Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 20, 2012

Tutup Buku Resepi..


.. jom pergi makan kenduri, gantung periuk kuali, time cuti2 ni..


 tengok komposisi dan kuantiti lauk. lengkap bergoreng dan bersantan.
cukup kategori dari darat mahupon laut.
segala warna aku persembahkan. jangan cakap suami,
aku yang tukang masak pon tergugat .. gila nak amek bau saja !

Lala Tumis Pedas Berkicap

Rendang Ayam

Kacang Bendi Tumis Ikan Bilis Berlada
sebenarnya juadah ni minggu lepas punya. tapi saja nak pamer jugak.
ini la punca naik berat, jangan salahkan orang lain.
minggu ni simpan jela balik buku resepi tu. letak atas rak paling tinggi.
jangan tengok2 lagi dah. sebelom ni, setiap malam sebelom tido, 
dok menatap hari2 buku tu. esok nak masak apa, malam nak masak apa.
sampai boleh mimpi main masak2 :)

tapi minggu ni lagi parah aku. hari Sabtu dan Ahad ada kenduri.
kawan masa sekolah ada, kawan masa politeknik ada, kawan masa UTM
pon ada. susun kenduri dan susun hadiah la jawabnya. Hehe.
walaupon ada yang tak pergi kenduri kawen aku dulu,
insyaALLAH. nanti aku sampai masa kamu kawen.
itupon ikot kelapangan masa la kan.
aku bukan duduk dekat, kalau kamu kawen time aku balik kampong, ok la kan.
Berbalik pada konsep asas pergi kenduri, mesti la nak makan kan.
kenduri jauh2 pergi tak makan mesti lapar. Hehe.
so minggu ni tak masak tapi balik kampong dan makan kenduri.
sama ja dengan makan nasik kat rumah. tapi kenduri ni lagi meriah la..
dengan nasik minyak, dengan lauk semua bersantan dan bergoreng.
kenapa takde orang kenduri masak makanan yang sihat2 eh.?
buat bening kobis, sambal belacan, bakar ikan atau ayam.
nak nampak spesial, buat la siakap atau kerapu stim.. dan kerabu perut + taugeh!
mesti lain dari yang lain, baru la sihat :)



 


4 luahan hati..:

.:Mama Dhia:. said... [Reply to comment]

suke makan rendang..tp tak pernah buat sendiri..slalu beli kat cafe jer..hehehe..

qaseh johanna said... [Reply to comment]

kalau beli sama sedap dgn yg kita slalu mkn xpe..ni kalau beli tp rasa masin la, rasa masam la, rasa nak basi la..mmg sakit hati..

Masya said... [Reply to comment]

salam singah kemari.. terliur tgk lal tu.. lama tak makan tau...

eMMe said... [Reply to comment]

amboi manyak nye lauk.... tetibe lapo lak perot ni tgk makanan yg sedap2! cuti ni confirm gantong kuali... coz cuti CNY ni la makan nasi minyak...sampai muak! heee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...