Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

Hilangkan Stress 5S



 owh. . harini busy dengan kerja dan meeting 5S.!
aku AJK Promosi 5S. terus rasa nak pitam  .
tak layak kot. . haih.
berbalik pada cuti hujung minggu ni.
jom ikot aku ke Kuantan.
saja jalan2. . lagipon cuti bersambung kan.
harus la kena lajak lebih. maklom la nak lepaskan stress 5S. heh.
woi. . makan hati la sapa yang buat 5S ni. !
sentap sampai rumah. dah la tema 5S unit aku strawberi.
mau jadi pembangkang pakcik2 kat opis ni
sebab tak gamak nak lekat sticker strawberi kat tepi pc.



 


Untuk buang bintik hitam putih !



maaf kualiti gambar kurang memuaskan.
dan maaf jugak sebab tiba2 ada kaki terjulur sebagai background.
time kita nak amek gambar kan, time tu la kaki
kebas nak kena lunjur ! geram aku.
 lastly aku letak je gambar kaki orang tu. padan muka. Haha.

tentang Clear Pore Deep Cleansing Mask ni
sebenarnya aku terpengaruh dengan Eida. serius aku tak tipu.
walaupon tak pernah jumpa dan hanya dengar dia membebel,
still aku boleh terpengaruh dengan dia. haih.
pengaruh rakan blogger kan.
FYI, aku dah guna benda alah ni dah seminggu.
tapi aku baru taw yang aku ni ada masalah bila pakai mask camni.
kalau mask Bioglo yang selalu aku pakai tu takde pulak masalah.
pakai yang ni ada masalah pulak.
masalah peluh kat hidung ! pelik ok.
bila dah letak mask ni kat hidung, time nak tunggu kering tu punya lama.
En. Boo Boo dah kering, aku punya dok basah lagi. .
bila aku check kat cermin, aku tengok hidung aku berpeluh.
eh, apa masalah ni. ?
duduk bawah kipas pon boleh berpeluh jugak ke.?
dan penyelesaian nya senang saja.
tak kering lagi pon aku dah sental kopek mask ni.
bosan kot tunggu lama2. lastly hidung En. Boo Boo yang licin.
benci sungguh aku menengoknya.
owh aku memang bukan seorang yang penyabar. . .



 


Thursday, April 26, 2012

Sotong Berair !



aku ada masalah dengan sotong. besar punya masalah.
setiap kali aku masak sotong, mesti berair.
dari elok2 makanan tu kering, langsung berair.
contoh cam yang kat atas tu, nak buat sotong goreng kunyit.
lastly jadi sotong sup kunyit. hmmm. .
nak buat macam mana ea.?
dah macam2 cara aku buat, masak tak masuk air.
berair jugak jadinya.
masak guna api perlahan, berair jugak.
potong sotong kecik2, ada air jugak.
letak sekor2 pon sama jugak kekdahnya. .
 beli sotong kat market pon sama.
beli sotong kat pasar malam pon sama.
eh, apa masalah sebenarnya ni.?
sejak lepas kawen ni, 
aku jadi seorang yang tewas pada Sang Sotong !
 haih.


 


Dinner or breakfast ?



 kalau dah dasar pemalas tu. jangan la berani cakap apa2.
makan jela apa yang terhidang atas meja.
tapi tak boleh selalu la kan.
kang ada jugak yang start kereta, lepak kat mamak !
 kalau jadi macam tu, aku jugak yang makan hati Hehe
sekarang ni mood malas datang balik.
tapi aku layan sikit2 aje. . kalau layan sangat boleh jadi
aku makin tambah kilo !

ini dinner dan breakfast pada hari yang sama.
maklom la mak nak datang kan. so perlu abeskan stok yang ada dalam fridge.
nanti membebel pulak orang tua tu.
selalunya mak akan cakap,
".. aik, bulan lepas datang camni, bulan ni pon camni jugak ke. ?
atau,
".. apa benda ni along ooi, sampai keras kejong benda ni dok dalam peti ais !"
berpeloh wei nak jawab. tapi kadang2 aku sengih kan aje.
Jumaat malam mak nak datang lagi.
jadi harus la aku bersiap sedia.



