Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 17, 2012

Sambal Belacan Yang Kebabom



Dah lama tak buat dan tak makan sambal belacan. En. Boo Boo suka 
sambal belacan cecah bendi rebus + ikan goreng.
tapi itupon dah sedap dah, kalau time malas nak masak. Hehe
Kalau dulu masa rajin masak nasik, ada jugak la menukang dengan lesung batu ni.
sekarang ni, tugas dia cuma untuk menumbuk manja bawang putih
time nak masak apa2 sebagai pemangkin bau. !
tapi sebenarnya ada rahsia disebalik kesedapan sambal belacan ni..

1. Belacan perlu la dibakar manja2. selagi tak semerbak harum
satu rumah jangan la berhenti membakar.

2. Perlu campur cabai merah dengan cabai burung. kalau tidak,
tak sampai la tahap kebabom dia tu. dan jangan lupa, cabai merah
tu, dibuang biji. nanti buasir 3tahun tak abes. Hehe.

3. Part paling penting, sendiri tumbuk dengan lesung batu.
kalau guna blender, tak cukup rasa nak terajang orang!
mak mertua lalu belakang pon boleh perasan lagi..
guna lesung batu adalah cara terbaik untuk dapatkan sambal belacan
yang mantop.

4. Keseimbangan rasa, kalau ikot tekak aku, aku nak sambal belacan
yang power dari segi pedas dan masam. superb pedas dan
superb masam. masin dia tak penting sangat, janji rasa pedas dan masam
tu bersatu padu!

apepon, ikot tekak masing2 la erk. lain orang lain citarasa.
aku pernah buat sambal belacan guna cabai burung semata2.
menangis mak abah aku time makan. langsung tak boleh nak telan.
pedas melampau, guna pulak cabai burung yang kecik2 tu. 
yang asal dari kampong tu.
terus takde sape nak tambah nasik. makan sambil lap air mata,
gila tak pedas!





 


5 luahan hati..:

Siti Nadzirah Zakariah said... [Reply to comment]

makan sambil lap air mata ea ..huhu. ada lagi 1 sambal ape ek. sambal ketuk kot. gila pedas .

qaseh johanna said... [Reply to comment]

masa tu belom kawen lg..hehe skang dh pndai agak dah..hehe

sambal getuk tu pedas gak..tp kena letak ikan bilis grg...

yannie bunny said... [Reply to comment]

terliur ai di sini!!!!!! ;p

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

ain suka sambal belacan guna cabai kecik tu jerk.. x suka tambah lada merah besar tu.. klu x pedas bukan sambal belacan namanya.. hahaha.. tapi lagi sedap campur mangga muda.. nyam nyam

.:Mama Dhia:. said... [Reply to comment]

sampai sekarang tak pandai wat sambal belacan..sebab mak tak ajar wat sambal belacan (hahaha..alasan) sebab kat kg. ramai yg pantang makan belacan..

kalo hubby nak makan sambal belacan, die kene wat sendirik..kejam kan??/hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...