Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Sizzling Yee Mee

okey. ni resepi beberapa ari lepas. sedap le gak.
sebab kalu pegi mane2 foodcourt time berchenta dolu2.
ni le antara menu wajib kami berdua.

bile dah kawen ni. hampeh je. tak jenjalan mane dah. nak plak bile sume boleh wat sendiri.
lagi le En. Boo Boo suke dok kat umah.
jimat minyak kete. jimat tenaga. dan yang penting jimat duit.
lagi 5tahun camni leh angkat BMW weh. Hihi.




 kuah yang agak pekat. kami slalu g makan kat foodcourt C4 Wangsa Maju.
kat situ bes die punye sizzling. tapi dah lame tak g makan kat sane.
die letak sawi. so aku pon nak letak sawi. telor pon aku letak gak.
tapi untuk En. Boo Boo jela. aku tak makan telor tak bape masak ni. erkk!

aku amek resepi dari Kak Hana Jipung. same je aku wat dengan die. 
cume aku tak letak minyak bijan. takde kat umah.
nak buat pon senang sangat2. sambil pejam mata pon boleh wat taw.
sedap. n memang superb.

En. Boo Boo bagi markah 99.9% je.
yang lagi 0.1% tak dapat sebab die yang kene basuh pinggan, periok segala.
hehe. tapi tetap kire markah penuh la kan.

kalu ade bekas cam kat kedai tu mesti lagi bes kan.. mau melecor lidah punye makan.
mekaseh ye kak Hana. pasni leh pinjam resepi lagi.
jangan lupe cube taw. senang + sedap.
tak tipu okey.




 


Bekas hantaran :: 70%


pencetus idea :: MAK
tukang reka :: ANGAH
tukang kacau :: ANJE
yang lintang pukang :: AKU

dengan tema hitam + oren
 aku rase ni sesuai dan cukop anggun dgn angah.
even pada mulanya aku lebih prefer hitam + kuning. tapi disebabkan baju tunang tu terlalu meriah.
makanya kami kansel amek pilihan kaler tu.

angah tak wat baju tunang cam aku. die just sewa.
alhamdulillah. selama 2ari 1malam aku balik kampong. tinggalkan 
En. Boo Boo tapi tu tak sia2 okey.
at least aku mampu berjasa pada mak dan angah.

sebanyak 9 bekas plastik untuk letak kueh + manisan.
dan 9 bakul hantaran. berjaya aku dan angah siapkan. dalam tempoh 8jam.
cepat je kan. tapi memang kerja keras le. sampai sakit bontot.
tu pon dah melebihi tempoh perjanjian aku dan En. Boo Boo.
selamat le die memahami.









bakul2 ni angah yang wat. dengan kos bawah 4ratus.
kami dapat 10 bakul, dan 12 bekas plastik.
murah tak ??
so kalu ade sape nak tempah meh la.. aku boleh wat punye.
lagi cantek dari ni pon buleh. tapi upah kene ade la erk..!!







 tu jela yang aku mampu buat. kami tinggalkan kat mak 1bakul buah. 3bekas plastik untuk disetelkan. hehe. sebab mase tu En. Boo Boo dah tanye bile nak balik.
so mak pon cian le kat menantu die yg sorang tu.

mase balik. mak siap bekalkan aku dan angah lagi taw.
masak lemak cili api rebong + babat. babat goreng. ikan pekasam.
perghh.. tetibe aku plak yang terlior ingat lauk mak semalam. hehe


bakal flower gurl kami.




 


Bekalan untuk En. Boo Boo


hurmm. aku tinggalkan En. Boo Boo 2ari. sabtu dan ahad.
okey. walaupon aku tinggalkan die. tapi aku tetap sediakan bekalan untuk isi perot die.
aku sediakan secukopnye la untuk die.

taknak die rase kehilangan aku sangat.
nanti die susah ati, aku gak yang susah kan. asyik dok kol 24jam.
baik aku setel ape yang patot sebelom aku tinggal die.

aku penuhkan peti ais. bancuh air siap2.
telor pon aku sediakan.







 memang aku takkan bior die kelaparan. aku wat agar2 nata de coco kat die.




 sebungkus roti. dan yang penting aku tinggalkan seperiuk nasik beserta ayam masak merah.
hehe. lengkapkan. balik keje petang sabtu makan nasik.
sok pagi sarapan nasik gak. sebab aku masak untuk die makan 2kali.



aku memang tak sanggup la nak bagi die makan kat luar. biar le susah sikit pon kan.
tapi aku puas untuk bahagiakan die.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




nota chenta aku. hehe.pesanan istimewa sebelom die tido.
aku letak dalam lipatan selimut die. hihi





 

 


Dah sampai 100 ! !



assalamualaikum. salam pagi senin.

pagi ni bukak blog. tegok ape yang patot. tibe2 terpaku kat 'Rakyat Jelata'
yang bertambah tu.

skang ni dah genap 100. hooyeaah!!
mekaseh pada
kerana melengkapkan ari2 ceria ku ini.

mmm. Nak adiah tak ? ?
kalu taknak takpe la. boleh simpan kat orang lain. Hehe.




