Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

Hari Subur :)



rujukan dan idea dari mamifika. terima kasih dear sebab sudi kongsi.

aku punya la takde mood sampai entri permulaan pagi tadi pon takde tajuk.!
jauh sungguh aku merayap. maaf ye.


harini adalah CD 29. aku taktaw le dia akan normal atau tak.
kalau tak normal jugak period aku ni. memang aku akan stop amek pil perancang.
sebab makan pil perancang pon untuk normalkan kitaran.
tapi kalau masih ditahap yang sama. baik takyah makan.
tapi betol ke tindakan aku ni.?

kadang2 aku macam mengharapkan keajaiban berlaku kat aku.
makan pil perancang tapi still get preggy. eh boleh ke.?
kalau boleh. syukur sangat la kan.
tapi itu yang aku fikir bila tengah senaman sorang2. dasyat kot aku ni.

 sekarang ni emosi aku selalu je tak betol. kalau datang malas, aku punya malas tahap melampau.
sampai senaman pon taknak. biar le kena perli pon.
kalau datang mood nak marah, aku akan marah sampai merajuk2 dengan En. Boo Boo.
pelik sungguh aku rasa. mungkin sebab aku banyak fikir kot.

 esok CD 30. kalau tak period jugak. aku memang nekad stop Diane 35.






 




baru masuk kerja dah mood ke laut.
banyak sangat makan durian kat umah mertua. terima la padahnya.
tak cukup makan kat kampung, tapau seguni wak balik rumah.

harini nak cakap banyak pon malas. mood entah ke mana.
aku punya hati takde kat opis. takde kat umah. tapi still kat kampung.!
lagipon aku sedih sangat ni sebab Mr. Violet masuk mesin basuh.
aku yang cuai. letak Mr. Violet dalam bakul baju kotor.

kalau balik kampung. aku wak balik bakul baju. sebab malas nak sepah2.
mana yang sempat basuh kat kampung aku basuh.
mana yang tak sempat memang akan roger basuh kat rumah je.

entah malas sangat semalam. aku takde pulak asingkan baju dan seluar.
selalu aku asingkan sebab dah mak ajar camtu kan. basuh baju dan seluar berasingan.
semalam aku campak je sebakul masuk mesin basuh.
*sekarang terima padah sebab taknak dengar cakap mak..!

masa tengah putar tu ake dengar lain macam.
aku stop kan mesin. aku gagau dan korek2 apa yang ada dalam tu.
sekali dapat capai. berderau darah aku.
Mr. Violet kot...!!!!

 sampai saat ni En. Boo Boo pon tak taw apa jadi kat Mr. Violet.
aku pon diam2 je. lepas buka semua bateri, casing. aku sorok dalam almari.
aku pon takut nak cek. kang jahanam, mati aku.
tapi kalau buat2 cam hilang boleh tak..?
takut ni nak bagitaw kat En. Boo Boo....









 


Friday, November 25, 2011

Perang Psikologi



Chicken Chop.

Apa pandangan semua kalau nampak gambar camni sebagai desktop background.?
teruja.? rasa teringin.? @ terfikir untuk apa gambar camtu.?
tapi bagi aku. ia penuh pengertian. serius.

sekarang ni. desktop background aku adalah gambar di atas.
aku saja letak gambar tu. bukan sebab baru buat @ mengidam.
tapi selepas setahun asyik gambar kawen je. so biar la tukar mood semusim dua ni.

lagipon sekarang ni aku kan tengah gigih nak lose weight.
so gambar ni hanya untuk melepaskan gian pada makanan.
kalau cakap aku teringin. serius, aku tak rasa macam nak makan pon.

aku hanya nak pandang. dan menghayati. rasa teringin langsung tiada.
sebab aku tak boleh dengar orang cakap pasal makanan. aku akan bayangkan.
kalau kita bayangkan, dah tentu sesuatu yang sedap dan indah saja kan.?
so aku taknak sesuatu yang indah tu. sebab nanti aku akan teringin.!

 biar hari2 aku tengok makanan yang sama. biar sampai jemu.
dan aku rasa dengan cara camtu. aku langsung takde hati nak makan makanan tu.
 perang psikologi aku baru bermula. dan aku rasa aku tabah. setakat harini.
insyaALLAH sampai aku capai apa yang aku nak.