 


Monday, April 23, 2012

Dari sebiji telur. . .




dulu dan sampai la 5minit yang lepas,
aku ingat kan sebijik telor lipas ni hanya hasilkan seekor anak lipas.
rupa-rupanya. ? haih.
geli kan. ? tapi tayang jugak.
untuk kawan-kawan yang belom tahu.
eh kata sharing is caring kan.
so kongsi jela apa yang aku baru tahu.
kalau yang dah tahu, bagus la. .
tapi kalau kat rumah aku takde lipas.
yang banyak cicak. tu pon geli gak tu. siap ada yang belang2 !
hebat kan cicak2 Bukit Beruntung ni. .



Jcard Day Midvalley !



 24 - 25 April 2012.
Aeon Midvalley. aish rasa tak sedap kat lidah
pulak nak sebut Aeon. Jusco lagi better pada lidah aku. .
ye. . esok kalau takde apa, meh la shopping sini.
rasanya esok belom ramai orang lagi.
tunggu la 25hb, kompom sapa yang datang lambat tu
takkan jumpa parking lot !

esok aku takde, hari Rabu aku masuk kerja balik okey.
esok teman En. Boo Boo pergi HBKL.
jumpa jemaah doktor untuk rayuan Perkeso.
dah gagal pon
nak jugak buat rayuan kan, kalau tak dapat
takpe lah, dah bukan rezeki namanya.
apapon, yang penting kena ada usaha.

so pada rakan2 blogger yang nak datang shopping tu,
tunggu la aku ea. hari Rabu kita shopping sama2 ea.
lagipon time tu gaji dah masuk.
apa lagi. . . cargassss la. !



 

pre - anniversary




terima kasih pada yang memberi. . 
kalau tahun lepas anniversary di sambut dengan ala kadar je.
sebab En. Boo Boo accident kan. . 
tapi tahun ni biar la bukan sekadar potong kek di celah lilin cam 
tahun lepas gak kan. hmmm. .
sebenarnya mengharapkan yang lebih hangat gitu. .
mudah - mudahan tiada aral. aminn .






Friday, April 20, 2012

Pre - Gaji ?!



 kalau dah nama kata tempat kerja kat atas, shopping mall kat bawah.
jangan harap boleh berjimat. macam aku ni la. .
gaji belom dapat, entah yang tunggakan tu masuk ke tidak.
dah terjah kedai Crocs Midvalley kat bawah nun.
sebab masa datang kerja pagi tadi, nampak flat camni.
dah berkenan. . time rehat panjang kan harini, harus terjah !
pergi test. . owh ada la saiz 7, ngam2. . abang, i like this. .
tapi berkenan dengan warna pink, hentam jela. .
boleh pakai dengan handbag merah kan. ?
sesuuaaiiii. . . 


 dan tadi sempat masuk butik Coach kat Garden, jiran Midvalley ni.
masuk je, dah berkenan dengan wrislet comel ni.
aahh, lantak la kalau orang lain cakap tak cantik ke, tak comel ke,
aku suka sangat. nanti boleh letak Galaxy Notes dalam ni.
waahh, suka propa. .!
balik ni harus paksa En. Boo Boo buka blog ni.
biar dia baca. . kalau dia cakap ok, harini dapat gaji,
harini jugak aku pergi sambar. .
harap2 perancangan aku ni berjaya memikat hati
En. Boo Boo untuk berkenan sama. :)



 


Karipap Kentang Lada Hitam



ini karipap minggu lepas. tak sempat nak buat frozen.
Angah datang, so aku titipkan lah untuk mak buyung tu.
apa yang aku guna sebagai inti adalah yang paling simple.
sebab buat pon secara spontan.
dan yang penting paling sedap,
 sedap pada En. Boo Boo la kan.
 pada aku biasa2 aje. 
boleh la sebab aku lebih prefer yang kari.

Bahan - Bahan
4biji kentang saiz penumbuk - dadu
1labu bawang besar - dadu
1labu bawang putih - cincang halus
2kiub ayam
2sudu besar serbuk lada hitam
Daun sup - hiris halus
 
 Cara - Cara
Tumis bawang putih sampai sikit garing.
Letak air dalam 2cawan. didihkan air, masukkan kiub.
masukkan kentang dan bawang besar.
dah separa empuk, letak lada hitam.
dah masak, masuk daun sup. siap !

