise la kalau sebut.


Ini la boss aku. simple je kan. takde la macho sangat tapi hati baik.
tapi sekali dia gelak. boleh dengar 1level ni. memang power.
so aku kalau nak malas2 aku kena alert pada gelak dia. kalau dia ada, takleh la nak malas2 sangat kan. berdosa. hehe

nanti aku update lagi pasal jamuan ye. saja nak kasi panas enjin blog dulu.
pagi2 kena la update 1post. pastu baru boleh buat kerja lain.
dah kata blogger kann..?  :)











 


Monday, September 26, 2011

Artis Malaysia Makin Berani




 cayalah artis kita. boleh suka2 on off pakai tudung. macam main2 kan agama jela.
aku sebenarnya tak suka nak cakap pasal artis kita yang kebanyakan,
life mereka tu dah bersimpang siur.
tapi bila melibatkan pasal agama camni. aku rasa cam sakit hati.


 time rasa nak pakai tudung dia pakai. time rasa nak tanggal. boleh tanggal.
kalau rasa nak pakai gaya marhaen pon anytime je boleh.
takde ke rasa segan silu dengan masyarakat kat luar sana.

klik kalau nak besa!

mmm.. kalau cakap pasal artis ni memang tak pernah abes.
ada ja yang melanda life mereka ni.
itu belom buka kisah botox sana sini lagi.
aku mengarang untuk peringatan diri sendiri. mana taw bila satu hari nanti aku popular.
takut aku pulak yang lupa diri. nauzubillah. mintak simpang la.



 thankz yana sebab bagi idea.



 


Bila dunia makin canggih



Ya. bila dunia makin canggih. laki bini pon boleh gaduh taw.
macam aku n En. Boo Boo. redha jela. bukan gaduh sebab nak baiki diri tapi gaduh sebab gadjet.
bukan salah aku. tapi En. Boo Boo. yela. sape nak ngaku salah kan.


 semuanya gara2 BlackBerry Torch yang jadi idaman kalbu aku sejak tengok dia kali pertama.
pada asalnya kami nak beli sama2. maknanya 2bijik terus. okey. laki bini setuju.
tapi sekarang ni dah jadi lain pulak. berangin je aku rasa.

entah kenapa. sejak bersepah iklan DIGI tentang iPhone. 
dah minat iPhone pulak En. Boo Boo ni.
kalau dia sorang guna takpela. ni dah ajak aku sekali. sape tak bengang.
idaman kalbu aku camne.? bila nak merasa guna.

walaupon sekarang ni gadjet tersebut masih dalam wishlist.
tapi aku tetap gigih nak sambar jugak 1.
sekarang ni aku pendam je hasrat hati. maklom la hanya sorang je yang bekerja.
tak gamak pulak nak sambar 1. kalau boleh biar sama-sama tukar henpon.

biar tsunami melanda, biarlah gunung terbelah sekali pon.
niat hati untuk dapatkan BlackBerry Torch akan aku usahakan.
kalau tak dapat takpe.

tapi abang mesti ingat ye.!!
1. gelang kaki yang abang janji sempena anniversary.
2. gelang nikah yang dah ketat sebab emas sekarang mengecut.
3. cincin sayang 2bentuk dah muat2 pakai.
 semua tu mesti berganti kalau abang tetap nekad nak amek iPhone.









 


Assalamualaikum Daniel Amsyar



MUHAMMAD DANIEL AMSYAR

 kalau sebelum ni aku sibuk berceloteh tentang mama Daniel.
tapi harini aku nak citer pasal Daniel pulak. sebab Daniel dah menjengah dunia.
tahniah Suzie + Ajai. muka Daniel ni sebijik macam papa dia. ikut mama dia kat rambut yang lebat tu je. memang anak papa la Daniel ni. :)

Suzie selamat bersalin pada hari Khamis dalam pukul 12.30 tengahari.
dengan berat Daniel 3.1kg. agak kecik jugak la kalau nak bandingkan dengan perut suzie yang melampau buncit tu. serius aku tak tipu. perut dia memang besar.

me + Daniel Amsyar

Aku melawat suzie hari Jumaat dengan En. Boo Boo. alhamdulillah. kedua-duanya sihat.
suzie je yang agak letih n pucat sikit sebab masih baru bersalin + kena jaga Daniel sorang2.
selamat Daniel bukan jenis baby yang suka nangis. sayang Daniel. muah.

macam tak pecaya Suzie dah ade Daniel. masih terbayang Suzie yg buncit.!
 
 suzie dah balik Selancar semalam. dan akan habiskan masa berpantang dengan senang lenang kat kampung. harap suzie berpantang elok2.
jangan malas bertungku dan curi2 makan ye.
aku n En. Boo Boo akan merindui Daniel. nanti dah balik PJ, kita jumpa lagi ye Daniel.
miss u.