 


Thursday, November 24, 2011

Diet yang tersasar...



keropok lekor rebus.

 pernah ke makan camni.? keropok lekor yang direbus. lepas tu cecah sos homemade.?
 kalau orang lain tak pernah. maknanya aku sorang jela yang makan camni.
memang la tak sedap sangat macam yang digoreng tu. tapi ada sebab.
sebab yang buat aku makan camni.?

sarapan :: bihun goreng + sambal kerang
lunch :: 6potong keropok lekor goreng
teatime :: 1biji pear (kongsi dengan En. Boo Boo)
*sebab En. Boo Boo datang amek kat opis semalam. sangat seronok.

dan untuk dinner. jadi la camni. dah sehari makan benda bergoreng kan.
jauh tersasar dah aku ni. sebab tu malam tadi work hard.
tapi En. Boo Boo makan sedap. nasik kerabu beli kat pasar malam.
lengkap dengan daging salai + solok lada. heaven ea.

 sebab teringin. aku curi makan 1mulut penuh. jahatnya..!
tapi perkara dah jadi kan. tak payah la nak menyesal sangat. diam-diam sudah..
 padahal sebelom tido, kalut kira kalori. Hehe






 


Lompat Bintang : alternatif selain guna Pekasam





melalui pembacaan aku. lompat bintang ni kalau dalam askar dipanggil PT10.
betolkan aku kalau aku silap. tapi aku yakin betol.
selain dikenali sebagai lompat bintang, ada juga yang memanggil sebagai
tampar lalat atau jumping jack!
*time induksi memang kena kaw2 la buat jumping jack ni.!

kalau suruh aku buat lompat bintang ni 10kali. no hal la kan. berlagak ok.
tapi kalau dah kena buat 100kali dengan kiraan 3 sebagai 1. memang pitam.
contohnya 1,2,3.1! 1,2,3.2! 1,2,3.3!

faham.? ala..Anje pon taw lompat bintang.dan dia pernah tunjuk cara ni kat aku.
 bayangkan la betapa azabnya nak abeskan 100! jangan kata 100, 50 pon dah semput!
kalau dengan kiraan camtu. betapa banyak la aku melompat. sampai basah tile kat hall.

 kesannya selepas lompat bintang. akan tercungap2 la.
dan kesan pagi ni pulak, betis rasa kejang dan keras. rasa macam semalam aku
pergi marathon 10km..! sangat rasa tak selesa.
kalau malam ni tak ok jugak. makna kata malam ni takyah exercise la kan.?
Hehe.

trainer aku.? of course la En. Boo Boo. sangat kejam.
aku melompat. dia kira + gelak2. sangat menyakitkan hati.







 


Wednesday, November 23, 2011

indah!



indahnya dunia kalau hari2 ada orang belanja.
even cuma sarapan pagi. bihun goreng + sambal tumis kerang.
semalam kena RM 1.20 tapi harini amek kerang terlebih sikit. so jadi RM 2.


ada sesiapa yang nak belanja untuk lunch pulak ke.?
kalau nak belanja, biar le double zinger burger.
sangat dialu2kan. walaupon aku ada bawak bekal epal + pear.!
tapi kalau ada yang nak belanja, aku okey je.
lagipon esok dah gaji, sila la abeskan duit berbaki gaji bulan lepas ye PaPaDam.

sebenarnya PaPaDam yang belanja aku tadi. mimpi apa ye dia semalam.
tiba2 je nak belanja time sampai opis tadi. aku cuma terfikir 1 benda je.
hujung bulan ni birthday dia. Hehe.
lambat @ cepat. mesti kena bagi kek. dipaksa taw. kejam sungguh dia.

apepon. tqvm sahabat.  :)





 


Wordless Wednesday : Buaya Darat!







 sumber :: akuanakpahang





 