Kalau nak lagi sedap aku rasa, perlu ada daging ayam cincang
tapi ni ilham spontan sebab Angah nak datang rumah.
so takde idea yang sesuai dan pantas selain dari karipap ni.
nak buat kek atau apam kena amek masa yang panjang pulak kan.
ape yang penting, ikhlas untuk menyambut tetamu.
tetamu datang kita kena rai sebab tetamu kan pembawa rezeki.


 


Semoga Berkekalan. .



 tidak harap kamu sekacak dia.. tapi cukup seandainya
kamu sebaik dia. .



 


Thursday, April 19, 2012

Handbag !



 handbag. . kenapa orang perempuan suka handbag.?
dan yang pastinya, handabag tu mesti ada macam2 warna dan bentuk.
sebenarnya aku pon penggemar handbag. punya koleksi
handbag yang pelbagai. . tapi takde la sampai kena buat bilik khas untuk itu.
kalau ikot perkiraan, aku punya lebih dari 10 jenis dan warna.
macam2 brand. tapi yang paling aku suka adalah
Sembonia dan sekarang ni addicted dengan Carlo Rino.

handbag aku takde la mahal2 macam orang lain.
mungkin ada yang suka Guess, LV, Longchamp, Coach. .
tapi aku cukop dengan jenama murahan camtu. . sebab aku tak perlu 
nak ikat perut dan mengidam sampai 2,3bulan
semata2 nak beli sebuah handbag.
ada duit, berkenan lepas tu beli. . tak perlu nak tunggu lagi bulan depan ke apa.
tapi kebanyakan handbag aku beli tengah sale la. .
kalau takde sale pon tapi dah berkenan, aku rembat je.
asalkan hati dah berkenan, poket penuh terisi cash.
lain la kalau berkemampuan, semua boleh beli
even tengah bulan pon. itu memang kaya la kan. .

dan untuk hujung bulan ni aku teringin nak tambah koleksi lagi.
maklom la dengar2, ada tunggakan gaji yang masuk.
syukur kalau dapat duit lebih bulan ni.
tapi satu keperluan ke handbag ni.? pada aku perlu la kot.
sebab aku belom ada lagi handbag warna timo.
timo. .? color apa ni.? entah la. aku google tadi
pasal satu handbag ni dan warnanya macam ni.

 
warna apa ni. ? tapi handbag pattern camni la yang
aku nak beli nanti. aku suka handbag yang gemok2 dan besar ni.
boleh lindung separuh badan pada handbag. 
nampak la aku ni kecik sikit. . ala sikit je pon. . Haha.



 


Tuesday, April 17, 2012

Pulut Kacau Delima



pulut kacau atau wajik. tapi belah Utara cakap pulut kacau la.
sebab panggil camtu adalah kerana kena kacau selalu.
kandungan gula yang banyak buat dia jadi cepat hangit.
sebab tu kalau biar tak kacau, kang dia hangit dan berkerak.
jadi tak sedap la kan. .
aku tak minat sangat pulut kacau ni.
tapi sekarang ni rasa macam sedap pula.
susah juga nak cari yang sedap.
mak aku paling power buat pulut kacau delima ni.
haa. . pulut kacau warna pink kat atas tu orang panggil delima.
sebab warna delima kan camtu. pinky sikit.
dan resepinya pon guna gula putih dan gula batu.
tujuan letak gula batu supaya lebih berkilat. itu petua mak la kan.
sekarang ni aku teringin pulak makan, camne..?
 yang kat atas tu berhias cantik sebab letak dalam dulang hantaran
Angah bertunang tahun lepas.
2minggu lepas dah makan. mak mertua buatkan.
tapi warna hitam. orang panggil pulut kacau gula merah.
yang tu aku makan jugak tapi bukan my favourite forever la kan.
apepon, still teringin nak makan pulut kacau delima ni jugak !
nak call mak suruh buat, malu. . .
nanti mak cakap aku mengidam pulak. aissh.
macam haritu, mak kirimkan jeruk Penang kat Angah suruh bagi kat aku.
mak, Along tak mengidam la. .
dah memang jenis anak mak camni, 
suka makan benda yang susah nak cari. .


