Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Aqasha Gigit Cuping Telinga . . ?


Sebelom2 ni aku cukup tak suka layan cerita bersambung2 ni.
memang malas sangat nak menanti setiap hari.
tapi sekarang ni aku dok melayan pulak cerita Gemersik Kalbu ni.
sebabnya berkenan sangat kat lagu Obsesiku nyanyian Aqasha.
paling romantik la rasa . . rasa geli je cuping telinga bila dengar lagu ni.
aku sanggup tunggu cerita ni sebab nak dengar lagu semata2.
kalau dengar lagu je tapi tak tengok Aqasha nyanyi, takde feel la. Hehe.


Matamu…Bibirmu..Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu

Inginku Gigit-Gigit Cuping Telinga Kecilmu
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu

Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
TubuhMu
Harum Mu
Hati Mu

Oh Semua Aku Mahu














Kawan Yang Baik Adalah Anugerah Terindah ;)



 semalam tak sempat nak tunjuk kek. harini baru ada masa tayang kek !
ini dari kawan2. dari En. Boo Boo tiada. setakat nak beli sepotong tu,
tak perlu la kan. aku nak kek sebijik besar camni. mampu ke bang. ?
esok cuti kan. so malam ni kita g makan2 lagi.
ini untung birthday hujung2 bulan.
pertama, gaji suami baru je melebat dalam bank.
kedua, boleh sambut selagi tak koyak kalendar masuk bulan lain.
memang spesial. Hehe.

 rakan opis gak ni. memang terbaik la kamu orang ni.
sayang sangat ! kek sedap. . terima kasih.
tahun depan sekali dengan hadiah ye.
sehelai baju batik sutera dari Terengganu ye Rehe. !
tapi ada missing lagi 2 orang ni. si Aki dan Suzie.
*Aki tidor waktu kami makan2 ni :)
kawan2 opis aku ni semuanya blogger.
Rehe, PapAdam, Oyen. dan Wafa. takde gambar dia.
dia sombong sikit. tapi aku pernah cerita pasal dia kat <SINI>


 nak cakap apa lagi ye. cuma terima kasih banyak2 jela.
pada ingatan yang tak terhingga ni. so jom tengok acara potong kek.
biasa2 je. dah petang kan lagipon semalam ada gotong royong kat opis.
sibok sungguh semalam.




 


SARA 1Malaysia :: Anda Tidak Layak ! !



Semalam masa makan, Abah call aku. dia cerita pasal SARA ni.
mintak aku amek borang dan mohon sekali.
sekali bila aku pergi bank tadi, langsung tak layak. sebab pendapatan
suami isteri lebih RM 3000. jom baca cerita.

**************************************************

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah, akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari.


Najib berkata skim khusus untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah itu mempunyai ciri-ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan sebelum ini.
Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten.

“Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.
“Daripada pelaburan itu, kita jamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan,” katanya ketika melancarkan skim tersebut di ibu negara.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman serta menteri-menteri kabinet.
Dalam Belanjawan 2012, Najib mengumumkan skim tersebut bertujuan menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur serta membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim yang dikendalikan PNB dengan kerjasama institusi kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu dijangka memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.
Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.
Pelabur dijangka mendapat pulangan menarik di akhir tempoh lima tahun tersebut dengan memperoleh pendapatan kira-kira antara RM5,000 hingga RM13,000 termasuk pulangan daripada pelaburan dalam Amanah Saham 1Malaysia.
Najib berkata kerajaan telah melancarkan pelbagai produk di bawah slogan 1Malaysia yang bertujuan memberi manfaat kepada rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Program Perumahan 1Malaysia.