Tuesday, November 22, 2011

Selamat Pengantin Baru..my BFF



Abg Iwan + As

 Pn. Asmawati. kawan aku dari sekolah. dari Ting. 1 hingga Ting. 5!
memang pergi makan sama2. jadi pengawas pon sama2.
dan dia jugak yang banyak ajar aku Add Maths masa sekolah dulu.
*even add maths aku lingkup time SPM. ehehe

 ini kenduri sebelah perempuan. maaf As.
pasni aku takleh nak panggil Adeq lagi dah sebab dah kawen kan.?
dan merangkap kakak sepupu aku. 

kecik je dunia. suami dia, abang sepupu aku. anak mak long.
kakak mak aku. memang sepupu yang rapat la kan.
kalau dah nama jodoh, tak siapa berhak tentukan pilihan.!

 maaf sebab kenduri sebelah perempuan aku tak dapat hadir.
aku nak kena balik lagi minggu ni, sebab mak long aku pulak kenduri (pihak lelaki).
so makna kata, even aku tak dapat meriahkan majlis di Taiping.
aku akan sambut As di pihak lelaki. (Ipoh)

 semoga berkekalan la hendaknya.
dengar kata esok. pengatin baru ni nak berangkat ke Cameron.
nak honeymoon. aish. tak sabar nak tunggu majlis pihak lelaki dah panjang langkah.
selang seminggu tu berjarak sangat kot. nak pulak Abg Iwan amek cuti 2minggu.

okey. aku faham semangat tu. Hehe.
selamat aku dulu selang hari je. harini kenduri umah aku.
esok umah En. Boo Boo. kira takde la terkilan sangat kan. Hihi

 bila tengok kawan2 @ sedara mara kawen.
aku rasa mood pengantin baru aku datang balik pulak dah.
ini yang buat tak keruan ni. tiba-tiba..... :)







 


Rojak Buah Spesial




 Spesial.? takde la spesial sangat. tapi sebab orang yang membuatnya suami aku.
kiranya spesial la kan. aku bab2 nak mengopek dan mengupas memang malas!
aku rasa benda tu cam membosankan.

sebab tu kebanyakan bawang di rumah. En. Boo Boo yang handle. toleng kopek.
dan buah pon sama. kalau aku, main makan dengan kulit2 ja.
nak potong pon malas kecuali orange.
tapi kalau ada En. Boo Boo dia yang akan tolong kupas + potong2.

 semalam kami makan rojak buah ni.
nenas takde. jambu pon takde. cari yang senang jumpa je.
lepas dah potong2. aku pulak yang amek alih. kacau kuah rojak dengan buah.
sebab En. Boo Boo tak pandai nak agak kapasiti kuah dan buah.


 ini bahan2 yang aku guna pakai dalam rojak tu semalam. sengkuang takde dalam gambo.
sebab dah potong. sengkuang pon beli kecik je. sama saiz dengan penumbuk aku.
eh kecik ke saiz penumbuk aku ni..? Hehe

 sebijik epal hijau, sebijik epal merah, 2bijik pelam muda,
1bijik sengkuang, 1/2batang timun.. dapat sebekas tipuware aiskrim Walls.
tak boleh makan habis. potong je seksiap. nak makan baru gaul dengan kuah.
 so maknanya, lunch ni aku makan rojak buah lagi le nampaknya.







 


Monday, November 21, 2011

Mummy beranak empat..



sempena tarikh 20.11.2011. ada jugak la aktiviti aku.
walau tak sehebat orang lain. tapi memang meriah.
meriah dengan anak-anak walaupon hakikatnya belom beranak.!

 seawal pagi aku n En. Boo Boo nak kena pergi amek anak-anak Maksu kat Rawang.
sebab diorang ada concert & graduation day.
buat di golf club templer park Rawang.
faham-faham jela tadika swasta ni. tempat setimpal dengan bayaran.

