Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 20, 2012

Karipap Kentang Lada Hitam



ini karipap minggu lepas. tak sempat nak buat frozen.
Angah datang, so aku titipkan lah untuk mak buyung tu.
apa yang aku guna sebagai inti adalah yang paling simple.
sebab buat pon secara spontan.
dan yang penting paling sedap,
 sedap pada En. Boo Boo la kan.
 pada aku biasa2 aje. 
boleh la sebab aku lebih prefer yang kari.

Bahan - Bahan
4biji kentang saiz penumbuk - dadu
1labu bawang besar - dadu
1labu bawang putih - cincang halus
2kiub ayam
2sudu besar serbuk lada hitam
Daun sup - hiris halus
 
 Cara - Cara
Tumis bawang putih sampai sikit garing.
Letak air dalam 2cawan. didihkan air, masukkan kiub.
masukkan kentang dan bawang besar.
dah separa empuk, letak lada hitam.
dah masak, masuk daun sup. siap !

Kalau nak lagi sedap aku rasa, perlu ada daging ayam cincang
tapi ni ilham spontan sebab Angah nak datang rumah.
so takde idea yang sesuai dan pantas selain dari karipap ni.
nak buat kek atau apam kena amek masa yang panjang pulak kan.
ape yang penting, ikhlas untuk menyambut tetamu.
tetamu datang kita kena rai sebab tetamu kan pembawa rezeki.


 


3 luahan hati..:

schaze zainn said... [Reply to comment]

wah nampak sedap jek :)

last week ibu syaze buat karipap gak tp inti sadin..hihi

ieja amieja said... [Reply to comment]

salam..
singgah petang..nmpak ada karipap..sedapp!!
x pernah lagi makan karipap berintikan lada hitam..

chinta... said... [Reply to comment]

mcm sedap je...chinta xpernah g makan karipap yang berintikan lada hitam ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...