 


Saturday, February 26, 2011

PENGUMUMAN ! !


mase entri ni mencapap kat blog aku.
aku rase aku on de way balik kampong kat Tepen. Hehe
taw kat mane tu ? sila cari kat gugel okey.

aku mungkin dah separuh perjalanan. cisss poyo je. ntah2 blom kuar umah pon. hehe.
kalu lambat. itu bukan sebab aku ye.
mesti angah yang lambat.
sebab aku balik kampong tumpang die. aku nak kene teman die setel segala pasal die nak tunang bulan depan. nak tempah mini pelamin. nak tempah baju n mekap.
dulang hantaran pon belom berhias lagi.

tu sume keje aku. sebab angah ni takde seni n kesabaran. cecewah.
hihi.
hurmm.. mane En. Boo Boo ? ?
aku terpaksa tinggal die untuk 2hari 1malam ni.
tapi aku dah setel dah pasal makanan die.

nanti aku citer ye kat entri lain. aku sedey gak tinggal die ni.
padahal En. Boo Boo pnye la hepi siap tepuk2 tangan lagi punye suke.
hehe. itu fitnah okey.

okey. tunggu aku balik ye. tata.
 *
*
*
*
*

*
"ABANG DOK UMAH ELOK2 YE. ! TUNGGU SAYANG BALIK ! "



 


Friday, February 25, 2011

Sarapan yang baik adalah dari rumah.


aisshh .. arini aku sibok sikit. ntah nape ade keje nak kene wat.
oleh sebab semalam makan ciken chop. ade la lebihan mashed potato n gravy ckit.
so aku jadikan die sarapan En. Boo Boo even aku dah terlambat nak siap g keje.
sarapan En. Boo Boo adalah perkara pertama yang aku target bila mata aku celik di pagi buta.



 sebab lambat. coleslow * eh betol ke eja camtu ?? aku tak buat.
even roti tu pon aku tak sempat bakar. dengan telo goreng pon nampak serabai.
tapi at least aku tetap sediakan sarapan En. Boo Boo.

prinsip aku satu je. aku taknak En. Boo Boo makan hasil air tgn org lain untuk sarapan die.
even susah kene bangun awal pon aku tetap akan wat kan.
walaupon cume roti bakar sapu cokelat.
sowi ye En. Boo Boo tak makan kaya. sbb tu umah aku sentiase ade nutella.

tapi ade gak ari yang aku tak sempat bangun awal sebab terlalu letih @ sedap tdo.
selalunya aku akan buat samtin yang dah memang ready dalam peti ais. 
bukan sentiase ade pon. tapi terus terang ckp. jarang le takde.
contohnye macam ni.


puding kastad.

so kalu lambat camne pon. aku akan siap2 potong letak dalam piring. n wat susu.
aku harap tabiat aku ni akan berkekalan sampai bile2.
even dah de anak ramai pon. aku nak teruskan camni gak.
sarapan mesti hasil air tangan aku. itu wajib ! !



 


CHICKEN CHOP


A S S A L A M U A L A I K U M

haaa.. tepi2.. tumpang lalu.. aku nak laluan ni. Hehe
tu dia.. tu dia.. mai dah. ce tengok ce tengok !




 tu dia.. ni la ektibiti juadah malam sunat tadi. amacam ? ? okey tak ?
kalah restoren The Ship ni. ngeh3.
uuii.. berpeloh2 aku semalam punya bersilat nak siapkan ciken chop ni.
aku balik lambat semalam sebab beli barang dapor untuk bulan ni.
kan baru gaji so tak leh tangguh beli barang dapor.