Raid, Rita, me, Raif dan Rifa

nampak. sampai senget mulut aku punya menjaga anak seramai 4orang.
semuanya halus, halus lagi. yang sulong 6tahun.
yang kecik 2tahun. selang setahun la katakan. Hehe.

berpeluh jugak ye nak handle budak2 ni ea. nak pulak yang hyperaktif cam Raif.
selamat ada En. Boo Boo. boleh aku duduk2.
 yang boleh aku join ni sebab Maksu baru bersalin. gegurl lagi. nama Rida.

kesian pulak kan diorang ni. dah bayar untuk semua.
kalau tak pergi tak bes pulak kan. itu yang aku sanggup tunggu tu.
biar la diorang hepi sikit sempena cuti sekolah ni kan.


 banyak jugak gambo yang aku amek. tapi malas nak upload.
bagi sekeping ni dah la. sebab harini aku banyak kerja.
so tak sempat nak edit segala.

niat aku sebenarnya nak cerita pasal kisah aku tiba-tiba jadi 
mummy beranak empat. dalam masa tak sampai sehari.
itu pon pas balik. tidur tak hingga. camna nak bela anak sendiri ni..? Hehe.





 


terima kasih Kak Fifa..!




Pagi ni aku nak wish berbanyak2 terima kasih pada Kak Fifa.
sebab dia banyak bagi semangat dan dorongan pada aku untuk lose weight.
kalau semua nak taw. Kak Fifa ni seorang doctor okey.

sebab tu dia banyak nasihatkan aku apa yang boleh dan tak boleh.
tapi kadang2 aku ada jugak tak dengar cakap dia. Hehe.
sorry Kak Fifa.

 Jumaat lepas. Kak Fifa ada bagi kat aku 1 link tentang cara pemakanan.
selepas aku bagitaw yang aku ada GASTRIK.di <post> ni.
kalau nak diet. try la cara pemakanan yang Kak Fifa sarankan ni.
di <post> ni. jangan jadi cam aku.
 diet ikot suka hati. yang sakit diri sendiri.








 


Saturday, November 19, 2011

Vegetarian




 Harini sarapan dengan jagung rebus. sedap sebab jagung tu fresh.
beli kat pasar tani semalam. pagi tadi baru kopek dia punya daun2 semua.
beli 3batang dengan harga RM4 je. okey la tu.

rebus 2batang. tapi 1batang lagi pas rebus grill jap.
untuk sarapan En. Boo Boo. yang tu spesel la kan.
sapu susu pekat + butter. pastu percik sikit dengan garam halus. wangi.

En. Boo Boo pagi tadi dia kerja. tapi tengahari dia balik. dia tapau.
makan sama2 tapi dia makan nasik aku makan buah pulak.
kira makan sama2 jugak la kan.? Hehe.

hidangan dari En. Boo Boo. ada amra, oren dan epal. last stok!

 malam ni tak taw le lagi. sebab ada pasar malam. selalunya hari sabtu kami refill stock buah.
dan kadang2 aku pergi beli kepak panggang pon kat pasar malam.
tapi setakat ni, aku masih dalam kategori vege la ea.
 kalau dah makan kepak panggang tu, kira batal la vege tu aku arini. Hehe







 


Friday, November 18, 2011

Wholemeal Roll




 Lunch. makan roti wholemeal ni. beli kat Rotiboy.
kalau ikot hati beli Gardenia yang putih tu lagi sedap. baru rasa lemak.
tapi tak boleh la camtu kan.

so aku dapat makan 1ketol je. itupon dah kenyang.
cecah dengan sambal tumis Kak Timah. sambal tu memang sedap.
tapi lagi sedap makan dengan nasik lemak Kak Timah tu. Hehe.

sebenarnya pagi tadi aku dah makan nasik lemak tapi cuma dalam 3sudu je.
dapat rasa pon jadi la. tembikai amek lebih. sambal lebih. dan timun lebih.
mulakan makan dengan buah dulu, bagi efek kenyang.
tapi tadi ada yang mengata aku.
"..aik..makan banyak tu je.? macam kucing makan saja!.."

 kucing pon kucing la.








 


Gastrik setelah sebulan diet..!