 


Homemade Strawberry Jam



sebelom ni aku ada cerita pasal semangkuk strawberi yang membeku dalam fridge.
dan disebabkan tiada siapa yang nak makan. aku buat jem.
blend strawberi dgn sikit air, letak gula dan pewarna merah.
kacau dengan kasih sayang sampai sikit likat.
dan siap. . Angah datang baru ni, bagi pada Angah sikit.
dapat kat Angah dia komen. jem Along cair la. . =.='
sebenarnya jem ni keras pada mulanya. mungkin sebab terlebih kacau.
lepas aku tanya mak, mak cakap tambah air panas sikit
dan kacau lagi tapi jangan lama sangat.
dan sekarang ni, sedang elok je jem tu. sukanya hati. .


 tadaaa. . . 
lepas siap je, terus En. Boo Boo bakar roti.
makanya malam tu, kami makan roti bakar dengan jem yang aku buat sendiri.
sebagai seorang pemuji isteri yang tegar,
". . mmm, sedap la yang. . lagi sedap dari yang beli kat kedai tu. ."
mak aku kat kampong dah tak boleh cakap apa. dah berbulu telinga !
buat nasi goreng pon sedap, buat jem simple camni pon sedap.
sampai kalau balik kampong, mak aku suh aku masak.
padahal kalau balik kampong, aku nak makan masakan air tangan mak.
cuma mak dah merajuk sebab takde siapa nak puji dia. Hihi
even abah pon tak pernah puji. mak masak sedap pon, diam je.
tapi makan bertambah2, tak pandang kiri kanan.
abah, abah. .




 


Monday, April 16, 2012

BABIIIIIIIIIIIIIII !!!!!!!!!!!!!!





 


77 Rahsia Tahi Lalat



1-Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai

2-Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati

3-Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka

4-Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah

5-Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita

6-Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua

7-Leher di tengah= Tercapai cita-cita

8-Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong

9-Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati

10-Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas

11-Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki

12-Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan

13-Punggung kiri = Malas dan suka duduk

14-Betis kanan= Suka berhibur, boros

15-Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur

16-Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha

17-Lutut kiri= Kurang kuat berusaha

18-Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita

19-Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan

20-Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun

21-Kening kanan = Cerdas dan cekap

22-Kening kiri= Cerdas dan sopan santun

23-Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal

24-Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah

25-Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya

26-Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia

27-Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta

28-Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah

29-Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat

30-Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

31-Pada hidung= Banyak rezeki

32-Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati

33-Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur

34-Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama

35-Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan

36-Tumit kiri= Baik budi

37-Alis kanan= Suka menolong dan baik hati

38-Alis kiri= Ramai yang suka

39-Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat

40-Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun

41-Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh

42-Jari kaki kanan= Suka menolong

43-Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik

44-Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan

45-Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

46-Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia

47-Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan

48-Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan

49-Lengan kiri= Menepati janji dan rajin

50-Pipi kanan= Ramai teman

51-Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka

52-Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman

53-Ubun-ubun= Kurang jujur

54-Pusat= Cerdas, tangkas, tekun

55-Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup

56-Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan

57-Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup

58-Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup

59-Dada kanan= Dapat mengatasi masalah

60-Dada kiri= Berani, jujur dan sabar

61-Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh

62-Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya

63-Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan

64-Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong

65-Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan

66-Jari tangan kiri= Serba baik bekerja

67-Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros

68-Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat

69-Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria

70-Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat

71-Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf

72-Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya

73-Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri

74-Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan

75-Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta

76-Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya

77-Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha




Saturday, April 14, 2012

Kerjarumah adalah kerja bersama



bersumberkan Adieyza. aku olah dah gubah ikot sedap blog dan bahasa aku.
setiap minggu memang aku akan kemas rumah.
selalunya hari Sabtu, En. Boo Boo kena OT.
so aku guna masa ni sebaik mungkin.
pagi2 selepas buat sarapan En. Boo Boo.
aku akan sapu sampah sikit. dulu aku tunggu En. Boo Boo
balik kerja untuk vacum. tapi lepas kena bebel je dengan mak.
aku pon buat la kerja rumah sendiri.
aku sapu sampah dan mop lantai satu rumah.
naik atas, basuh baju dan sidai sekali kalau rajin.
kalau malas, tunggu En. Boo Boo balik kerja baru bersidai. Hehe
tapi sekarang aku dah rajin sebab kena bebel dengan mak aku jugak !