 


Saturday, September 24, 2011

Walimatulurus Angah




sempena kenduri Angah minggu depan. aku kat rumah ni masih bersenang lenang.
tapi mak kat kampong dah bersilat kalah Guru Silat Gayong Malaysia.
Abah pon dah tidor tak pejam mata. tangan pon dah naik atas kepala.
kalau mak sibuk buat segala jenis maruku, kueh segala tapi abah pulak sebab kira duit yang makin susut. hehe.

insyaALLAH.. takde aral minggu depan hari Rabu malam aku pulak balik kampong. menolong apa yang patut. Angah katanya dah start cuti 26hb.
jom ushar sebab2 abah aku dah start tido letak tangan atas kepala.

28 September 2011
siang hari dah start merewang untuk mesyuarat Pekida. angin ape ntah abah kenduri kali ni nak buat ala Pekida. kami adik beradik malas campur. layan kan je. tapi mak cakap malam mesyuarat Pekida tu saja memang nak masak 40kg daging sebab ramai.! info dari Ayahanda kawasan tu jugak. 
kalau tak ramai yang datang. kasi dia bawak balik lauk2 tu.

29 september 2011
siang kompom sibuk nak basuh pinggan dan keje merewang lagi sebab malamnya ada kenduri doa selamat dan tahlil. saja buat kenduri sikit sempena malam Jumaat tu. lagipon esoknya Angah nak nikah kan. so buat le kenduri sikit agar semuanya berjalan lancar. insyaALLAH.

30 September 2011
InsyaALLAH kalau takde aral, Angah mungkin nikah lepas Asar cam aku aritu.
so ade lagi kenduri lepas nikah tu. dan malamnya pulak ada majlis berinai dan bersanding kecil-kecilan.
malam tu kompom semua ahli keluarga, saudara mara dah ramai.

1 Oktober 2011
kenduri Angah. jemput la datang ye. dari 11pagi hingga 6petang.
harap2 semuanya berjalan lancar tanpa ada cacat cela. insyaALLAH.
kalau taknak hujan, Angah kena campak baju dia atas bumbung. petua orang tua2.
malam mungkin ada BBQ untuk saudara mara dan jiran tetangga.


itu jela perancangan yang aku sempat tanya kat mak. 4hari 4malam buat open house ni.
adeh la. mau tak pusing abah aku. hehe
pada yang sudi datang. jemput la ke rumah ye. makan free tanpa henti.






Friday, September 23, 2011

BUSY. BUSY. BUSY....!!





serius busy sangat sekarang ni.
orang lain yang beranak, orang yang nak dapat duit kutu, orang lain yang syok2 nak melaram masa hari Keluarga + dinner CKASJ, orang lain punya birthday anak tapi aku yang busy yang amat.

sebab semua orang tanya aku perkhabaran orang yang dah beranak tu.
sebab aku yang jadi takotai collect duit kutu kat opis ni.
sebab aku yang jadi ALONG kutip duit kat unit aku sempena hari Keluarga bulan depan.
sebab aku yang tolong cari orang nak buat apam polkadot sempena birthday Mia. :)

fail atas meja pon banyak. belom sempat nak filing dari bulan puasa aritu.
maklom la bukan senang nak filing surat2 stok 6bulan. boss buat pekasam kat tempat dia.
yang pasti aku masih selamat sebab takde drawing yang nak kena hadap.
kalau tak, kompom aku lagi lintang pukang, kain pon senget2..!









Tetap segar..





 Bendi ni memang sesuai untuk kaum lelaki. kalau tak caya. suruh suami masing2 makan.
takyah lama. makan setiap hari dalam tempoh seminggu.
taw le apa bezanya sebelum dan selepas.

nak taw detail. sila PM. hahaha. sengal punya tuan tanah. tak baik melucah la.
okey. sebenarnya aku nak citer untuk kekalkan kesegaran bendi ni.
makanya walaupon kita dah rebus waktu lunch tapi time dinner pon still sedap ok.