Mmm. semalam aku MC. sebab pagi tu pedih ulu hati aku datang lagi.
memang sakit sangat. siap ada muntah2 lagi.
lepas dah muntah, baru rasa lega. tapi lepas tu datang balik.

 pagi semalam En. Boo Boo pergi kerja. tapi dalam 10am dia balik.
sebab aku cakap sakit tu datang balik.
terus pergi klinik panel En. Boo Boo je. nak pergi KK Rawang jauh sangat

lepas sembang2 dengan doctor. aku cakap semua sekali.
yang aku on diet la. yang aku diet sebab period ting tong la. selalu pedih ulu hati.
macam2 aku cakap dalam dok tahan sakit tu.

lastly, doctor tu bagitaw. kalau kes cam aku ni. selalunya GASTRIK.!
acid yang selalu ada untuk hadam makanan aku tu masih aktif pengeluarannya.
even aku tak makan pon, dia masih keluar sebab sebelom ni aku dah selalu makan.
selalu ada makanan untuk dihadamkan.

so doctor tu bagitaw. akan amek masa la selalunya untuk orang yang diet ni
untuk 'sekolah'kan balik acid tu.
dan langkah terbaik adalah dengan berpuasa.
sebab acid tu mudah 'berjaya' lepas diajar dengan puasa.
sembang punya sembang. aku dapat pil untuk mild gastrik. dimakan sehari sekali.

bila doktor tu cakap pasal puasa.
masalahnya sekarang ni. aku tak boleh puasa lagi.
sebab aku tak dapat control makan time nak berbuka nanti. 
aku akan makan sampai kenyang sebab aku fikir, aku berlapar sepanjang hari.
dan yang penting. aku mesti malas nak senaman!

nanti dah dalam tempoh 2bulan diet. aku akan mula berpuasa.
setelah badan aku kenal erti 'control makan'.
time tu aku harap nafsu yang mencanak masa nak berbuka dapat jadi lebih behave.








 


SELAMAT HARI LAHIR KE 51




 Harini beday abah. yang ke 51. rupanya dah nak pencen abah ye.
dulu g sekolah abah hantar, balik sekolah abah ambil.
sekarang ni dah kawen.
g kerja, balik kerja En. Boo Boo pulak hantar n ambil.

selamat hari lahir abah.
semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki. dipanjangkan umur.
nanti kalau abah rasa nak beli kereta baru. wish tu bagi pada Along ye. Hihi.
 along sayang abah.









 


Wednesday, November 16, 2011

Betik : Bertujuan untuk melawas.!




 Semalam ada pasar tani kat Rawang. aku singgah dan beli 3bijik betik. RM5.
murah kan.? nak kata busuk. ok je bila dah siap kupas.
En. Boo Boo kupas. aku makan je. saiz potongan pon sama. memang berbakat suami aku.

betik ni aku makan sejak aku stop amek Clenx Tea.
proses melawas aku tak berlaku dengan sempurna sejak aku stop Clenx Tea.
tak boleh nak gambarkan la ketidaksempurnaan itu.
memang rasa tak bes.!


so dalam tempoh 3-4hari ni. aku asyik makan betik dan oren.
kadang2 mangga muda pon aku sesah gak.
tapi masih sama. kenapa ye.? kenapa aku dah tak boleh membuang setiap hari.?

 sedangkan aku makan betik setiap pagi.
dan makan oren + betik setiap malam. eh runsing la kalau difikir2 kan.
tolong fikir untuk aku boleh tak.? kalau fikir banyak sangat, nanti aku lapar.!
Hehe







 


Pedih ulu hati dan loya..



Sekarang ni aku makin kerap pedih ulu hati. terlalu kerap.
kalau sakit tu tak datang lewat petang. sakit tu akan datang awal pagi.
kalau lewat petang, maknanya sampai malam sebelom tido aku akan rasa sakit!
kalau awal pagi, kadang2 sampai nak tengahari.

pelik jugak la. adakah ini kesan pil perancang yang aku amek.?
atau disebabkan diet merapu aku ni.?
setiap kali sakit. aku mesti rasa loya. loya yang melampau.!

 setiap hari aku rasa sakit tu. cuma waktu je tak menentu.
samada awal pagi @ lewat petang.
setakat ni aku belom ke klinik lagipon. sebab aku rasa boleh tahan lagi.
walaupon kadang2 rasa sakit + loya tu kuat sangat!

nanti aku nak search apa punca sakit aku ni. sebab selalu sangat aku sakit camni.
sekarang ni busy lagi. tapi kalau ada yang nak share tu.
silakan la ye. Hehe






 


Wordless Wednesday : Kemaluan!











