Salam berkontes
hurm. ade ke org bagi salam camtu. Hehe sila jgn tersentap okey.
kontes datang lagi. pening pale sebenarnye nak letak gambo ape.
abes sume gambo kawen wak kuar dah ni. ilang dah seri penganten mak ni.
Hehehe. sila abaikan.
kontes kali ni berasal dari Cik Nur Izzatul Shazni.
mengenai momen yg tak dapat dilupakan. eh eh betol ke.? suke memandai.
nak tag kawan yg sgt aktif.
okey. sume syarat yg ditetapkan oleh tuan tanah. dah aku penuhi. skang ni aku nak letak gamba plak.
ehem.. ehem. nak menang ni. sangat teruja ye kawan2..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku punye Dua hero. Dua lelaki dalam hidup aku. Dua peneman dikala suka duka aku.
aku sayang mereka. mereka berDua adalah..
SUAMI & ABAH
ketika diijab kabulkan. bergetar aku dengar suara Abah bila melafazkan akad.
" aku nikahkan dikau dengan anakku Nor Hamiemie Bt San Mohammad Drais dengan mas kahwinnya sebanyak RM 2010 tunai. "
di saat itu. aku nampak genangan air mata di mata Abah. aku tahu Abah sebak. sebak nak melepaskan tanggungjawab, memberikan hak pada insan lain untuk menjaga aku di dunia dan akhirat. insyaALLAH.
bila tangan di sengguk. aku dengar sayup-sayup.
" aku terima nikahnya Nor Hamiemie Bt San Mohammad Drais dengan mas kahwinnya sebanyak RM 2010 tunai. "
sah. sah. sah.
dengan sekali lafaz.
Alhamdulillah. kini sah sudah ikatan cinta yang dibina hampir 3tahun. aku kini seorang isteri. aku kini sudah punya suami. aku kini bukan lagi dibawah jagaan Abah. aku kini hak milik suami. terlepas sudah ikatan tanggung jawab antara Abah dan aku.
aku perlu setia dan jujur dengan suami. perlu jaga segala amanah yg diberikan atas nama CINTA ni.
sebab aku sudah punya suami.
sebak aku tika itu. tiba2 aku rasa aku jauh dengan Abah. jauh dengan Mak.
" Mak.. Abah.. Along janji along tak kan lupakan mak abah. Along janji akan tetap jd anak yg baik dan taat pada mak dan abah hingga akhir hayat Along... "
*
*
*
*
*
*
*
aku sebak. takleh tulis dah. sob.. sob.. sob..
T___T
2 luahan hati..:
wargh..
sedih2..
terharu bce..
bile la SCC nk kawen ek *ceh,bru pas SPm da brangan nak kawen..
hahahaha
hehe..nak kawen pon bleh gak.. ape slahnye yang..
mane taw..dah de plihan hati ke..??
Post a Comment