Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 5, 2012

My Overcooked Baked Macaroni


see. . overcooked kan.? sampai hitam mozzarella cheese tu terbakar.
masa makan bahagian cheese tu rasa sikit keras.
tak cair dalam mulut. aku gagal di situ. .
alasannya. aku tinggal pergi mandi.
En. Boo Boo ada tapi tengah siang sotong dan udang di bawah.
aku punya oven kat atas rumah, sian plak nak suruh dia 
berkejar2 bagai. itu pon dah sakit2 tengkuk padahal
tak sampai sekilo pon udang dan sotong tu. Hehe

sebenarnya aku set 30min, langsung burn sampai camtu.
selamat tak letak 40min cam dalam resepi tu. kalau tak, mau rentung !
dan mungkin sebab aku punya microwave oven kot,
lain macam sikit dia punya suhu. entah la. . nanti bila2
try buat lagi. . tunggu masa mak datang la. sebab bukan susah pon nak buat.

 Bahan-bahan:
1. 1 cawan macaroni yg sudah direbus
2. mozzarella cheese yg diparut (ikut sukati nak byk mana)
3. daging cincang 200g
4. mix vegetable
5. sedikit daun sup yg dipotong halus
6. sedikit daun bawang yg dipotong halus
7. 10 ulas bawang putih yg dicincang halus
8. 2 biji bawang merah yg dicincang halus
9. satu tin cendawan butang (potong kecil2)
10. satu tin tomato puree
11. garam
12. sedikit minyak utk menumis
13. serbuk oregano
14. serbuk basil/selasih
15. 2 biji telur yg dipukul

Cara-Cara:
1. tumiskan bawang putih & merah sehingga wangi
2. masukkn daging kisar. .tunggu sehingga masak dan biarkn dia berair sedikit
3. masukkan tomato puree
4. masukkan mix vege dan cendawan butang
5. agak2 semua tu dh masak, masukkan daun sup dan daun bawang
6. masukkan macaroni yg telah direbus
7. masukkan oregano & basil
8. gaul sehingga rata & masukkan garam secukup rasa
9. masukkan kesemua tadi ke dalam loyang
10. masukkan telur yg telah dipukul & gaulkan rata dalam macaroni yg telah siap dimasak tadi
11. taburkan mozzarella cheese kat atas (kalau banyak lagi sedap)
12. masuk dlm oven, bakar pada suhu 180 darjah selama 30-40 min

 pesanan khas aku nak bagitaw ni.
kalau daun bawang daun sup tu takde kat umah, tak payah letak.
apa yang ada dalam rumah je dah la.
yang basic la. oregano kalau takde, tak sedap la.
setakat mix vege dan cendawan tu takde, boleh setel lagi aih.
yang penting suhu oven masing2 kena pantau.
jangan jadi cam aku ye. sampai cheese terbakar !



 

5 luahan hati..:

Pen Biru said... [Reply to comment]

hantam sajalah..hahahah

Parin's wife said... [Reply to comment]

janji bole makan dan sodap

Unknown said... [Reply to comment]

hehehehe... takpe tak pe...

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

kalu pakai microwave oven timer dia lebih sikit dari oven biasa.. cth mcm dia kata 30 minit then kita buat 15 minit ajerk..

chinta... said... [Reply to comment]

qaseh...awk didapati bersalah sbb telah menyebabkan chinta terliur..baik awk antar cni sket..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...