Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Bebelan Minah Burger




menu malam ni. simple2 je. kena masak jugak la. sebab nak bagi En. Boo Boo
makan + nak jamu adik aku. sekarang ni Chik dah start dok dengan aku.
baru lepas SPM, gigih nak cari kerja. nak dapat duit poket untuk topup dan isi minyak motor.
tapi dah dekat sebulan melangut kat kampong, itu yang aku hangkut datang sini.

bila stay umah aku, memang nahas la dia. makanan semua kena catu.
kalau banyak sangat makanan, aku pon join sekali. tapi betol la.
sekarang ni aku dah tak boleh makan banyak2. cepat senak.!
dah ada peningkatan pada diri aku. syukur alhamdulillah. makan sikit tapi kerap.
itu memang berkesan dengan aku. sekarang ni kalau makan nasik 4sudu pon no hal lah.
cuma roti je aku tak boleh kawal untuk sekeping setiap hidangan. roti mesti nak lebih.
itu masih jadi masalah pada aku. harap aku kuat semangat.

tentang burger kat atas nun. memang le ada 3ketol. tapi aku makan separuh je.
separuh lagi, Chik bedal. En. Boo Boo 1 pon dah cukop. itu jela laporan malam ni.
aku dah beberapa hari tak panjat treadmill. sibuk cari rumah. balik pon dah maghrib.
selagi pencarian rumah idaman yang sesuai dengan aku tak berjumpa, selagi tu aku akan terus mencari. pasal rumah yang aku pernah cerita <DISINI>. aku dah cancel.
ada masalah dengan owner yang tak bertimbang rasa. kena usaha lebih untuk cari rumah yang lain pulak. bukan senang ye nak cari rumah second hand kat Bukit Beruntung ni.
 boleh pitam... ! ada masa. aku cerita lebih lagi. nite.





 


Bukan Untuk Mengandung .. Tapi....




macam yang tulis kat tajuk atas nun. ubat ni bukan untuk mengandung.
tapi untuk kesihatan. harini tergerak hati aku nak search tentang rawatan PCOS.
bukan senang hati bila kita ada penyakit yang tak serupa orang lain.
nak pulak bila melibatkan zuriat. boleh remuk hati ni kalau dikenang2 balik.
tapi masalah tu, kita tolak tepi dulu. bagi masa untuk aku perbetulkan segala
masalah yang tak selesai, segala proses yang dah huru hara, segala sakit yang entah berpunca dari mana. semua tu perlukan perhatian terlebih dahulu sebelom ada Boo Boo Jr.

 mengenai Kordel's Vitex. aku pon tak sure pasal ubat ni.
pertama kali pandang, pertama kali baca 'biodata' ubat ni.
macam2 cerita dan ilmu yang aku dapat.
ada yang bagitaw, ubat ni sesuai untuk golongan yang ada PCOS cam aku ni.
antara yang aku dapat pasal ubat ni  :

 selain tu ada yang gunakan ubat ni sebagai suppliment harian selain Folic Acid.
dengan tujuan untuk mengandung. pada kawan2 yang nak cuba, boleh la ye.
aku cuba sekadar untuk melancarkan cycle day aku. tapi kalau dapat 'bonus',
kira wajib bersyukur la kan..





 


Halal Haram Ustaz Azhar Idrus




pernah dengar nama ustaz ni.? aku rasa ustaz ni femes la jugak.
aku mula tertarik dengan ustaz ni, masa aku tengok kat youtube. ceramah tentang
alam perkahwinan ni la. cara penyampaian ustaz ni pon bes. relax je. tak bongkak, riak dan takbur!
memang syok la layan. steady aku.!

" HARAM "
suami isteri berjimak di malam pertama.. melainkan tok kadi, saksi, 
saudara mara dan sahabat handai semua sudah pulang ke rumah. 
dan hanya tinggal anda suami isteri saja di dalam bilik.
berjimak depan orang lain adalah perbuatan yang memalukan dan hukumnya HARAM.