aku amek resepi dari Kak Hana Jipung. so aku try match la dengan resepi2 yang aku gugel sebelom ni. maka jadi la camni.
kalu ikot kak Hana, die gune daun saderi tapi aku malas nak beli. jadi takyah letak.
kak Hana gune tepung KFC, aku takde maknenye aku campor tepung beras dgn tepung gandum.
untuk pekatkan kuah kak Hana gune tepung gandum. aku gune tepung jagung.
pastu ade 1 resepi yang aku jumpe. die salut dgn oat yang di blend. tapi aku malas. so aku belasah camtu je. amek ko! suke ati je aku wat.
tapi Alhamdulillah menjadi.  =)




yang ni nampak huru hara ckit kan susunan tu. ni sebab En. Boo Boo yang nak tolong uruskan.
aku biar kan je. sebab aku ingat die yang nak makan. tapi sebab tak cantik. so die suh aku makan.
die amek yang elok tersusun kat atas nun.
tapi apepon. En. Boo Boo puji okey. die cakap pasni takyah g kedai dah.
dah sume aku wat lagi sedap dari kedai. puji ada makna tu weh.

apepon menu yang masih dalam senarai ialah nasi Bukhari.
aaiishh bile laa nak menjadi ni kan.
nak gugel resepi la pasni... Hehe.



 


Thursday, February 24, 2011

boleh ke bosan dgn berblog ?

Bosan ke dgn blog ? ?
mana ada.. aku tak penah bosan. aku selalu tulis apa yang jadi pada diri aku.
bukan aku tulis tentang ape2 fakta pon. sume dalam imaginasi aku.
ape yang aku wat. ape yang aku pikir.

so mane ade istilah bosan kan. jauh sekali istilah takde idea.
tu tak penah terjadi kat aku. aku rase kalu malam2 pon aku still boleh berblog.
aku rase akan ade entri sebelom tido.

tapi tak. aku tak penah pegang lappy tu lepas En. Boo Boo tegor aku.

"sayang ni.. time opis fesbok.. kat umah pon fesbok.. bla.. bla.."

sejak tu. aku tak penah dah online ape2 kat umah. aku taknak cari pasal okey.
kalu kat opis En. Boo Boo izinkan aku berblog n fesbok.
nak publish post n entri sampai lebam pon lantak lah.
tapi kat umah adalah mase untuk layan die.. ! ! Hehe

so tu la sebab aku jarang online kat umah. bukan aku taknak. tapi tak boleh.
nak jadi isteri mithali kene la dengar cakap suami kan.
so itu la yang aku wat.

apepon. aku tak penah bosan dengan blog. even takde sape bace blog aku ni.
aku sentiase luahkan ape yang aku wat. ape yang aku rase.
tanpa paksa. tapi dengan rela. ! ! !

 


 


Projek Hampir Berjaya

weeee.. baca betol2.. dengan tenang dan lafaz bismillah yang cukup idgham, dengung segala.
okey.. aku bagitaw adalah hampir berjaya ye.
bukan atau dalam erti kata lain belom berjaya lagi. Hehe

semalam aku bagitaw aku ade nak wat apam kan. kununnye nak berlagak le kan.
tapi alhamdulillah la. memang menjadi pon. tapi nape tak kembang setaman cam yang penah aku wat sebelm ni. ? ? kenapakah ? why ?




 camtu je rupenye. takde pon kembang sangat. aku rase die belom nak kembang kot aku dah angkat die. aku nak die pecah2. ke api aku tak cukop kuat ?
ntah le. dah usaha yang terbaaeek dah semalam ni.
aar.. sebelom lupe. aku wat apam keledek. cam orang sasau aku paksa
En. Boo Boo pusing 
Rawang n Bukit Beruntung. aku nak keledek kaler pepel ni. Hehe
seb baik jumpe taw. aku amek kat sini.

ni nak bagitaw. korang taw sape yang tolong pukul telo, gula segala. ?
sape lagi kalu bukan En. Boo Boo. dah sah2 aku dok berdua je dengan die kan.
so die la mangsa aku sambil2 die tengok bola semalam.
hehe. ape yang penting ? ? kerjasama .... so kene tolong la..



 apam ni cume senget2 je mase aku dok ushar dari dalam periok pengukus.
taknak kembang. En. Boo Boo cakap okey la tu.
sebab kalu kembang sangat. nanti aku riak takbur plak.
isshh.. sangat tak sesuai okey. saje nak kate aku le tu.

sebab aku teruja sangat nak wat apam n lagi plak kami balik dah lambat.
aku makan benda yang cepat di masak je.. haa.. bagi hint dah tu.
tadaaa..
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*

*
*


 2bungkus pek megi kari, 2bjik telo, sepokok sawi dan 1/2 btg keret.
aku masak dgn penuh kasih sayang.
pastu kat dalam esbok ade 4ketol naget. tu yang aku grg pastu tonggengkan kat atas megi tu.
selesai sudah makan malam aku. pencuci mulut apam tak kembang tu.