Beliau menarik perhatian bahawa pelancaran SARA 1Malaysia pula diterjemahkan sebagai produk yang membantu golongan rakyat berpendapatan rendah.
“Ini adalah usaha kerajaan untuk membela rakyat. Banyak produk yang telah kita lancarkan dalam tempoh kurang daripada tiga tahun, cuba bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. – Malaysiakini




 


Hujan Semangat



 Mula dari 4pagi hujan ni. sayup2 je aku dengar. tapi agak lebat rentaknya.
yang aku pelik walaupon hujan, aku masih boleh berpeluh.
pagini pon aku sedar agak awal. tak boleh nak lena dah.
mungkin sebab perut tak selesa kot. maklom la semalam kan birthday girl.
harus la ada orang belanja makan secara mewah kan :)

pagi ni datang kerja jugak dengan rasa bersemangat!
jarang2 aku rasa semangat nak datang opis ni. Hehe.
mood baik kot itu yang semangat lain macam tengah2 hujan ni..
 mmm. . esok cuti la. untuk geng2 KL dan Putrajaya jela.
nak ke mana kita ye.? aku..?
tak kemana2 . . En. Boo Boo kerja area Selangor, mana cuti. :(



 


Monday, January 30, 2012

Mari buang toksin dalam badan



 dah lama rasanya tak menempek kaki dengan benda alah ni.
dulu masa mula2 kawen, rajin je buat. sekarang ni rasa dah malas.
dan tak berkesempatan nak membeli. aish.
tak boleh jadi ni. rasanya nak kena pergi membeli gak ni.
 sepanjang guna koyok kaki ni dulu. rasa badan memang selesa.
kurang rasa letih badan dan takde masalah kerap pening.
itu yang best sangat tu. :)
  dengan penggunaan hanya 6~8 jam sehari iaitu masa tidor.
maklom la badan kita ni kan banyak toksin. bukan saja dari benda yang kita makan
tapi jugak dari udara persekitaran kita. macam2 ada dalam badan ni.
kalau dibelah, entah apala yang ada kan. Hehe.

Toksin yang terkumpul dalam badan juga menyebabkan :
  • Kerap sakit kepala.
  • Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  • Susah bangun tidur.
  • Bahagian keliling mata gelap.
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  • Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi. 
  • Sinus.
  • Berat badan meningkat.
  • Kehadiran selulit.
  • Masalah jerawat dan banyak lagi.

Berfungsi membuang toksin didalam badan...antara faedah lain ialah:
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengurangkan migrain
  • Memperbaiki kesihatan kulit.
  • Badan menjadi lebih segar.
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan sembelit.
  • Membantu mengurangkan berat badan





Sempena Hari Lahir Yang Ke 27 !



 Harini birthday aku. ! Happy Birthday to me  :))
pagi tadi masa bangun, aku ingat En. Boo Boo dah lupa. dia diam je.
rupanya orang tu dah hantar SMS time aku tidor. boleh pulak hantar
 SMS, ingat zaman bercinta ke abang oii.?
tapi aku dah dapat amaran dari hari Khamis lagi. takde hadiah !
sebabnya ..? nak taw sebab apa.? jeng .. jeng .. jeng ..


= =                                                                      = =


= =                                                                       = =


= =                                                                         = =


= =                                                                       = = 



 Petang khamis tu aku langgar orang ! alhamdulillah pakcik tu takde apa.
tapi bumper kereta aku la rabak camtu. sepanjang perjalanan nak balik
rumah dari Rawang ke Bukit Beruntung aku menagis.
menangis mengenangkan agenda nak bercuti yang tak kesampaian
dan rasa terkejut yang amat sangat.
setiap kali nak pergi bercuti, ada aje dugaan, makin fobia dibuatnya.
tapi kali ni mesti pergi, biarlah dengan kereta berlubang camtu pon.
pasrah jela.. tak boleh tak pergi :)

tapi En. Boo Boo ada warning aku dah..
"..kereta orang tu dah bagi rosak, hadiah pon cancel la ye..!"
kejam.. sangat kejam..


