Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 26, 2012

Resepi Mudah Popia Goreng Pedas



 maaf la kalau ada yang terlior atau tersentap. Hehe.
aku kena letak jugak resepi popia ni.
sebab ada yang dah berulang kali tanya. nak jawab satu2. seksa kot.
bulan puasa ni, mana larat nak menaip kat henpon panjang2.
baik aku longgok je kat blog. sapa nak, aku kerah tengok kat blog. aci tak camtu.?
taknak buang masa. . jom tengok apa resepinya. .

Inti
1cawan sengkuang
1cawan timun
1/2cawan carrot
~semua dipotong memanjang seperti batang mancis~
1cawan tauge
1/2cawan kacang panjang - potong bulat halus
4ulas bawang putih ditumbuk lumat

tumis bawang putih sampai naik bau. masuk air. didihkan
masukkan carrot dan sengkuang.
dalam 2minit lepas tu, masuk kacang panjang dan timun.
perasakan dengan 'pasti Sedap'. . masukkan tauge. Angkat.
toskan air inti tadi. jangan buang ye.

Sos
1/2bungkus serbuk cili Babas
1/2cawan gula
1/3cawan air

masukkan serbuk cili bersama gula dan air dalam kuali yang sama masak inti.
air sayuran untuk buat inti tu akan jadi penyedap sos.
biar mendidih. tapi ingat..!!
jangan tinggalkan sos sebab dia mudah hangus.
kacau sehingga naik aroma cili. rasa.
kalau suka manis, tambahkan gula. 
popia pedas yang kita selalu beli tu kan manis.
jadi ikot tekak la nak manis macam mana.

Pesanan
sos nampak je sikit tapi masa nak masukkan popia yang digoreng tu.
kena gaul dengan cepat. kalau tak, ada popia yang tak dapat sos.
kena cepat dan pantas ye. baru sama adil. .
tapi kalau nak cecah macam makan nuget dengan sos tu,
tak perlu la nak teruskan step ni. .
semoga berjaya ye.
 aku cuma bagi bahan. sukatan sebenar aku tak pandai.
 

 

9 luahan hati..:

Kesuma Angsana said... [Reply to comment]

tq, mmg best ni

Nory Zoulkefle said... [Reply to comment]

FEBERET HUBBY NI...NK BELAJAR BUATLAH NNT...HEHE

qaseh johanna said... [Reply to comment]

kawan2..kalau ada yg xphm...tnya jela k..insyaALLAH sy akn akn jawab.. :))

chinta... said... [Reply to comment]

nak buat la hujung minggu ni...feberet hubby chinta ni

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

suka makan tapi x suka buat huwaaa.. meme nak tapaukan tuk ain tak?

eMMe said... [Reply to comment]

nak order kat u dear
boleh?
boleh laaa... heeee~

Masya said... [Reply to comment]

mesti sedapkan terliur dibuatnya .... memang kene rebus dulu yer semua bahan² inti hihihi.. selalu tak rebus .. memang goreng inti tu mentah .. dah goreng dia masak ..;p

tq kongsikan resepi ni.. boleh ar sy cuba...

qaseh johanna said... [Reply to comment]

masya..sy xrebus la..sy tumis bhn2 inti ni.. tumis pastu masukkan air cikit..
toskan inti, air tu xbuang..masuk balik dalam kuali yg sama.. terus masuk serbuk cili dan air dlm 1/3cwn..didihkan cili..masukkan gula.. dan kacau je smp cili masak..

Alyssa said... [Reply to comment]

sorry, sebelum masak sos kena goreng popia dulu dalam kuali lain ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...