sementara tunggu kain baju dalam mesin tu nak siap,
aku iron baju untuk stok seminggu. .
memang penat la nak berdiri. kalau rajin aku lebihkan
2,3pasang baju. Bab iron baju, memang aku rajin.
pakej sekali dengan tudung. tak pernah lagi datang kerja tudung tak iron !
walaupon bilik iron baju sekali dengan bilik lipat baju.
aku tak akan lipat baju. malas.. .
kerja tu pass kat orang lain. :)
mak bebel banyak kali pon tetap takleh jalan jugak sebab
aku adalah tukang lipat kain paling malas tahap tegar !
hihi

dan petang bila En. Boo Boo balik kerja.
dia akan tolong vacum rumah dan tangga. itu adalah rutinnya.
bila semua kerja dah beres, hari Ahad boleh relax dengan aman.
nak jalan2 pon boleh. nak stay kat umah saja pon boleh.
hari Ahad adalah masa untuk berkepit tahap max. !!
tapi bila masuk bab masak memang takde relax la.
time cuti la nak improve macam2 gaya masakan,
plus orang tu nak request makan macam2.
aku pon suka la masak bila ada tukang makan. .



 


Friday, April 13, 2012

Lembik, kenyal tapi tak keras !



 benci sesuatu yang lembik, sejuk dan kenyal.
tak kisah apa warna dan saiz sekalipon. sesungguhnya, memang benci.
dulu pernah sekali benda macam tu muncul di opis.
tikus getah. harini, muncul lagi sekor, dari orang yang sama.
aku benci kau sahabat !
 tahap kegelian aku melebihi orang lain.
serius aku tak suka binatang tersebut even pada kejadian plastik sekalipon.
apatah lagi kalau ada pada habitat asalnya. .

pagi2 lagi binatang ni masuk opis, dah kejutkan aku.
boleh pulak binatang ni diletak atas tangan aku.!
memang dapat maki la hendaknya. .
dan untuk harini, aku sentiasa berwaspada dengan segala
benda yang ada disekeliling aku. .
dan aku juga sentiasa memastikan kedudukan koordinat katak tu
berada dalam kejauhan yang selamat !
aku yakin budak2 ni takkan baling sesuka hati sebab
kalau aku menjerit, boleh keluar boss yang dalam
balang kaca tu . .
so kawan. . ada bberannn ke nak baling kat aku .?

 


Kek Simple



 Kek simple. senang sangat nak buat.
godeh2 semua bahan. masuk microwave 3minit.
siap.! kalau tetamu datang, ini saja la aku jamu.
dengar2, ada yang datang rumah minggu depan.
wahai tetamu, kamu memang di alu-alukan.
kalau ada keluar kek ni nanti, jangan la pulak merungut !
yang penting di buat dengan penuh keikhlasan
dan kasih sayang. .
harap2 sudi la kiranya menjamah kek yang tak seberapa ni.
bahan2 dia pon simple je. balik nanti aku nak buat lagi.
kalau dapat pujian lagi, confirm kek ni keluar
masa kunjungan tiba tetamu tersebut. :)


ini je bahan2nya. dan kena jugak la add on telor dan tepung.
nanti la kalau nak resepi. itupon kalau ada yang request la kan.
 sekarang ni busy sangat la. . .



 


30minit bersama Ustaz Don - mantop!