 


hei.. mereka kawan aku!

S E L A M A T    P A G I  .....  S A L A M   2 1  R A B I U L A W A L


sekejap je dah Rabiulawal .. pastu Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban pastu kite akan tempuh Ramadhan.

sebenornye.. aku pon tak bape ingat sangat bulan2 Islam ni. Serius ye.. tak tipu. baru je pas tengok kalendar..

tu yang tersusun elok je bulan2 tu. Hehe. kadang2  malu pon ade. bulan Islam pon tak ingat. tapi bila masuk Ramadhan. pandai le plak kire tarikh.

harini aku hepi.. bukan sebab aku menang kontes ke ape. tapi bile ramai yang suppot aku dalam dunia blog ni.

dulu aku tak kenal Ayu. Fda, Edy, apezs, SCC .. tak taw pon yg mereka tu wujud. skang ni aku kenal mereka.

mengkin mereka lagi lama dalam dunia blog ni. follower dah mencecah ratusan, ribuan.. tapi mereka masih singgah blog aku ni.

masih sanggup tinggalkan komen. dan ade yang bagi penghargaan. cam dak wunny ni. die bagi ni untuk follower die. mekaseh dak kecit.



tapi aku kenal mereka. disebabkan ada blog otai kita, Ben Ashaari. ramai kawan yang aku kenal dari sana.

mereka la kawan maya ku. cuma satu ja aku nak bagitaw. apa yang aku tulis dari rasa hati ku. apa yg kamu sume baca, bukan aku karang dulu.
bahasa yang aku gunakan mungkin kasar. tapi itu la aku. sampai bila2 pon. aku akan tetap jadi macam aku.

psstt.. banyak sangat nak letak nama. letak sikit2 dah la ye. Hehe. bila2 letak yg lain plak okey.





 


Wednesday, February 23, 2011

TAHNIAH.. mokcik menang motor LC ! !

TAHNIAH LA PADA DIRI MOKCIK SENDIRI.

dah time kaseh la pada sesape yang telah menyokong mokcik selama ni. Hehe.
bertambah2 rezeki plak awal tahun ni. Hehe
mokcik senyum je ni. dari tadi dok senyum..



aritu.. ade la masuk kontes ni anjuran UMAR. saje nak test power bab2 edit gambo ni.
rupenye ade bakat gak ye tangan ni dalam bab ilangkan jerawat n naikkan seri wajah.

menang ye.. mokcik menang. kalu mike sume tak pecaye.
g le melawat umah pokcik umar tu haa.. tengok sendiri.
eeee.. seronoknya.. ! ! !

 tapi ade satu yang wat mokcik sedey ni. ntah nape tetibe si dak Umar tu suh follow die kat twitter.
mane la mokcik taw twitter tu ape.. Umar ni suke sangat la suh wat benda pelik2.
pehtu dak Umar ni cakap sape takde twitter kene g create dulu.
haaiish. camne ni ? ?
sape buleh tulun.. mokcik dah menang. tapi adiah jadi jauh dari panggang..! !





 


bila aku rajin... jap lagi aku malas balik..

panas.. berita panas..
owh.. takde takde je la ko ni kan.
sebenornye takde la panas sangat pon kan. Hehe

suam2 kuku pon takde. saje gatai tangan ni.
tadi kuar jenjalan kat Jusco n Carrefour.
so aku beli ni. apela agaknye aku nak wat ye dengan benda alah ni..




memang la tak buleh makan time ni gak. tapi aku cadang nak wat apam.
apam labu. atau apam keledek. aku tengok tengah hot skang ni kat halaman blogger masakan.
mane buleh lawan diorang kan. tapi aku nak gak la wat. 
kot2 la tangan sakti aku ni menjadi plak.
sebelom ni asyik dok layan apam coklat je.
abes camne. dah itu yang En. Boo Boo suka. aku layankan je.

bagi la aku wat kelainan sikit. bukan senang nak ikat hati, perot muncet, jantung pisang, kaseh sayang En. Boo Boo tu kan..
haa. makanya aku akan jalankan projek mega petang ni pas balik keje.
harap2 jadi la ye. doa2kan lah taw.
cuma 1 je yang aku pinta. jangan komuter buat onar dan durhaka pada aku sudah la..
kalu tak.. memang kensel la jawabnye projek apam aku ni.


