Baru2 ni aku ada terbaca di facebook kawan aku. pasal cara dia tidurkan
anak dia. aku terbaca dan tak beri komen apa2.
kenapa golongan ibu bapa muda sekarang lebih suka membiarkan
anak mereka tidur meniarap. sanggup alihkan posisi baby untuk
meniarap sebelum ditidurkan..? nak ikut gaya mat saleh la sangat kan !
dulu masa Anje masih baby, aku pernah bagi dia tidur meniarap.
mak aku marah. mak cakap tak baik bagi adik tidur camtu. nanti susah
dia nak bernafas. lagipon perut dia tak selesa.
see.. orang tua dulu memang tak amalkan seperti ini, tapi
bila kita dah makin maju, kita nak 'pusing' balik
apa yang pernah dilarang dulu ?
aku takde anak lagi, so aku tak pandai nak terangkan lebih2.
tapi mungkin betul apa yang mak aku cakap.
baby jadi tak selesa kalau tidur camtu dan mungkin juga boleh lemas !
Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.”
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya di kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur Menelentang
Menurut Dr Zafir Al-Attar...tidur seperti ini akan menyebabkan
pernafasan melalui mulut kerana mulut akan terbuka, pernafasan melalui ini akan
menyebabkan selsema, kekeringan gusi dan radang.
Tidur mengiring kiri
Tidur mengiring kiri
tidak elok sebab jantung akan dihimpit oleh paru kanan yang lebih besar daripada paru kiri
Tidur mengiring ke kanan
Tidur mengiring ke kanan
Tidur terbaik. baik untuk jantung kerana paru kiri kecil daripada kanan dan memberi bebanan yang ringan, hati dalam kedudukan yang baik, perut terletak pada tempatnye dan memberi kesan penghadaman yang sempurna...
7 luahan hati..:
slalu tidur duduk.. kadang2 berdiri..
So true,,mak2 suke tdokn anak meniarap reason is nk bg cpt meniarap la kalo baby2 tu..sudden death blh jadi kalo baby tdo meniarap
aki :: selamat kamu tidak tdo tergantung ya... hihi
fazrul :: konpius jap..ni fazrul ke kak fifa..hehe
Eh mi ni akk..k..klinik da nk start..arghhh penat
rex tu tido sambil makan pun blh jd he..he..
klu anak aku tido dalam buai so tak blh nak meniarap ke nak meneletangke nak mengiring ke...tp bl tido bwh dia automatik kan mengiring ke kanan 0r ke kiri slalu ikut keselesaan dia ler..he..he..
suzie :: itu yg terbaik sebenarnya..xpayah la nak orang putih sgt...yg penting keselamatan anak ko tu...
**harap2 jgn terlambat dah la masa diorang baru tahu hal ni..
'Auf tdo suka ngiring.. dalam hari je dia tdo telentang sbb kena bedung ketat2 hahahaha.. skrg dia dah pandai meniarap tapi dia tetap suka tdo ngiring.. cuma kdg2 klu dia tdo niarap, ain akan pusingkan dia balik..
'auf skrg mmg suka tdo meniarap.. sbb dia penat meniarap dia terus tdo.. klu ain x tdo lagi ain pusingkan dia.. klu ain pon tdo mati x sedar alamatnya sampai ke pagi dia tdo menairap.. ye laa sbb dia tdo bbcot tu yg x perasan tu..
tp 'auf pandai pusing dr telungkup ke ngiring.. mmg ikut selesa dia..
Post a Comment