 


Thursday, December 29, 2011

Misteri Myvi Hitam




 highway sunyi. kereta tak banyak. lingkungan waktu antara 1pagi. nak bertembung dengan sebijik kereta pon susah. sunyi sangat. yang ada pon cuma radio je dok melalak.
tiba2 ada satu kereta myvi potong. berdesupp. sangat laju.. En. Boo Boo still dengan 100 km/j.
sopan sangat bawak atas highway pon. kalau orang lain mau cecah 200 dah. Hehe.
lebih kurang 15min lepas tu. jumpa balik myvi yang sama.
kali ni dia sangat perlahan. pelik. kalau rosak kenapa tak stop je tepi jalan..?
tak pon berhenti je kat RnR yang baru lepas tadi. sebab nak konsisten dengan kelajuan.
En. Boo Boo potong kereta tu. jalan balik cam biasa.

lepas berjarak dalam 2-3km camtu. kereta myvi tu bagi lampu kelip2.
pasang lampu tinggi. kelip2 lagi. memang mengganggu la kan. tapi dia tak bunyikan hon.
cuma dia mainkan lampu. tapi follow rapat. macam bagi isyarat sesuatu.
dalam 5-10minit camtu. bila En. Boo Boo laju. dia pon laju. bila pelan, dia pon ikot pelan.
aiyh. apehal lu.? macam tak puas hati je kekdahnye. jangan macam2 bro..
lama jugak la dia buat camtu. tapi lepas 10minit, myvi tu terus pecut laju. asap apa pon tak tinggal.
pelik la pulak. kenapa dia buat camtu..?

tapi aku pernah dengar cerita .. kalau ada kereta belakang yang buat camtu.
selalunya dia nampak 'sesuatu' dalam kereta atau atas kereta.
aishh. betol ke..? kalau betol, kena wak kereta mandi bunga ni.  seram sejuk je masa
En. Boo Boo cerita kat aku. sebab masa aku terjaga kat tol Kamunting, dia tanya aku..
" ..sayang ada kawan tak yang naik myvi hitam..? .."
".. ?????????? ...?.. " 
 zzzzzzzzzzzzzzzzz..
kejadian camni first time jadi kat En. Boo Boo. tengah malam pulak tu.
aku jangan tanya la. aku tak pernah alami. sebab aku kalau masuk kereta, 
tak kira la siang ke malam,
masuk je kereta, on aircond, lena sampai destinasi atau sampai kereta berhenti.
behave kan aku..??  :)





 


Celoteh Sri Ayu



Cuti krismas baru ni aku kan balik kampong. dah nama kata balik kampong.
mesti ada aktiviti makan2 yang bes. cuma kali ni masa agak terhad. sebab aku kan berjalan sakan ke Penang nun. itu yang kurang buat makan2 kat kampong.
tapi lajak makan pulak kat sana. dengan pasemboq segala. nasik kandaq ja tak boleh makan.
ramai sangat yang beratoq, siap berpayung bagai. memang havoc la nasik kandaq tu.


eh. kuih apa ni..? aku ni pelik sikit. kalau buat kuih mesti nak warna warni.
kalau tak, hilang selera tengok kuih pucat lesi. hilang keayuan kuih sebab takde penarik..
ini masa sebelum masuk periuk pengukus. itu yang nampak cantik je tu. bila dah keluar..


 nampak cantik tapi meleset, taknak naik sangat. selalu kalau buat, sampai senget2,
tersembul2 je keluar dari acuan. rupanya mak bagitaw, dah lama tak buat seri ayu ni.
sejak aku kawen, dah tak sentuh dah acuan ni. malas dah nak buat. owh..
bayangkan aku kawen pon dah 1tahun 7bulan. bermakna selama tu la acuan ni tak bersentuh..!!
uish.. patot le tak berapa nak 'mesra rakyat' sangat acuan ni. abes tak jadi kuih aku..
tapi bila dah susun elok2 dalam pinggan, elok je kejadiannya.
struktur dalaman memang le gebu, takde masalah disitu. cuma kurang kembang jela.
tapi kuih ni memang pujaan hati aku dulu. setiap bulan mesti buat. kadang2 buat 2minggu sekali.
itu yang badan mengapam kaw2 sebelum kawen. lepas kawen jangan cakap la kan. mengapam kot lain pulak. ea..?  :)





 


