Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

Hasil check up En. Boo Boo




salam 21 Rejab. Alhamdulillah. pagi ni aku berjaya datang kerja even pagi tadi agak malas nak bangun. maklom la semalam hujan.

semalam aku takde. tapi aku ade wat gak Wordless Wednesday. korang tengok tak..? Hehe.

pagi ni agak lesu. sebab result check up semalam tak bape nak bes. pada kawan2 yang support n bagi kata2 semangat. i lebiu lah.. =)

tengok gambo atas tu. kaki En. Boo Boo bengkok kan.? pastu agak bengkak sikit. time tu baru lepas kuar bilik simen.

sebelom nak x-ray lain. kena bukak simen dulu. masa bukak simen tu. masyaALLAH. kaki En. Boo Boo dah ade bintik2 merah. ruam yang teruk.

agaknya sebab dah lame tak kena air kot. bulu2 kaki dia pon abes luruh bila di usap pelan. dah macam ayam togel plak. hehe.




sempat abang ber"peace" ye.. padahal time ni sayang dah berhati walang..! tapi memang bosan. lambat sangat.

ni time nak tunggu masuk jumpa doc. dah x-ray. masuk je. doc terus cakap.

"..hurm.. kaki awak ni takde progress le. lambat sangat. awak merokok ke..?.."

uish. mane ade merokok. suami aku ni rokok pon dia tak kenal. aku menipu dalam ati. hehe.

aku dah memang takut sangat bila dengar camtu. doc tu asyik ulang ayat sama. progress lambat selalunya sebab merokok..!

alahai. nak cakap ape lagi ni. aku cakap sehari 3mug susu Anlene pon tak cukop ke.? doc tu boleh pulak melawak.." haa..3 selalunya tak cukop.. bagi la 4..!"

uiks.. lain maknanya tu ye.. lepas wat sikit regangan pada kaki tu. doc tu cakap. sila p simen balik.
dia bagi masa 6weeks lagi untuk En. Boo Boo.


lama tu. penat la. sampai bulan posa okey. tapi simen kali ni cuma sampai lutut je. n aku ade mintak pil kalsium untuk En. Boo Boo.

bulan posa ni. takde makna la nak jalan2 bazar Ramadhan ye. raya pon rasanya still bertongkat.

sabar jela ye. pada adik2.. anak2 sedara.. raya ni takde duit raya ye sebab abang/paklang tak keje..!

duit along/maklang plak.. nak p shopping raya.. hehe







 

 

0 luahan hati..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...