Siapa tak kenal jejaka idaman ramai sekarang ni. .
memang la dah lama populariti Ustaz Don ni tersebar satu Malaya.
tapi aku tak amek pusing pon. means tak la terlalu taksub.
kalau ada kawan2 yang share kat FB tu kadang2 aku layan jugak.
nama kata nak jadi peminat tu rasanya tak mungkin !

tapi sekarang dah berubah. semuanya dah berubah.
bukan Ustaz Don yang berubah tapi aku ni haa. .
Hari Isnin baru2 ni, aku tidor lambat. selalunya dalam 9.30pm tu dah lesap.
layan tengok tv je la, kebetulan takde cerita yang best !
so, En. Boo Boo decide, tengok 30minit bersama Ustaz Don.
3minit pertama, bosan . .
5minit kemudian, teruja. .
dengar dia bercakap. mengaji, cara penyampaian.
terus terpikat !
sampai la semalam, aku sanggup tidor lewat semata2 nak layan 
rancangan Ustaz Don ni kat TV Al-Hijrah. .
niat permulaan tengok, sebab dia handsome. .
sebelom ni tak minat pon lelaki yang sawo matang camtu.
tiba2 jadi minat. :)
antara sebab cepat suka Ustaz Don adalah kerana dia muda dari Ustaz Azhar Idrus.
Haha. tengok rancangan keagamaan pon memilih ustaz ke.?
tak la tahap camtu. tapi loghat Penang Ustaz Don tu best !
susah nak jumpa ustaz dari belah2 utara yang muda belia.
 kalau sesiapa yang ada Astro kat rumah tu,
try la tengok 30minit bersama Ustaz Don . .
tak akan menyesal. aku tak pasti hari apa. sebab aku tengok
dari Isnin malam dan sampai semalam, still ada. .
mungkin setiap hari kot. jam 9.30 malam. .

sekali dah join ustaz ni, kompom rasa rugi bila nak 
ketinggalan even 1 episod pon. . betol tak tipu.
even Ustaz Don ni ada iras2 cam Jehan Miskin 
yang aku tak berapa minat tu tapi aku tetap tak kisah. . sebab. .
i like Ustaz Don very much :)



 


Thursday, April 12, 2012

Ombak Rindu 2



 Harini. . datang kerja dengan guna jam tangan En. Boo Boo.
terlupa nak pakai jam. dalam kereta odw ke Rawang baru perasan.
ooh. . nak patah balik, mana mungkin. .
bagitaw orang sebelah. dan tindak balas nya ialah. . .
". . nah pakai jam abang dulu. ! "
aku pon pakai jela. .  nak pulak saiz tangan pon lebih kurang je. 
orang boleh perasan pon itu adalah jam lelaki.
tapi ada aku kisah.
rasa macam Izah dengan Haris pulak taw. Hihi
 


 


Trifle Lautan Biru



dari semangkuk strawberi, ini adalah hasilnya. .
buat trifle kali ni tak guna mix fruits dari tin koktel tu.
cuma beli nata de coco perisa laici dan kuih bahulu.
okey. pada peminat trifle, kalau nak maki aku pon, maki la. .
memang aku guna bahulu. .
sebab kat Bukit Beruntung tu mana ada jual kek gulung.
dekat Tesco aku tak pasti pulak. malas aku nak singgah merata2.
jadi aku assume, resepi bahulu adalah sama dengan kek gulung !

syrup laici aku guna untuk basahkan bahulu.
lapisan kastad macam biasa.
dan buah aku cuma guna strawberi dan nata de coco.
sedap okey. En. Boo Boo cakap lagi sedap dari selalu.
ada rasa masam strawberi, manis jelly dan lemak kastad.
 dan part yang En. Boo Boo suka adalah bahulu !.
manis, lembut dan lebih sedap. Hehe


sekarang aku dah ada 3versi trifle yang orang lain tak pernah buat.
kali pertama je kot buat betol2 ikot resepi. yang lain haramm. .


 


Semangkuk Strawberi. . Strawberi. .



 Harini adalah hari ke5 strawberi ni memerap di rumah.
semangkuk dah jadi triffle. nanti aku citer okey.
dan ada lagi semangkuk.
nak buat apa.?
aku search google, ada yang buat puding.
ada yang buat strawberi lassi.
itu aku memang tak minat. sekarang dah takde idea
dengan strawberi ni. kalau biar lagi lama,
mesti makin banyak yang rosak dan busuk !
ingat kena buat puding jugak la lepas tu bawak opis.
nanti kalau takde sape yang nak makan, mau aku yang kecik hati. .
so. . ada sesiapa yang boleh tolong dengan strawberi yang semangkuk ni. ?


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...