Wednesday, December 28, 2011

~ KISAH SETAHUN TUJUH BULAN KAMI ~




 im back. setelah banyak kehabisan duit dan tenaga. baru la masuk opis.
tu pon sebab cuti dah abes. terpaksa la tabahkan diri. mmm ..pasrahnya aku.
masuk opis pagi ni, sign in blog. pandang pada daisypath tu. owhh..
dah genap 1tahun 7bulan. cepatnya masa berlalu.
dalam tempoh ni aku still 'zero' + 'nothing' ..! useless ke aku ni.? tak kot.
sebab En. Boo Boo takde cakap apepon. kiranya aku perfect la pada mata dia.
perfect la sangat kan. itu yang dok manja tak abes2. semua benda aku nak, kena dapatkan.
tapi kadang2 aku ni banyak angin monsun yang boleh datang tak kira waktu. disitu la aku boleh nampak kesabaran yang tinggi dalam jiwa raga En. Boo Boo. i love u abang..

..mmm.. dan pada usia perkahwinan yang setahun jagung ni, aku nak announce sesuatu.
percaya lah yang aku akan dukung anak saudara dulu sebelom aku dukung anak sendiri.
bukan sorang tapi 2orang. thanks Allah. aku pon tak percaya benda ni.
Angah dah preggy 11weeks. aku tak terkejut pon sebab aku dah ada instict tentang ni.
ada aku pernah ceritakan <DI SINI> .. so bila dia bagitaw, aku terima dengan syukur.
cuma Angah kena take care lebih dengan baby tu. sebab Angah ni degil, 
still g jogging lagi and buat locum sampai lewat malam. dont do that dear.
jaga anugerah tu sebaiknya. jangan nak main hentam je. nanti anak tu perangai tak senonoh cam Angah jugak. Hehe.

 my coming soon anak saudara adalah dari belah En. Boo Boo.
adik perempuan En. Boo Boo merangkap adik ipar aku. Norizan.
baby dia sekarang ni dah 8weeks. genap setahun dia kawen. dah terima rezeki dari Allah.
dan dia pon dah start pandai bagi petua kat aku. minum susu kambing + kurma.
..mmm. no thanks. biar lah tahun depan jadi penentu. aku taknak dah fikir pasal anak ni.
aku nak sihatkan diri aku dulu. takde la fit macam Amy Mastura tu pon.
cukup kalau my monthly cycling kembali normal and can lose weight between 20 to 30kg.
sebab aku nak baby aku sihat and normal. dan yang penting taknak 'kehilangan' lagi.
so semuanya bergantung pada diri aku. kalau aku malas, aku kecundang..





 


Saturday, December 24, 2011

Penang..Here we Come




cuti sampai 3hari ni nak berjalan mana.?
moh le kita jalan ramai2. pagi ni En. Boo Boo kerja.  lepas En. Boo Boo balik kerja.
kami nak balik kampong. oh sangat indah.
tapi hari Ahad maybe nak terus ke Penang. dekat je kot Taiping and Penang.
dah lama tak ke sana. ada sesapa nak join tak.?
jom la. stay one night sana. boleh pergi Pesta Pulau Pinang.
apa kelainan pesta tahun ni ye.? jom la pakat2 terjah.!





 


Friday, December 23, 2011

Pembaharuan dan Cerita LRT




 Mesti semua orang dah tahu kan pasal LRT sekarang ni yang menggunakan sistem baru. Secara jujur, aku mengaku yang aku baru tahu .. itupon masa nak pergi KLCC. time family semua ada sini.. nak pergi jalan2 sambil naik LRT. havoc abes ok..
aku mula2 terkejut jugak la.. bila pergi kat kaunter takde orang. tunggu jela kat situ sampai orang datang. lepas tu, terus mintak  ... ". saya nak beli tiket 8dewasa, 1kanak2. KLCC.."
owh malunya bila dia cakap. .. ". sila pergi kat mesin tu ye .... :)). " serius aku dah lama tak naik LRT ni. last naik masa belajar kat UTM Jalan Semarak tu. tahun 2008. maknanya dah 3tahun. mau tak jahil.. Hahaha. nampak sangat tak taw perkembangan semasa. ..tapi kalau tanya pasal komuter aku taw la.. tanya la apa saja. sure boleh jawab dengan yakin.


mmmm.. berbalik pada sistem baru tu, lebih seronok la aku rasa. sebab dia menggunakan sistem touch n go juga la. untuk tiket sehala, kita cuma touch je token tu masa masuk dan bila dah sampai ke destinasi, masukkan je token tu cam masukkan duit dalam tabung. mudah je. lebih efektif pon. tak boleh tipu2 dah kan.. token tu jugak mengingatkan aku pada funfair. kan kalau masuk funfair, setiap permainan, perlukan kita menggunakan token. beli token kat kaunter depan. tukar la berapa banyak pon. memang tak terasa duit tu sebab guna token. taw2 je dah lesap RM20 camtu. mmm.. dah lama tak masuk funfair. takpe. Ahad ni kita pergi Pesta Pulau Pinang ye.