Didihkan air dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. 
Lepas tu rebus kacang bendi tanpa kita potong mana2 bahagian.
ini untuk elak dari berlendir. bila dah masak, baru potong kepala dan ekor dia.
senang kan. cubala.








 


Wednesday, September 21, 2011

Baru sebut dah dapat..!!






mmm. nak mula camne ni.? Buntu sekejap. kang aku melaser, 
mula si Along ni laser aku balik. aish.
Along ni mulut dia boleh tahan kalau nak mencharasss aku. hampeh betol.

Una ni kawan aku satu politeknik masa sama2 belajar kat Kulim. Along ni pulak suami Una tapi kawan sekolah menengah aku. kecik kan dunia.
sebelom puasa aritu adala aku chatting2 dengan Una ni kat FB.
biasala kalau dah ade anak sorang, mesti la nak lagi sorang kan. 
sama la jugak dengan Una ni.

kami berborak punya berborak. keinginan Una untuk bagi adik pada Iman memang ketara sangat.
tapi kalau boleh biar la lepas suami dia yang askar ni abes kursus dulu.
tapi semalam. entah ribut apa. tiba2 ada statement dia bersyukur di atas rezeki ini.

aku pon merisik tanya dan dikuatkan lagi dengan SMS yang Una hantar kat aku.
"Iman nak dapat adik.. Hehe". amboi.... sakan..!!
baru sebut sebelom puasa aritu. sekali di bulan Syawal yang mulia ni. 
dah terus lekat. 5weeks ok.

punya cepat la Una ni proses. dalam Along dok berkursus jauh2 tu pon sempat jugak ye.
Una stay kat Temerloh n Along kursus kat PD kalau tak salah.
dalam tempoh 3bulan tak salah aku, kira diorang ni weekend partner jela.

Tapi itu la kan. senang je rezeki orang ni. sebut harini, esok dah ada. aku...??
hari2 sebut tapi masih belom ada. takpe la Una. kiranya baby yang bakal lahir ni adalah
permata ketiga Geng Camar 46. InsyaAllah.. :)














 


Ini yang terakhir...





semuanya ada 10jenis. 10 rasa. sekarang dah tinggal 9jenis. 9rasa.
ini yang terakhir. lepas ni takde dah kueh raya kat umah. mau kasi langsai cepat2.
pada yang nak berkunjung ke rumah. boleh la hadap kueh raya yang dah berserdak ni. hehe

lepas ni taknak masak ape2 dah. setiap minggu aku masak sampai longgar lutut.
minggu pertama mee kari, minggu kedua nasi impit + sayur lodeh + ayam masak merah dan mee udang.
minggu ni nak gantung periuk belanga la pulak. bukan aku tak pegi open hause. ada aku pegi tapi yang dekat Bukit Beruntung jela. lebih dari tu. wassalam.

hujung minggu ni minggu terakhir Syawal. kompom ramai yang berebut2 nak buat open house kan.
2jemputan aku dah terima. tapi pada hari Sabtu. kalau ada yang hari Ahad, memang aku goyang kaki la kan.

tapi hati aku kuat mengatakan yang balang kueh raya ni akan terisi penuh sampai la abes Syawal.
kalau En. Boo Boo kerja ni, kompom abes sebab dia rajin tapau kueh raya bawak ke tempat kerja.
haih. nampak gaya macam nak menuju ke jalan syaitan yang direjam je ni.









 


Wordless Wednesday : Insan Terpilih!














 


Tuesday, September 20, 2011

Rangsang, dirangsang dan merangsang kelahiran





SuzIE... aka si Buncit. panggilan yang si AKI berikan pada sUZie sejak kandungan dia mencecah 4bulan. time tu kami dapat g induksi sama2.
sekarang ni suzie dah sarat sangat, tunggu masa nak meletop je.

suzie punya EDD pada 29 September ni. maknanya ada lagi 9hari.
tapi dia ni asyik dok keluar masuk wad je dari bulan puasa aritu.
dah buka 1cm pon still lambat lagi. adehh la. aku pulak kesian tengok badan kecik tapi perot besar ni berjalan.

kebetulan aku beli Mingguan Wanita. so mari aku berkongsi petua2 dia ye suzie. ni khas untuk ko ye. dan untuk semua ibu di luar sana. giliran aku belom lagi. hehe


 CARA SEMULA JADI RANGSANG KELAHIRAN

Banyak berjalan kaki
Ini sesuai. orang cakap baby cepat 'turun' ke jalan nak keluar. selain tu, kuatkan otot dan lancarkan perjalanan darah. Ketika bersalin, posisi badan kena tegak dan tidak condong ke belakang. Kalau nak cepat lagi, sila la berjogging ye suzie.