 


Friday, January 27, 2012

Pokok Beras Daun Lalang











 Nak kata pekan sangat, idak le sangat ! cuma budak ni je tak pernah 
tengok padi. dulu masa ikot rombongan pengantin belah En. Boo Boo,
Anje baru umur 4tahun. dia cakap padi tu lalang.
dia terkejut sangat sebab
rumah mak abang ipar dia banyak lalang !


dia dah datang 2,3 kali ke rumah kampong En. Boo Boo.
tapi baru2 ni je berpeluang nak turun padang tengok padi dalam erti kata
yang sebenar. selamat dia faham.
cuma yang nak tergelak sangat tu, bila dia nampak biawak kat permukaan
parit depan rumah tu. di katanya biawak tu buaya.
ish.. tak pekan sangat la umah kita tu dik oii..




 


Thursday, January 26, 2012

"Ilmu Penunduk Suami" : bukan untuk dijual !


setiap minggu. bukan sebulan sekali.. ada saja yang mencari kat blog aku
ni tentang ilmu penunduk suami.
ingat aku ni jenis buat nasik kangkang ke.? sudah2 le tu buat
kerja syirik camtu. tak cium bau syurga taw aniaya suami camtu.

En. Boo Boo aku tu memang seorang yang suka membantu.
kadang2 ada la jugak malasnya. tu tak dinafikan..
tapi rajin dia takle sampai tahap masak 
untuk aku ni. dia lebih rela makan roti kalau aku tak masak.
dan kalau aku tak sihat, dia sanggup p tapau kat kedai !

 so takde istilah siapa nak tundukkan siapa. masing2 ada tanggungjawab.
sendiri fikir la ye bila dah hidup bersama ni.
tapi aku ada pernah letak post mengenai "Ilmu Penunduk Suami" ni.
cuma bezanya mengikut cara aku la kan. lagipon time tu baru je kawen.
setiap orang ada kaedah masing2 nak ikat suami, ye dak .?
kaedah aku ni selamat dan akan cium bau syurga. insyaALLAH.
jemput ke SINI ye :)





 


Buah apa . . ? Buah cempedak . . :)



buah cempedak yang digoreng. memang sedap bila di makan panas2.
masa kat kampong, banyak sangat buah ni. dan tak selera sangat pon
nak makan. bila dah balik sini, wah.. bukan main sedap pulak!
bau yang harum, rasa yang manis.. memikat hati sungguh.
itu la manusia, tak pernah bersyukur. !
time ada tidak di pandang, bila dah tiada baru nak kenang2.

 masa mak mertua nak bagi, aku berlagak. cakap taknak banyak2.
sebijik cukop la. nanti takde siapa nak makan.
padahal, kat umah mertua punya la 
banyak cempedak ni. sampai tak abes makan. 
nak bagi jiran2 pon tak guna sebab jiran2 pon ada pokok sendiri.
bila dah goreng,
lansung berebut laki bini. itu la, lain kali jangan tolak rezeki. kan buruk padah.
nak beli yang dah siap goreng mahal. seulas 40sen!
nak beli sebijik, tak pandai pilih. kang berulat ke,
buah dah masam ke. kan naya.. ish
agak2nya, bulan Mac ni ada lagi ke musim cempedak ni ea .?

:: tips ::
 mmm.. cempedak ni sedap digoreng dengan bancuhan tepung gandum
campur tepung beras. letak garam kunyit sikit. kalau guna tepung rangup
tu tak berapa nak sedap. dia jenis buah yang serap minyak.
masa nak menggoreng, lebihkan tepung tu untuk bagi rangup.
manis, masin dan rangup. memikat.....



 


Nak ke mana tu ?!