 


tolong aku.. bantu aku..

Camne nak mule ye. kang kalu aku luahkan. orang kata aku berlagak plak. aisshh.

aku cuba ye. aku cuma nak bertanya je. kalu takde sape nak kesah pon takpe. tapi ni penting. sebab aku nak tanya je.

disebabkan aku budak baru belajar. aku nak tanya ni. hehe. bape banyak nak tanya daaaa..hihi

ape beza kalu. . . . . . . . . aku. . . . . . . . ::

  • wat setiap komen yang masuk tu perlu aku punya 'kelulusan' dulu. sebabnya aku nak taw kat part mane die komen. so aku tak le ter'misz' nak smash korang balik..hihi tapi kalu wat camni.. cam tak mesra rakyat plak kan.. arrghh tapi at least aku dpt baca sume komen tu.

  • still lagi biar orang lain komen sesuka hati. tanpa mengharapkan balasan. sebab aku tak taw nak godeh kat mane. kalu post tu dah lame. harap maaf la ye. memang aku tak jengah dah. banyak sgt nak klik. kang nuffnang ckp aku ni gila plak. seronok klik sendiri..hehe

so macam mane..?? aku nak tanya je. aku takut kesilapan yg berlaku pada buah ati en.rizwan.. jadi kat aku plak.

pssstt.. poyo je.. cam le ramai sangat yg nak komen kat setiap entri aku ni ha. buleh blah la wei..

woi.. woi.. nak p mana tu ? ? komen la sikit.. pas baca nak blah camtu je.. ? ? tak patot betoi la..







 


bila aku malas....

mmm.. dah lame kan tak letak entri masak2 ni.
sebenarnye bukan tak masak tapi ntah le nape. malas sangat nak letakkan gambo2 dalam PC.
amek gambo sia2. semalam aku punya la rajin kan.

tak keje pon tapi malas gak.
buleh semalam aku wat cucoq je kat En. Boo Boo utk makan malam. punye la aku malas kan.
apela naseb En. Boo Boo ni ye. dapat orang umah yang malas.




aku wat cucoq ni sebelom En. Boo Boo balik lagi. so maknenye die makan time dah sejuk la kan.
nampak cam bese je kan. tapi aku letak mayonis dalam 2sudu besa. hehe
saje nak tambahkan kolestrol. lagipon sedap. rase lemak2 camtu.
try la. aku cuma gune ikan bilis, daun sup dan cabai merah racik halus2.
cecah plak dgn kuah kacang buatan mak. perghh.. memang la makin berlemak kan.

tengahari tu En. Boo Boo tak balik umah. sebab die sibok.
so aku masak ape yang ade jela. dah aku sorang kan.




 nampak ikan merah tu. tapi ade orang panggil ikan kerisi. aku jarang makan ikan ni.
tulang die keras. kalu tercucuk. buleh la ko berdodoi sayang. hehe.
aku wat masak taucu je. senang kan.
boleh campak segala dalam tu. lagipon masak taucu ni la yg ade pakej lengkap kalu malas masak.
kacang panjang ade dalam tu. cabai. bawang.
tu la penangan kalu dah malas masak kan. hehe. lagipon bukan ape. tengah ade catuan makanan ni.
maklum la belom dapat gaji lagi.. hihihi

sok kite makan besa ye. gaji masuk 24hb.. oyeaahh ! !
syoknye. untuk orang yang keje gomen jela ye.
sape yang tak keje gomen tu harap maaf.



Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

alahai adindaku AYU.. menagapa kekanda di'tag' lagi.
ooohh.. sungguh aku perlu berkorban keranamu.
tapi tidak apa. lepas ni. kalu kekandamu ini ada masuk kontes. 
kamu la yg akan aku cari.. hehe

kalu nak taw citer.. ape yg dicari oleh Enchek Luncai ni.
sila la kamu orang klik pada banner itu ya..



 nak tag jejaka dan jejaki.


 

Lulu Caldina 1st Giveaway






 hurm.. sume dah wat. dah follow lame dah.
ntah bile. cume baru ni je letak dalam blog list.

nak tag kawan yang suci murni hatinya.
kawan itu adalah AYU dan SHaza.





