Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

Momiji Natural Cloth Pads


Pernah dengar pasal cloth pad ni.? aku dah lama dengar tapi
masa pergi shopping kat expo baby aritu baru berkesempatan beli.
zaman mak kita dulu mana pandai guna disposable pad macam kita sekarang ni.
aku perasan dulu, mak aku pon guna kain batik yang dikoyak dan dijahit tepinya.
kelebaran kain batik tu adalah lebih kurang besar towel Good Morning.
itu dulu la. . sekarang ni aku tak nampak dah kain batik tu semua. mak aku pon dah canggih.
cuma aku ja yang nak balik pada zaman mak aku.
sanggup beli cloth pad (CP) ni. tapi baru beli 2set.
nak try dulu, kalau okey dan rajin. baru diteruskan pemakaian.
sebab ada masa, datang jugak alah aku pada disposable pad (DP) ni.

untuk CP ni, penggunaannya sama macam kita guna DP. bezanya adalah
DP kita basuh dan buang. CP ni kita basuh jugak tapi kita simpan dan guna pakai
semula. menjimatkan pada yang rajin la. Hihi
aku tertarik untuk mencuba sebab CP ni cantik. boleh camtu.??
Haha. lagipon nak kena mesra alam la sikit kan. selama ni asyik membuang je.
bila masanya nak menyimpan dan berjimat kan.

mari la aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang CP ni.
tak pandai sangat tapi boleh la bila dah baca pamplet Momiji ni. Hehe

1. Daya penyerapan yang tinggi, perlindungan kebocoran, lembut dan selesa.
memang super comfy. walaupon ada butang tu kan, tapi percayalah.
tak terasa pon kewujudan butang kat tengah tu. .

2. Saiz yang sama dengan DP dan boleh dilipat. yang penting, cantik!

3. Mesra alam dan mesra manusia. takde rasa gatal dan tak selesa.
maklum la DP kan plastik, so memang akan menimbulkan rasa ketidakselesaan.
aku pengguna setiap hari DP, memang tidak meraguinya lagi.!

4. Tiada bahan toksin dan bahan peluntur yang dijumpai pada CP.
baru la aku taw, rupanya pada DP ni, macam2 diorang letak.
nak pulak sekarang ni, bau teh hijau la. apa la, sikit hari lagi, bau strawberi pon ada.

5. Tidak beri kesan allergy dan kesan sampingan yang lain. ini aku suka.
selama ni aku dah cuba macam2 jenis DP. dari yang biasa sampai la
yang herba. semata2 nak kurangkan rasa gatal.
dulu mak dah pesan, kalau tak tahan guna ja towel Good Morning tu.
taknak sebab malas nak basuh. padahal tak cantik. sekarang ni bila
tengok CP tu, rasa macam nak period setiap minggu pon takpe. rela nak basuh. .

6. Boleh bertahan sehingga 5-6 tahun dan menjimatkan banyak duit.
tapi CP ni mahal la sikit. sekeping CP rm 18-35.
bergantung pada kegunaan dan saiz. makin tebal CP, makin mahal la kan.
untung kalau sapa2 yang pandai menjahit tu. boleh jahit sendiri.
Gunalah CP untuk kesejahteraan hidup yang berpanjangan.
Memang salah la siapa yang cakap CP ni kurang dari segi kebersihan.
lepas guna basuh jela macam kita basuh DP.
yang CP ni, nak masuk mesin pon tak pe tapi pastikan la dulu segala kekotoran tu
dah dibuang. nanti dah macam mandrem suami pulak kan.
basuh CP kotor dengan baju suami. memang giloss. . !!

8 luahan hati..:

ieja amieja said... [Reply to comment]

seyes mmg x jumpa/tgk lg kat mana2..zaman sy mula2 'kene' dolu pun sy penah gak guna kain batik yg dilipat2 tu..tp kejap je la,,x kose nak pakai gitu kat sekolah kan ..takut bocor lg ssh la kan..hehe

Siti Nursyuhada said... [Reply to comment]

wahhh baru tahu jer nie... cam menarik jer... nak cari mana ek..

sitisaliza.com said... [Reply to comment]

dulu macam mahal je kan pad tu... ade jugak mak suruh pakai kain lampin yg di potong2... tak moo ah...! takot jatuh kang kat sekolah... muahahahahha!

sitisaliza.com said... [Reply to comment]

@ieja amieja

sama la kita... tapi tak pernah cuba pakai pon..

♥ ROS ♥ said... [Reply to comment]

tu lah ros pun baru nak berjinak.. start dgn anak dulu pakai cloth diaper..lpas ni mama plak.. hahahah.. xkeje ni susah skit nak kacau duit asben :( kihkih

qaseh johanna said... [Reply to comment]

eh kawan2..cubalah..xrugi pon..rasa selesa je..xde rasa pelik apapon..yg xjatuh sbb ada butang yg akn selamatkn keadaan..nnt sy bg link ye.. :))

mama aryan said... [Reply to comment]

tak penah cuba pun asyik la guna drypers je..akak ni pemalas sikit hehe

Puan Siti said... [Reply to comment]

Salam, jika berminat nak try/ menjadi reseller bamboo charcoal cloth pads:
http://bettermoms.blogspot.com/2012/11/bamboo-charcoal-menstrual-cloth-pads.html
Boleh pm ya
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...