Sempena hari berbahagia yang akan kunjung tiba hujung bulan ni.
dapat pulak offer nak berjalan2 ke pulau.
bagus.. terima kasih abang.
tapi cuti awal bulan 2 ni baru ke sana. takpelah. asalkan ada.
pergi pon dengan bajet yang ciput2 je.
takde la mampu nak meredah awan kan. tapi insyaALLAH
akan menyeberang laut. yela, dari Lumut ke Pulau Pangkor naik feri. Hehe.

sebenarnya aku takut taw nak merancang segala bagai ni.
kalau nak pergi bercuti atau ke mana2 melainkan balik kampong, baik pergi je.
sebab buat sementara waktu ni aku sikit fobia dengan tragedi tahun lepas.
dah merancang baik2, En. Boo Boo pulak kemalangan.
terus lepas tu aku jadi lebih berhati2 kalau nak merancang bercuti.
 tapi aku harap, yang kali ni akan berjalan lancar.
akan dipermudahkan urusan pergi dan balik.
insyaALLAH. mana taw ada rezeki di Pangkor nanti.. :))



 


Rasa hati. . .



 mengantuk

=                                                                      =
=                                                                      =

=                                                                       =

 mengantuk !

Kalau ikot hati, memang malas nak kerja. rasa lagi aman kat rumah.
ni masalahnya kalau terlebih cuti. mengalahkan orang yang sambut Tahun Baru Cina.
adoila. 
mmm.. citer pasal balik kampong aritu, memang sakit !!
jalan sesak kaw2. perjalanan boleh amek masa 3jam jadi sampai 7jam.
memang la azab sangat. rasa nak patah pinggang walaupon bukan aku 
yang drive.. itu la punca aku terlajak cuti tu.. Hehe




 


Monday, January 23, 2012

untuk perhatian you.. yes.. you! just you..



Jangan lupa. cuma tinggal lagi 6 hari. kalau lupa, buruk padahnya.
tak minta apa2, tapi kalau memberi, i terima saja. :)
banyak dah list yang i dah bagi, cuma you pilih salah satu je darinya.
i terima dengan hati yang penuh kesyukuran.
you jangan lupa ye you. i cuma ingatkan saja, takut you buat2 lupa :)
i love you.
 ingat taw, 6 hari saja yang tinggal, dah tak banyak masa..
kalau you tak tahu apa istimewanya hari tersebut,
i bagi hint <Di SINI> ya ! :))




 


Saturday, January 21, 2012

Sale.. Sale.. 90% di MPH !!!


.. sehingga 22 Januari. sempena MPH Midvalley nak bertukar tempat
ke bahagian LG, sebelah dengan Burger King Midvalley.


...banyak tak novel.? semuanya aku beli kat MPH Midvalley la.
kebanyakan novel tersebut ada yang reject. tapi boleh la, asalkan takde page
yang missing. lagipon buku murah. average harga antara RM1 - RM3.
so jangan la demand sangat.!
aku dapat 12 novel. yang jenis dulu kala punya novel.
keluaran Rhythm, Novel Creative dan Utusan.
takde la novel keluaran Alaf 21 atau Kaki Novel atau Norhayati Berahim Pub.
tapi aku tetap suka. walaupon nak mencarinya sampai juling2 biji mata.
semuanya bercampur aduk dari buku masakan, untuk kids, novel2 English..
ish memang banyak la.. maka sendiri pilih la eh.
yang paling best, 12 novel tu  + 1 mini cookbooks 
just cost me RM 24.90 only !!


and this for my En. Boo Boo. penuh keinsafan rite..?
saja la beli kat dia yang jenis ni. dia suka baca buku2 camni.
kat rumah kalau buku2 keagamaan and motivasi semuanya hak milik dia.
berlawan arus betol kami ni kan.? tapi itu la kami :)




 


Friday, January 20, 2012

Masalah Pengantin Baru



Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan.
Setelah diperiksa dengan teliti,
doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh
hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan
kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja dalam seminggu. 
Untuk memudahkan mengingat,
saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula
dengan huruf S, iaitu hari Selasa dan Sabtu."
saran doktor tu dengan panjang lebar !

Akan tetapi pada malam KETIGA berpuasa dari membuat hubungan itu, 
si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya
lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

 "Hari ni hari apa bang.?" tanya si isteri.

"sUMAAT !"





 


Tutup Buku Resepi..