 


Tuesday, November 15, 2011

Sedap!




Hari Sabtu lepas aku ada pergi umah Angah. sebab nak amek tiket AIM.
*tapi aku tak pergi pon AIM tu, even dapat tiket free + parking crew!
 aku rasa tak sesuai nak berformal bagai.
baik tengok je kat tv. boleh pakai baju kelawar.! Hehe.

 dari pagi aku dok umah Angah, sampai malam.
ada ja aralnya setiap kali nak balik.
tapi bukan itu yang aku nak citer.

nampak daging masak kicap+kentang dan sayur kobis tu.
kalau ada ikan sepat kering lagi sedap. makan denagn nasik panas2. hurmm!
tapi dalam mimpi jela aku nak boleh makan camtu.

walaupon aku ada rasa teringin nak makan. tapi aku tak makan pon.
aku tahan nafsu tu. aku buat2 macam tak sedap.!
padahal aku yang masak even kat umah Angah. sebab suami sendiri yang nak makan.
suami Angah takde, outstation ke Kelantan.

sekarang ni setiap minggu kami akan keluar.
berjalan2 umah sedara. sebab kalau dok umah aku akan masak dan makan.
so kalau pergi umah orang, maknanya aku takyah masak.!
bagi suami makan kat umah orang jela.
mak aku cakap. aku anak bertuah sebab buat suami camtu.








 


CD14 :: Mula belajar mengira


Ye. aku mula belajar mengira. setelah dapatkan nasihat gynae.
kalau sebelom ni aku tak pernah nak mengira.
sebab tu aku taktaw CD aku camne.

aku harap Diane 35 yang aku pernah makan dan cerita di <post> ni.
akan menyempurnakan period aku yang ting tong ni.
dan aku perlu bergantung pada Diane 35 ni sehingga Januari 2012.
iaitu selama 3bulan. sebelom ketemu sama gynae pada Februari 2012.

so maknanya, memang tak kan ade baby la ye.?
apepon aku harap semuanya berjalan lancar. sebab aku pon still dalam proses lose weight lagi kan.
so tak elok untuk Jr. kalau badan besar n get preggy.!

 setakat ni, meds yang perlu aku amek hari2 dan on time adalah
Diane 35 + Acid Folic.
itu jela. dan aku taknak amek lebih dari tu.
sebab takut terganggu pulak proses turunkan berat aku ni.







 


Monday, November 14, 2011

1kg = 3hari senaman.!




masa raya Haji aritu. aku penah citer kat <post> ni.
aku ade bagitaw kan berat aku naik 1kg.! tu pon aku syukur sangat.
selalunya 3-4kg setiap kali raya tapi hareem nak turun balik.!

 tapi pada Sabtu aritu. aku g jalan2 umah Angah.
kat umah dia ade penimbang. aku naik.
dan ok. dah kembali pada asal. turun balik 1kg tu.

umah aku takde penimbang sebab nanti hari2 aku nak naik.
pastu kalau tak turun berat. aku frust plak kan. so baik takyah taw.
buat jela senaman hari2 n control makan.!

 sekarang ni aku dah makan bihun goreng camtu.
makan sikit. tapi mesti dalam kuantiti yang terkawal.
sebab naik meloya jugak makan sup + laksa hari2.
so sebelom aku tersasar jauh. baik aku ubah cara makan aku.!

sekarang ni apa yang penting. senaman n jaga makan.
tak boleh nak hentam ikot sedap hati. dan setiap kali makan pon.
pastikan makanan tu dikunyah lebih dari 15kali.
memang jadi cepat kenyang even dalam pinggan tu kuantiti berkurang 2/3pinggan.


:: nota kaki ::
kan best..kalau 1hari senaman turun 3kg..!!! indahnya dunia.