 


 


"SUDIR"......DALAM KENANGAN



SEMALAM.. AKU CUTI. TAK DATANG KEJE. DOK UMAH JE. SO ARINI KEMBALI HANGATKAN BLOG.
semalam aku tengok tv. baru aku taw sesuatu. semalam adalah tarikh kematian ALLAHYARHAM SUDIRMAN.





kalu aku datang keje semalam mesti aku tak taw pasal benda ni. semalam sume tv asyik tayang pasal SUDIRMAN.

kat RTM lagi la. siap ade diorang tayangkan konsert die selama 2 JAM. LAME KAN....

beliau meninggal dunia pada 22 FEBRUARI 1992. masa tu aku DARJAH 1. 

hurmmm.. apela yang dikesahkan ye time tu. setakat penyanyi yang meninggal. ade aku kesah..! !

pada aku.. aku hanya kenal SUDIRMAN melalui cerita KUTOO.. eh.. betol ke ejaan ni.. ? ?

tapi bile aku dah hampir meninggalkan usia remaja.. Haha. Ayat takleh blah....

baru aku taw BELIAU  adalah bintang. adalah lagenda. tapi kenapa bila bintang tu dah hilang.

bila lagenda tu dah takde seri lagi. baru kita nak menghargai.. ? ? kenapa bukan dulu.. ? ?

ketika jasad tu masih bernafas... * ewah2.. jiwang plak dah pagi2 ni..hihi.

apapon.. AL-FATIHAH aku titipkan buat mu......... SUDIRMAN HJ. ARSHAD..








Monday, February 21, 2011

takdak TAJUK!!

aishh.. malu sungguh aku arini.
malu sangat.
tak penah jadi dalam sejarah selama berblogging ni.
apala yang aku pikir kan ni.
agaknya balasan sebab aku ngata kat En. Boo Boo kot.
eee.. eee..
tak taw nak cakap apa.

Argghh. maluu..! ! ! ! 

nak sign out dah la.

kalu nak taw sebab apa. g tengok entri sebelom ni..

" NO KOMEN "






 


"GiveAway EdY : KATA KAU!". KE-2

Haaa.. MAMPOSSS!!!

TAK BACA SYARAT BTOI2..! ! ! ! 
KENA LA BUAT LAIN.. HAHA..JANGAN MARAH LA YE..
CAMANA LA BULIH TAK NAMPAK YG 
10 PERKATAAN SAHAJA.
 AISSHHH


DAH AKU CITER SUME DALAM ENTRI NI.

PILIH GAMBO YANG SAMA.



" WAHAI INCIK EDY.. SILA POS RAYBAN TU LAJU-LAJU "

bulih tak camtu..???










"GiveAway EdY : KATA KAU!".

B I S M I L L A H I R A H M A N I R A H I M

hurm. di tag oleh CIK AYU lagi. aik.. cam balas dendam je dik. hihi
dah takde dah entri 'ape yang aku masak semalam?' ni.. aishh.
jap lagi la. tak pon tangguh esok. 
join GA dulu coz GA ni bessss! ! !


KLIK INI BANNER

sume aku dah turut perintah. siap EDY ni ade dalam bloglist aku lg.
taknak ulang banyak kali Perintah Tuan Tanah.
cuma KLIK banner. suma benda akan terjawab.

 aku pilih gambo ni.


 ini Rayban bukan sekadar hadiah ye. tapi aku memang nak lame sangat dah.
aku jeles sangat dgn En. Boo Boo sebab die ade Rayban ni.
mase mule2 beli. time tu kami belom kawen. bukan main berlagak lagi En. Boo Boo dgn aku.
punya nak sakitkan ati aku, die bulih pakai Rayban ni time hantar aku balik kampong.
time tu malam okey. sape tak bengang!

punya la busuk hati kan. time tu aku nekad. memang nak beli sangat dah.
tak kire la jadi ape pon. tapi mengenangkan fulus mania yg perlu aku keluarkan.
aku hanya mampu bermimpi je setakat ni. dan En. Boo Boo pon hanya berjanji tapi belom tertunai lagi.

 dah nak masuk 9bulan kawen. aku masih belom mampu beli ini Rayban.
En. Boo Boo hanya belikan aku ini.
 

tu pon aku dah sengeh2 punya seronok. bukan mahal pon. setakat g beli kat Danau Kota.
paham2 jela harganya. En. Boo Boo cakap. 

"sayang pakai ni pon dah cantek. dah kalah mak datin abang tengok."

 haa.. besa la ayat en. suami bila dah dapat pn. isteri. sungguh bermakna.
tu sebab la aku nak Rayban En. EDY tu. tolong pos dengan segera ye.. Hihi
ni kawan aku yang tak mampu beli Rayban gak. jgn mare ar..





 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...