.. jom pergi makan kenduri, gantung periuk kuali, time cuti2 ni..


 tengok komposisi dan kuantiti lauk. lengkap bergoreng dan bersantan.
cukup kategori dari darat mahupon laut.
segala warna aku persembahkan. jangan cakap suami,
aku yang tukang masak pon tergugat .. gila nak amek bau saja !

Lala Tumis Pedas Berkicap

Rendang Ayam

Kacang Bendi Tumis Ikan Bilis Berlada
sebenarnya juadah ni minggu lepas punya. tapi saja nak pamer jugak.
ini la punca naik berat, jangan salahkan orang lain.
minggu ni simpan jela balik buku resepi tu. letak atas rak paling tinggi.
jangan tengok2 lagi dah. sebelom ni, setiap malam sebelom tido, 
dok menatap hari2 buku tu. esok nak masak apa, malam nak masak apa.
sampai boleh mimpi main masak2 :)

tapi minggu ni lagi parah aku. hari Sabtu dan Ahad ada kenduri.
kawan masa sekolah ada, kawan masa politeknik ada, kawan masa UTM
pon ada. susun kenduri dan susun hadiah la jawabnya. Hehe.
walaupon ada yang tak pergi kenduri kawen aku dulu,
insyaALLAH. nanti aku sampai masa kamu kawen.
itupon ikot kelapangan masa la kan.
aku bukan duduk dekat, kalau kamu kawen time aku balik kampong, ok la kan.
Berbalik pada konsep asas pergi kenduri, mesti la nak makan kan.
kenduri jauh2 pergi tak makan mesti lapar. Hehe.
so minggu ni tak masak tapi balik kampong dan makan kenduri.
sama ja dengan makan nasik kat rumah. tapi kenduri ni lagi meriah la..
dengan nasik minyak, dengan lauk semua bersantan dan bergoreng.
kenapa takde orang kenduri masak makanan yang sihat2 eh.?
buat bening kobis, sambal belacan, bakar ikan atau ayam.
nak nampak spesial, buat la siakap atau kerapu stim.. dan kerabu perut + taugeh!
mesti lain dari yang lain, baru la sihat :)



 


Thursday, January 19, 2012

Khasiat Air Barli Buatan Sendiri ;)



 Kalau orang lain, nak tepek kat blog, touch up cantik2, letak dalam gelas dengan  sekuntum bunga atau hirisan buahan2 kat tepi. aku tak perlu tu semua. tangkap fresh dari periuk !
 Air barli ni aku buat semalam. sekarang ni kan musim panas.
so buat jela air barli ni kat rumah. mudah je. kalau minum kat kedai,
kadang2 tak fresh. yang semalam punya, dia cuma refill air je.
caranya letak barli dalam secawan, air biar sampai penuh periuk.
bila dah mendidih dan barli tu dah kembang secukopnya,
letak gula batu manis2 buah.. jangan manis sangat. nanti jadi penyakit pulak.

 Barli ada kebaikan dia. setiap sesuatu benda yang ALLAH jadikan
kat muka bumi ni, ada manfaat dia. cuma kita saja yang kadang2 terlepas pandang.
Jom kita tengok, apa kebaikan minum air barli ::
  • Menyejukkan badan
  • Baik untuk orang yang demam
  • Melawaskan kencing
  • Mencegah dan merawat batu karang
  • Tenaga batin jadi power
  • Memekatkan air mani
  • Harga pun murah.. hehehe






Tips Untuk BERTahan Lama .. Terbaekk !


Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo..
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama ni erk ..?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'..


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2012. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2013. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?


NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.


BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...


PAKAIAN
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama..
PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.


KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...


UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).


ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.


HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Kamu nak tahan LAMA?? BERAPA lama mau.. 1jam, 2 jam, 12 jam,, 
.. senang saja KAN..
SELAMAT BERTAHAN LAMA :)


sumber :: waddepak.blogspot.com


 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...