 


MasterChef Malaysia :: OMG!!




 nah. lastly. Terrance terkeluar jugak.!
aku sangat terkejut bila dia masuk dalam ujiancipta rasa semalam.
dan semalam jugak aku ingat dia boleh menang.

supaya dapat singkirkan Mastura yang berlagak tu.
rupanya aku tersilap. Terrance yang tinggalkan MCM,
selepas Jiejah, Zeri, Hui Ting dan Azilah.

even aku tak jadi juri pon. aku rasa Terrance ni ada salahnya.
dia punya kebersihan memang zero macam yang Papa Joe cakap.
macam2 dia buat salah. sampai aku terfikir.
dia ni nak tersingkir cepat ke.?

cuma yang aku terkilan. setiap kali hidangan nak dijurikan.
MCM tak tunjukkan semua. aku teringin tengok Wahidan punya gaya.
asyik kena potong je sebab nak lebihkan iklan. bengang aku!

 entri pasal Terrance sebelom ni. ada di <post> ni.





 


Saturday, November 12, 2011

Bola Golf Jadi Alat Perangsang




SUBANG JAYA: Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.

Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya. Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur. Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya. Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.

“Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital,” katanya. Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.

“Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya,” katanya. Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu. Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.- Sumber Harian Metro.


 nota kaki :: punya banyak cara dan benda. bola golf yang jadi bahan. tak stim langsung.!

sumber :: akuanakpahang








 
 
 

Friday, November 11, 2011

EzShape : Si Jeruk kawan untuk Pekasam




 pernah tengok EzShape.? ala yang kasi gegar 1 badan tu.
aku pernah cuba masa sebelom order Pekasam.
harga sama je dengan Pekasam aku tu. tapi aku rasa ni macam tak bes.!

 itu dulu la. sekarang ni aku dah teringin benda ni pulak.
sebab rasa macam senang. cuma gegarkan badan. goyang abes semua.!
yang boleh aku berkenan kat EzShape ni sebab dapat flyer dari Ogawa.


dengan hanya 15minit berEzShape, kita dapat kurangkan 270 kalori.
 aku rasa 270 kalori tu banyak sangat. sebab selama aku berjoging atas Pekasam tu pon.
aku cuma boleh dapat 120++ kalori dengan 30min++.

dan aku ada la tanya kat En. Boo Boo pasal EzShape ni.
dan En. Boo Boo cuma cakap.
"..udah2 le syg oi..umah kita ni nak buat gym ke..?"
"..yang dok ada pon belom cukup sebulan lagi..!"

okey. aku pasrah T.T






 


Welcome Disney..!




Disney. comel kan nama tu. okey la. dari nama asal Aisyah.!
memang Anje nak bagi nama Aisyah. aku cakap tak best. tak sesuai.
aku saja suggest nama Rayyan. dia cakap macam nama orang jahat.

lastly. jadi Disney. sebab Anje kan peminat tegar Disney Junior kat Astro tu.
at least ada nama jugak kan. dari yang sebelom ni.
Kelabu je namanya. tak komersial langsung. Hehe

 Disney ni kami pergi beli dengan harga RM10, berbanding kat Rawang, RM38!
memang Anje pilih sendiri. khas untuk birthday dia nanti.
so kami pergi beli petang Raya tu jugak. sebab Anje dah tak sabar.
sebabnya sehari sebelom tu, Anje dah p tengok tapi tak boleh wak balik sebab hujan lebat!

 setiap kali nak main dengan Disney ni.
Anje akan amek dia masukkan dalam raga biru yang buruk ni.
dan Anje akan tunggu je depan raga tu. sebab takut kucing makan Disney dia.


beza Kelabu dan Disney adalah bulu dan mata.
mata merah tu yang memikat Anje untuk pilih Disney.
dalam tempoh 2,3hari ni, aku tengok Disney ni garang lagi.

nanti lama2 ok la kot dengan Anje.
pasni Disney merasa la makan belimbing buluh n limau kasturi kat belakang rumah tu.
 sebab semua buah yang ada belakang rumah tu. Anje akan bagi makan.!
kecuali buah naga, sebab Anje yang nak makan.







 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...