Buat senaman yang sesuai
Kalau ada pernah hadir kelas, lagi senang nak ko nak paham. cara2 nak bernafas. nak bergerak. semua tu melancarkan lagi baby ko untuk keluar. jangan ko pegi pumping dah le ea.

Hubungan intim dengan suami
Aku taw, part ni ko memang suke kan. itu je yang ko pikir sekarang ni. itu aku malas cakap banyak sebab sekarang ni ko makin pandai benda2 ni. tapi melaui apa yang aku baca, sperma dapat merangsang kontraksi pada rahim n melembutkan pangkal rahim. Amalkan sejam sekali ye. hehe

Stimkan puting payudara
Buat sendiri boleh, mintak tolong suami ko pon boleh tapi lagi sedap kalau mintak tolong suami la ea. hehe. Rangsangan pada puting cepatkan hormon oksitoksin yang boleh merangsang kontraksi pada rahim.

Buang perasaan cemas
Buat sesuatu yang boleh buang @elak rasa cemas. lagi ko cemas. lagi susah ko nak beranak. so..main la game zombie ko tu sampai lemas. hehe






pssstt..apepon..banyakkan berdoa ye suzie. semoga ko dan baby selamat sejahtera. dan baby ko selamat menjengah dunia. aminn..








 


Hantu Bonceng




sapa dah tengok cerita ni..? aku dah tengok. tak bes pon.
rasa menyesal pulak aku g beli kat Astro First. ini semua gara2 Angah la datang rumah Jumaat lepas.
Ayang pon ada sekali. so ape lagi. langgan sudah..

part hantu tak banyak pon. tapi aku ni memang rare spesis.
tak kira macam mana rupa hantu tu. aku tetap akan tutup muka bila part hantu.
walaupon pada orang lain rupa hantu tu tak takut langsung.

tadi aku ada jalan2 kat sana sini.
ada la aku baca kisah orang yang tak puas hati dengan citer ni.
kalau korang nak taw. apa yang ditulis. jom kita jengah jantan Terhangat.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
pssst.. aku pon tak bagi banyak bintang. bagi 2/5 bintang je. sebab sekali tengok je pon dah jemu.
nak plak Astro First tu tayang sampai 2hari 2malam. boleh jadi hiburan pada tetamu yang bertandang jela.











 


Petua orang dulu, jadi amalan orang sekarang



Limau purut

Kalau daun limau purut orang amek buat tomyam.
buah limau purut kita maek buat mandi. kalau jadikan amalan, kompom dapat hilangkan bau badan.
kalah segala jenama yang ada kat pasaran yang mahal2 tu.

kalau susah nak cari. guna limau nipis pon boleh.
macam aku, aku guna limau nipis je. sebab senang cari, lain la kalau dok kat kampong kan.
semua ada. cakap je nak apa. semua ditanam keliling rumah.

aku pon sebenarnya takle rajin sangat. ade jugak buat sebulan sekali.
tapi kalau buat, kompom aku buat 3hari berturut2. badan jadi segar je. nyaman pon ada.
memang sedap n selesa.

tapi kalau aku mandi limau ni, lepas tu mesti En. Boo Boo cakap aku bau tomyam!
time tu mula la nak menyendeng je. ish. meluat taw. sebab tu aku jarang mandi limau. nanti asyik melekat pulak. hehe

Limau Nipis

Tapi ada jugak petua yang aku dengar dan mugkin jugak jadi amalan pada sesiapa yang rajin.
amek daun pandan. kisar @ tumbuk kasar2. rendam dalam air mandian.
pastu mandi dan amek daun tu gosok ketat-ketat kat celah segala celah.
kompom badan bau nasik lemak. hehe
selamat beramal.











 


Kenangan di Majlis Perbandaran Taiping



Assalamualaikum n selamat pagi.

mmm.. rasanya dah lama aku tinggalkan post ni dalam box draft.
ini baru sampai masa nak bawak keluar. bukan sebab takde idea tapi sebab aku takde camera yang boleh jadi pencetus idea.
oleh itu. aku publish la entri ni.