 

 

Serawa Durian Bersama Roti Jala Purple



 Jumaat. Yeay!. Esok cuti. cepatnya dah Jumaat kan. tapi setiap pagi time nak bangun tu,
sangat azab pada aku. pastu nak fikir pulak nak buat sarapan apa kan.
tapi selalunya aku fikir malam tu lagi dah. so bila bangun pagi,
tinggal melaksanakan saja. takde la jadi kalut sangat. lagipon buat sarapan yang simple ja.
kalau sedap2 sangat, nanti makan banyak pulak. Hehe.
Kelmarin tengah sedap2 masak, gas habes, dah le pepagi buta. kedai pon belom buka.
nak jadi cerita, makan la spageti keras as sarapan. memang tak boleh lupa.
padahal microwave oven ada ja. memang aku sengal.
 aku rasa dah 4bulan aku pakai tong gas tu. selalu 2bulan lebih dah ting tong.
maklum la sekarang kan tak masak sangat. itu yang terlajak tu. asyik bagi suami makan oat dan cornflakes je kan. kan dah berdosa.


so pagi ni no idea nak masak apa. dok melangut depan freezer. cari idea.
semalam tak sempat fikir. sebab balik dari kedai buku terus lena.
nanti aku cerita aku beli buku apa ye. sabar2.
dalam dok godeh2 kat esbok tu. ada la durian sebekas. aku ada cerita <SINI>.
amek 3ulas, letak air panas, santan 1/2cwn, gula 2sudu.
biar mendidih dan sampai pekat. jadilah bubur durian yang yummy.
roti jala tu senang ja. 1/2cwn tepung, 1sudu susu tepung, garam secubit dan air.
buat sikit je kan so aku tak masukkan telur. kiraikan atas kuali.

masalah utama aku adalah, bila sikit, acuan roti jala tu taknak berfungsi dengan jayanya.
mesti tak menjadi. maka aku amek kata putus + nak cepat.
aku kiraikan pakai tangan. ala orang dulu2 tu pon takde gak acuan tu.
menjadi je roti jala diorang. so aku praktikkan la cara lama ni.
menjadi jugak la walau sedikit buruk. kira ok la kan.
dapat la En. Boo Boo sarapan air tangan aku. buat pepagi buta.
ada sesapa boleh lawan aku ke.? buat bubur durian roti jala 5pagi..
kalau dulu kaler lain. tengok <SINI>. sekarang ni kaler purple pulak.
adeh. makan jela abang oii.






 


Thursday, December 22, 2011

Bolognese Sauce with Angle Hair



Resepi mudah dan tak serabut kepala. serta tak sesak kepala.
semalam aku masak nasik, En. Boo Boo tak makan habes pon.
alasannya, tak sedap makan sorang2. nak ajak aku dok sekali kat meja makan.
kalau aku stay sekali, maknanya aku makan sekali la kan.

itu yang malam ni, masak yang simple je.
tumis 5ulas bawang putih yang ditumbuk2 manja. masuk sekeping daging burger.
goreng sampai masak. masuk 2batang sosej yang dipotong2.
biar sikit garing.
masuk 3sudu pes tomato, 1/2cwn air + 1/4cwn susu segar. 
1/2 sudu besar lada hitam. 1/2 kiub ayam.
oregano beberapa renjis. dan beberapa hiris carrot.
biar mendidih dan kuah pekat. perasakan. siap.
senang ja. janji aku masak dan suami aku makan. settle masalah.


 angle hair ni tanpa ayam, tanpa seafood.
apa yang ada jela. ayam keras kejong dalam esbok, tak kuasa nak defrost.
gunapakai apa yang ada. wahai suami, makan la dengan penuh kesyukuran ye.
alhamdulilllah atas rezeki ini.