Oyen, Kak Ida, Aizan n me  :)

 time ni. takde sape pon kawen lagi. semua masih single tapi not available.
aku tak pasti sapa yang amek gambar ni. walaupon muka aku sememeh tapi still ada gak kenangan masa praktikal kat MPT ni.

sekarang ni Oyen pon dah nak kawen, mungkin dalam bulan11 ni. insyaALLAH.
Kak Ida tetap champion, sekarang anak dah tiga. Aizan masih dalam tanda tanya.
dan aku pulak, dah kawen tapi belom sempat bertiga.

 masa praktikal kat MPT ni memang terbaeek.! rasanya aku praktikal awal tahun 2005.
dah 6tahun berlalu kan. cepat sungguh aku rasa.
yela.. kalau dulu aku cuma 49kg sekarang dah naik 65kg. hehe **tipu je..

we'oll dengan Kak Niza
 ini rasanya time nak g makan dengan Kak Niza. masa praktikal.
g keje tak yah bawak duit pon takpe. boleh makan free bila2 masa.
setiap kali mesyuarat, kami la tukang bagi perabeh makanan.

kalau pagi technician ni belanja makan, kang lunch keluar dengan technician lain pulak.
jumpa kontraktor, belanja makan lagi. petang dapat makan pisang goreng free ke. keledek goreng free ke. memang semua free la.
sampai Mr. Vaa yang kedekut dalam opis tu pon kitorang paw gak suruh belanja. hehe

itu la indahnya time belajar dulu.
sekarang ni dah sampai masa aku plak kena paw dengan kawan2 yang dok belajar lagi.
itu rezeki masing2 la kan. kalau ada lebih apa salahnya berkongsi ye tak..?








 


Monday, September 19, 2011

BERTUKANG DI HALAMAN






 tengah bertukang kat halaman sendiri ni.
itu yang nampak bersepah n bersimpang siur.
Senget sana sini.
tapi masih dapat dibacakan..?

tunggu kemunculan header baru yang ditempah khas..
kompom ade yang jeles.! :)








 


Bila Chelsea Kalah...selesai hutang aku..!






 YEEHAAAA>>!!!
aku suka bila semalam Chelsea kalah.
pada penyokong kipas mati Chelsea cam En. BOo Boo n AKI.
memang terkilan sangat la kan..! :))

tapi pada aku yang sokong Arsenal. tapi sampai sekarang takde menang2 lagi.
memang aku suka sangat la kan. bukan senang nak dapat peluang camni.

aku n En. Boo Boo memang suka bertaruh.!
ala bukannya bertaruh cam berjudi tu. cuma sapa kalah, dia kena belanja makan ke.
belanja kek kat SR ke. camtu je pon.

so semalam aku nak sokong MU. sebab dia memang penyokong Chelsea. aku bertaruh.
"Kalau MU menang, hutang2 bet yang lepas, kira CANCEL..!"
 "SETUJUUU..!"

yang boleh aku bertaruh camtu sebab aku selalu kalah.
hutang sebelom kawen pon belom bayar taw. aku asyik kalah je.
sampai aku pon dah tak ingat berapa banyak aku kalah.!

harini aku suka hati sebab hutang dah setel.
ohhh.. indahnya donia..!







 


Maafkan aku ye..semua.!



HArini hari Isnin. mood pon ala2 nenek kebayan je.
slow sangat. maklom la dah sedap cuti 3hari.
harini aku nak minta maaf dengan semua. terutama kawan2 opis.

mula dari harini aku tak dapat nak tunjuk menu2 yang selalu aku pertontonkan kat blog ni.
sebab Angah dah kebas camera aku.
entah apa yang dia buat aku tak taw la kan.

camera sendiri ade. tapi tinggalkan kat kampong.
kan tak pasal2 dah susahkan aku je. so aku minta maaf sangat.
aku taw aku akan kena marah sebab dalam tu ada gambo yang kami amek masa jamuan raya KKR.
bergambo dengan Menteri Kerja Raya, Dato' Shaziman.

ini tahun lepas punya gambo.. tak sama dengan tahun ni punya..

aku akan dapat balik camera aku lepas balik dari kampong.
maknanya lagi 2minggu.
nak berblog camne kalau tiada gambar..?













 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...