 


Soto Ayam



 tiba-tiba takde mood nak cakap banyak. asyik fikir pasal minggu depan.
semua kawan2 takde. amek cuti kononnya. tinggal la aku yang kehabisan cuti ni.
demmm.!!!!!!!!!!!! tension kot.


jom layan resepi yang aku buat pertama kali ni. selalu aku buat soto pakai 
sup ayam biasa ja. kali ni guna herba2 sikit. saja try.
boleh la. walaupon rasa pelik sikit sebab pertama kali makan.
mungkin pada yang dah biasa, memang sedap la kot. mungkin yang jadikan aku punya
tak bes sebab terlebih kunyit. itu yang kuning lebih tu. Hehe.
amek resepi dari Kak Ita. tq.


Bahan A
Mula2 rebus air sampai mendidih. masukkan ayam yg telah dibersihkan dan dipotong2. masukkan 2 kiub pati ayam dan 1 bungkus sup bunjut. Masak bahan ini sampai mendidih.

Bahan B
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
2 inc halia
1 inc kunyit
2 batang serai
(semua bahan diatas dikisar halus)
rempah tumis 4 sekawan

Masukkan 1/2 cawan minyak dalam periuk , tumiskan rempah tumis dan bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah garing masukkan semua bahan ini ke dalam air rebusan ayam tadi (bahan A) dan kacau rata. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
Setelah mendidih, siap untuk dihidangkan bersama nasi impit, taugeh, daun sup, bawang goreng, bergedil dan cabai kicap.! dan limau untuk tambah kemasaman, baru terangkat.





 


Nescafe Decaf




Kalau sebelum ni aku ada cerita pasal keburukan Nescafe kan.?
tapi harini aku nak cerita pasal Nescafe Decaf.
Ini keluaran terbaru rasanya. sebab sebelom ni aku tak jumpa pon benda ni.
tapi aku start minum, masa pergi umah Angah.
aku kan taksub dengan nescafe so Angah perkenalkan aku dengan Nescafe Decaf ni.

pada aku rasa dia tak la semegah nescafe biasa tu. kurang umph la kiranya.
aroma dia pon tak best sangat. ala2 je.
memang tak memikat kalbu. tapi untuk kesihatan. ok la ye.
dah nama pon tanpa kafein kan. sure la tak sedap.
semua benda kat dunia ni, kalau dah main kurang2, kompom jadi tak sedap.
ade ka benda yang bila dikurangkan limit sesuatu jadi sedap.? takde kan.
 walaupon takde kafein tapi harga boleh tahan. memang la beza tak sampai RM10 camtu.
tapi kira mahal sikit la dari nescafe biasa.


 cuma yang aku musykil, kalau dah nama tanpa kafein.
kenapa masih dikekalkan nama nescafe tu.? tukar la nama lain, ye dak.?
macam tak percaya je yang dalam nescafe baru ni takde kafein.
apepon yang aku boleh bagitaw, rasa dia memang kurang sedap dari yang biasa.
kalau tak percaya, cubalah beli. Hehe.






 


Wednesday, December 21, 2011

SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)



lagi beberapa minit ada taklimat dan penerangan setulusnya
tentang SBPA. aku sign je, malas fikir banyak.
yang penting gaji naik..! alhamdulillah.
ada sapa2 yang tak sign ke..? mana taw masih setia dengan SSM.
Hehe.


 



 


Wordless Wednesday : Takkan Melayu Hilang Di Dunia!








nak tahu kisah sebenar pasal anak MELAYU ni. sila baca <SINI> ya. :)





 


Tuesday, December 20, 2011

Cuti yang tak pernah cukup.!



Sekarang ni di opis, kecoh kawan2 dok isi borang kumpul cuti 
nak bawak ke tahun depan.
tapi aku tak layak pon. cuti aku dah abes. totally 0.!
memang takde baki. betapa hebatnya aku bercuti selama ni.

dengan cuti 20hari, aku boleh habeskan setahun.
so tahun depan, mula balik dengan 20hari. tapi rasanya kena berjimat jugak.
sebab aku teringin jugak nak bawa cuti ke pencen (GCR).

dan kalau ada rezeki tahun depan. segala proses nak beli rumah mesti perlukan aku bercuti.
ooh. kenapa la cuti aku sikit sangat.?
bagi la lebih sikit. dapat dalam 30hari pon dah cukup dah.
boleh bersenang lenang.







 


Sarapan apa..?




pagi ni sarapan apa.? dimana.? kompom pilih yang sedap2 dan mahal ye.
maklum la, pada yang kakitangan kerajaan, semalam dah gaji.
ditambah pulak dengan bonus. memang meriah la kan..
pada aku, gaji tak gaji sama je. dapat gaji abes. tak melekat kat tangan.
ada je nak membeli. nak pulak sekarang ni kena berjimat sebab nak beli rumah.

makan ala kadar jela lepas ni.
pagi ni aku sarapan sandwich telur je. letak timun dan tomato lebih.
telur kurangkan. elak kolestrol. poyo kan aku. Haha.
tapi untuk En. Boo Boo spesial, letak mayonis + cheese.
aku punya biasa2 aje.
syukur alhamdulillah, kenyang sama cam orang lain.








 


Gila Char Kuey Teow



Char Kuey Teow pasar tani
Beberapa minggu kebelakangan ni. aku terlalu addicted dengan char kuey teow.
pantang nampak orang jual, aku akan beli.
setiap petang balik kerja makan char kuey teow pon takpe.
tapi makan tak banyak la, kalau ikot nafsu memang nak makan sebungkus.
tapi aku kawal dan cuma makan 3-4sudu je. selainnya En. Boo Boo setelkan.
 asalkan dapat makan pon dah kira syukur la kan. alhamdulillah.

Char Kuey Teow Kedai Botak
setiap ceruk Bukit Beruntung tu aku pergi. aku cari char kuey teow yang terbaik.
dan pada aku, char kuey teow paling sedap di pasar tani Bukit Sentosa.
Kedai Botak yang femes dengan char kuey teow tu pon kalah.
memang tak boleh lawan dengan mamat kat pasar tani tu punya penangan.
really superb.!

mine
 ..sebab aku yang melampau sangat dengan char kuey teow dah En. Boo Boo pulak yang muak.
baru2 ni aku buat pulak kat umah. sampai sanggup suruh En. Boo Boo carikan kerang dan udang besar2 untuk buat char kuey teow. yang jumpa kerang. udang besar takde. makanya tak letak udang.
kang letak yang halus2 tak sedap pulak. so aku takmau.
dah rebus and kopek. terus buat char kuey teow. makan panas2 + cabai kicap.
terangkat tak ingat. perah pulak limau bagi masam2 sikit. telan air liur.!

aku ikut cara Kak Mas, guna kicap campur. nak resepi, <SINI>
 dan hasilnya tidak mengecewakan. cuba lah. memang berbaloi2.
kalau kat rumah tak ramai orang, buat kuantiti separuh je dari yang Kak Mas bagi.






 


Monday, December 19, 2011

Kuantiti makanan yang dibenarkan !




 Hanya 5sudu yang dibenarkan setiap kali makan. hilang nikmat dunia weh.!
sebesar-besar pinggan, banyak tu je kuantiti yang boleh dimakan.
memang terkebil-kebil bila tengok pinggan orang lain penuh.

 cuti baru ni, aku buat Nasi Lemak Lautan Biru.
menarik kan. ingat MasterChef je boleh bagi nama best n kreatif.? aku pon mampu.
bila dah nama lautan biru, kompom nasi warna biru. Haha.

tapi bila makan tak boleh banyak, sentap taw.
nak pulak aku buat sambal ayam + sosej, telur rebus ada, telur goreng pon ada.
tapi cuma amek 1ketul ayam, 1ketul sosej dan 1/2 telur rebus. timun je banyak.


 kalau penuh pinggan camni baru ada nikmat kan.? tapi ni En. Boo Boo punya.
sedap melekat, likat, ketat. sampai tambah2 lagi En. Boo Boo ni.
aku cuma boleh pandang sambil telan air liur.
selamat dapat kawal nafsu makan. ini semua gara2 aku mendapat khidmat nasihat tak berbayar Jumaat lepas. semua orang suruh aku masak kat En. Boo Boo.
aku pon masak la. tapi aku yang merana. wawawawawa..





 


Friday, December 16, 2011

Muffin.. Lambang Cinta Saya Pada Kamu




DEAR,
En. Boo Boo


Untuk kamu En. Boo Boo. dibeli khas untuk kamu seorang.
terimalah dengan senang hati ye. malam ni kamu makan ini saje ye.
maaf. adindamu tidak rajin untuk masak malam ni.

mmm. En. Boo Boo. tadi saya ada jalan2 kat Jusco.
im drolling for 2 handbeg. sangat comel. boleh kah.?
boleh kah handbag itu kamu belikan.?

sebelom kamu buat keputusan. terima la muffin ni.
ikhlas, dibeli dengan penuh rasa cinta yang tidak berbelah bahagi.
hanya 2 biji muffin yang melambangkan kamu dan saya.
hidup bahagia selamanaya.
apepon. saya doakan keputusan kamu memberi sinar bahagia pada saya.
sayang kamu ketat2. :)


LOTS OF LOVE,
sayang








 


Bantuan Rakyat 1 Malaysia





Bantuan sebanyak RM500. ada sesiapa yang mohon.? terus terang cakap. aku mohon.
kalau gaji terlebih dalam RM 200-300 pon boleh mohon kan.?
try jela. saja2. mana taw terpilih. kalau dapat, 15 Januari 2012 ni enjoy la.
sebab cek akan diagihkan pada tarikh tersebut.
Haha. tamak kan.

kalau dapat RM500 ni, nanti aku belanja roti canai ye.
sapa nak.? kalau takde orang yang sudi, aku boleh beli henbeg baru.
oooh bagusnya. menyalahgunakan duit kerajaan camni la.

 Siapa yang layak?
  • Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
  • Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada  orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas  sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja..bangla dan indon tak bley ok, p mintak kat kerajaan koranglah,buat pe nak sibuk dengan kerajaan Malaysia.
  • JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumah sekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)

 kalau ikut syarat yang pertama lagi dah sah2 borang aku kena rejek.
Haha.

 sumber :: PenBiru





 


Kaunseling Pemakanan dan Body Fat Analysis



15 Disember 2011.
aku jumpa dietition lagi semalam. bulanan punya check up.
amek berat dan ada kaunseling pemakanan lagi. kali ni aku berterus terang.
cuti sekolah, kebetulan family datang rumah. macam2 makan dan on off senaman.
plus kenduri sana sini. means nasi and lauk2 bersantan, berminyak.
sangat sedap kan. so terima hakikat, berat cuma turun 3kg dalam sebulan.!!
maknanya dalam tempoh 2bulan, hanya 8kg..
kecewa.? tak langsung. what you eat, you get back. eh camtu ke.?

mula dari harini, mula balik rutin senaman 30minit sehari.
kontrol makan, yang berminyak kurangkan. fokus. fokus dan fokus.!
aku disarankan supaya buat 3 perkara penting, yang mana akan menolong aku capai berat yang dikehendaki secara konsisten:
1. Air kosong, mineral 3.5liter sehari. ini wajib.
2. Senaman 150minit seminggu. no alasan. lebih lagi bagus.
3. Jaga pemakanan. makan kerap tapi kuantiti sedikit. metabolisma akan jadi tinggi.

Air tu boleh lagi la gagah nak minum. takde masalah.
senaman pon ok. sebab kalau cuti, aku boleh dapat sejam @ lebih. bergantung pada kerajinan. tapi 30minit sehari memang wajib pada aku.
cuma... pada part makan kerap ni aku tak sure. sebab aku takut terlebih makan.
aku disarankan makan setiap 4jam. tapi dalam jumlah yang betul2 sikit.
cuma boleh makan, 4-5sudu nasi, bihun, mee @ 1keping roti each meal. dan berulang2.
kang kalau sedap, terlebih makan pulak. adeh.

 Ok. semalam pon aku ada buat Body Fat Analysis. dengan yakin naik benda alah tu.
print result. pastu dietition tu terangkan satu persatu.
yang paling tak tahan adalah kandungan lemak tepu yang maha hebat ni.
Berat lemak :: 61.2kg :: 8.4-12.9kg
Anggaran berat lemak yang perlu dikurangkan :: 43.7kg

sekarang ni. lemak mempengaruhi badan aku sebanyak 60%. sungguh banyak.
lemak yang sepatutnya ada pada seorang perempuan hanyalah 17-24% sahaja.
mana aku nak campak lemak2 ni.? banyaknya. dulu tak pernah fikir. taw makan dan makan.
sekarang nak menyesal pon tak guna dah. kalau lah aku dapat putarkan balik masa.....





 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...